Anda Demam Selesema? Tolong Jangan Cium Bayi Saya!

Bayi kecil terutamanya yang baru sahaja lahir memang comel. Susah rasanya hendak menahan diri daripada memegang dan mencium pipi si kecil. Namun, jika anda mengalami simptom demam selesema, hentikannya! Kenapa? Teruskan membaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda perasan tak yang bayi kecil yang baru lahir mempunyai bau yang unik dan sedap di hidu? Ia telah menjadi lumrah kita untuk memegang bayi dan mencium pipinya apabila kita berjumpa dengan bayi sahabat atau saudara mara kita. Namun, percaya atau tidak, sebenarnya tabiat mencium bayi boleh memberikan kesan negatif kepada si kecil, terutamanya jika anda mengalami simptom demam selesema.

Simptom Demam Selesema Untuk Orang Dewasa

Kadangkala, kita mudah terasa apabila seorang ibu menjauhkan anak kecilnya dari kita. Namun, ketahuilah itulah yang terbaik untuk si bayi tersebut. Kenapa? Anda mungkin menunjukkan simptom-simpton demam selesema seperti:

  • Selalu bersin
  • Hidung berair
  • Batuk
  • Demam biasa

Bagi anda, ia bukanlah perkara yang serius. Ya, memang betul! Untuk orang dewasa, demam selesema adalah satu perkara normal dan tidak mendatangkan sebarang bahaya. Demam selesema selalunya terjadi akibat jangkitan Virus Respiratory Syncytial, atau pun turut di kenali sebagai RSV.

Kenapa Anda Tidak Patut Mencium Pipi Bayi Orang Lain?

Untuk orang dewasa yang mempunyai imun sistem yang baik, RSV hanya akan menyebabkan demam biasa dan hidung tersumbat. Tetapi, virus ini sangat mudah untuk berjangkit.

Apabila anda bersin dan menutup hidung anda dengan tangan, kemudiannya memegang bayi, maka ada kemungkinan untuk virus ini berjangkit kepada si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Verywell.com

Situasi yang kedua: apabila anda memegang anak kecil itu dan kemudiannya batuk di mukanya, virus juga boleh berjangkit kepada bayi tersebut.

Atau pun, anda mengelap hidung berhingus anda dengan tangan dan tangan bayi tersebut terkena tangan anda dan kemudiannya dia memasukkan tangan ke dalam mulut kecilnya itu (dan bayi memang selalu membuat perkara ini!), maka virus pun beralih kepada si bayi.

Orang dewasa yang terkena Virus VRS selalunya akan mengalami demam selesema biasa yang kemudiannya akan sembuh dalam masa lebih kurang seminggu. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anak kecil yang lemah imun sistemnya dan juga bayi yang baru lahir. Apabila terkena, simptom mereka akan berlanjutan kadangkala sehingga 4 atau 5 minggu lamanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah Kesan Virus Respiratory Syncytial kepada Bayi?

Oleh kerana bayi masih belum mampu untuk menguruskan dirinya, perkara semudah menghembuskan hingus akan menjadi sesuatu yang sukar buat diri si kecil. Akibatnya, dia akan mengalami saluran pernafasan yang tersumbat dan sukar untuk bernafas dengan baik.

Source: Momjunction

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan berantai kemudiannya akan menyusul di mana bayi akan mula mengalami demam, kurang selera makan, dan badan lemah. Ia boleh menjadi lebih teruk sehingga terkena jangkitan saluran pernafasan akut seperti pneumonia dan bronkiolitis!

Info Lain yang Mungkin Akan Membuatkan Anda Berfikir Dua Kali Sebelum Mencium Bayi Kecil

Seperti yang anda lihat di atas, kesan kesihatan kepada bayi akibat daripada perkara kecil seperti memegang dan mencium bayi boleh bertukar serius. Si kecil yang terkena VRS akan tercungap-cungap, cuba untuk mendapatkan sedikit nafas, dan turut terpaksa berlawan dengan demam.

Jika ini belum cukup untuk membuatkan anda bersifat lebih empati dan berhati-hati sebelum memegang anak kecil, berikut ada lagi beberapa info yang mungkin akan membuatkan anda berfikir dua, tiga, atau empat kali sebelum mencium bayi comel di hadapan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tiada rawatan khusus untuk merawat selesema bayi. Ia adalah jangkitan yang di sebabkan virus. Antibiotik tidak akan berkesan kerana ianya hanyalah untuk jangkitan bakteria sahaja.

Source: Epainassist.com

  1. Si kecil mungkin terpaksa di tahan di wad bagi mendapatkan bekalan oksigen daripada mesin, di sedut mukus di hidungnya yang berair dan tersumbat, dan di pasangkan intubasi di mana tiub pernafasan akan di masukkan secara pengudaraan mekanikal.

Jadi, Tolong Jangan Cium Bayi Saya!

Selepas ini, jika anda mengalami demam atau apa sahaja keadaan kesihatan yang kurang elok, elakkanlah diri daripada melawat ibu berpantang, memegang anak kecil, dan mencium mereka.

Dan, jangan terasa hati jika ibu lain tidak ingin di lawati ketika berpantang atau mengambil anak mereka daripada dakapan anda tatkala anda terbatuk atau terbersin tanpa henti. Fikirkanlah kesan besar yang boleh terjadi kepada kesihatan si kecil – ia boleh menghalang mereka daripada bernafas. Bagi anda, ia demam selesama biasa, tetapi bagi si kecil tersebut, ia adalah hal hidup dan mati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor