7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!

Jika anda ingat anak hanya nakal ketika berumur 1 hingga 3 tahun. Anda sebenarnya salah! Anak umur 4 tahun lebih nakal dengan 7 perangai ini.

7 perangai nakal anak umur 4 tahun pula!

Perangai nakal anak adalah perkara umum yang akan dilalui oleh semua ibu bapa. Dulu ketika usia 2 tahun, anak nakal dikenali sebagai "terrible twos" dan anak nakal usia 3 tahun dikenali sebagai "threenager". Kini bagaimana bila masuk anak umur 4 tahun pula?

Jika anda sangka selepas berakhirnya "terrible twos" dan "threenager", anda sudah boleh lega, anda sebenarnya salah! Anak umur 4 tahun ada cara tersendiri untuk "membuatkan anda serabut" dan pengalaman sebagai ibu bapa akan lebih penuh warna-warni dengan tema "Effing Fours" pula.

Jika anda tidak pernah mendengar 'effing fours', nama lain baginya ialah: fournado, ferocious four atau fournager.

Perkongsian ini bukan untuk memberi tanggapan negatif pada anak umur 4 tahun, sebaliknya, kali hanya berkongsi apa yang mungkin anda bakal hadapi. Jadi, jom bersiap sedia awal-awal!

1. Si kaki merajuk 

Di usia 4 tahun, anak anda akan kurang membuat perangai (tantrum), tapi mereka akan menjadi lebih sensitif dan mudah merajuk.

Mari kita lihat contoh: hanya kerana anda menyuruh dia menghabiskan makanan. jika tidak mereka tidak dapat makan pemanis mulut, mulalah muncung panjang itu keluar, kan?

Kadang-kadang bukan sekadar muncul, mereka juga akan merajuk dan protes siap peluk tubuh, mengomel atau menangis perlahan. Menurut Nathalie Brown, seorang konsultan perilaku kanak-kanak dari Easy Peasy Kids, ini kerana anak anda sudah tahu lebih banyak dan tidak pasti bagaimana ingin mengekspresikan perasaannya.

Di sini, anda harus berada bersamanya dan tanya apa yang mereka rasa dan bantu mereka faham tentang perasaan mereka.

2. Si  kaki tipu

Walaupun tahu hal sebenar, anda anda memilih untuk memberitahu sesuatu yang sebaliknya. Contohnya jika dia tidak mahu makan sesuatu, jadi dia sengaja beri kucingnya makan dengan alasan kucing itu lapar, atau menokok tambah sesuatu cerita.

Menurut pakar, anak umur 4 tahun belum pandai membezakan cerita betul dan fiksyen. Jadi mereka tercampur-adukkan kedua-dua hal ini.

Fiksyen di sini termasuklah imaginasi apa yang boleh terjadi. Jadi sebagai ibu bapa, kitalah yang harus bantu mereka membezakan apa yang betul dan apa yang tidak.

3. Lebih peramah daripada biasa!

Anak yang berusia 4 tahun akan lebih gemar bermain di dalam kumpulan yang lebih besar. Tidak kira di mana mereka bermain. Mereka akan jadi lebih ramah dan suka bercakap atau berkenalan.

Jadi, ajarkan mereka frasa ayat seperti: 'Hi, nama saya ___, boleh saya main sekali?'. Ajarkan mereka bersosial dengan lebih baik.

4. Suka buat lawak

Anak anda akan mula pandai membuat lawak supaya anda ketawa. Walaupun ia kadang-kadang tidak lawak pun, tapi melihat gayanya sudah tentu akan membuatkan anda ketawa.

Ini kerana meraka sudah mula memahami lebih banyak perkara hingga mampu membuat lawak, jadi raikan mereka!

5. Perangai lain seperti Dr Jekyll dan Mr Hyde

Anda tentu tahu tentang cerita Dr Jekyll dan Mr Hyde, bukan? Cerita itu tentang bagaimana seseorang boleh ada personaliti yang bercanggah dalam satu badan?

Ya, itu yang akan dilalui anak umur 4 tahun ini. 

Di satu saat anda lihat dia sedang bermain elok bersendirian, tiba-tiba satu saat kemudian dia bergaduh dengan orang lain.

Ini kerana anak anda masih belajar bagaiman cara untuk mengekspresikan apa yang dia rasa. Ia memang sedikit dramatik, tapi anda harus bantu ajar dia bagaimana untuk meluahkan perasaannya dengan betul.

6. Berfikiran jauh

Ketika anak umur 4 tahun inilah, anda sebagai ibu bapa akan diduga dengan soalan-soalan yang mampu menduga pemikiran anda. Contohnya seperti soalan:

"Ibu macam mana gajah minum susu?" "Macam mana tv boleh berwarna?" "Kenapa kucing tak menangis?"

Ya, soalan yang anda tidak pernah terlintas akan dengar, anda akan dengar ketika ini. Malah kajian menunjukkan, seorang kanak-kanak bertanya secara purata 300 soalan sehari dan kanak-kanak perempuan boleh bertahan sehingga 380 soalan sehari!

Ini adalah cara mereka memahami keadaan keliling mereka, dan kita sebagai ibu bapa cuba jawab dengan betul, ya. Kalau tak mampu difikir sangat jawapan itu, cuba anda Google sampai dapat!

7. Tidak mahu kalah

Anda akan mulai perasan yang anak tidak mudah mengalah. Dia akan mula mahu menang jika bermain sesuatu atau mula bergaduh sekiranya kalah.

Mereka belum boleh mengawal apa yang mereka rsa. Mereka mungkin akan tidak sengaja menolak kawan atau adik beradik lain.

Ketika inilah peranan anda untuk mengajarnya menerima kalah itu tidak apa. Jelaskan padanya yang menang bukanlah segalanya dan bergaduh bukanlah cara untuk menang. Beritahu mereka berkasar bukanlah cara menyelesaikan masalah.

Anak umur 4 tahun adalah fasa Fantastic Fours!

Sebenarnya tidak ada apa yang negatif dengan usia 4 tahun itu. Cumanya, sebagai ibu bapa anda harus lebih bijak membantu anak dengan perkara-perkara baru yang dihadapinya.

Jika perlu, berikannya ruang untuk meluahkan apa yang dia rasa, kemudian anda perbetulkan apa yang salah.

Adakah anda mempunyai anak umur 4 tahun? Apa perangai nakal baru yang anda dapat tahu? Kongsikan dengan kami.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

 

Penulis

Aqma