Anda Mencari Aktiviti Menarik (Berserta Diskaun) Untuk Anak Anda di Sekitar Klang Valley? Cuba Kidxy!

Anda tercari-cari laman web yang menyenaraikan kelas atau aktiviti untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang pada harga berpatutan dan diskaun yang menarik? Mungkin anda akan mendapat jawapannya di Kidxy - satu laman web tawaran diskaun khas untuk kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita semua tahu yang kawasan Klang Valley banyak menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Tetapi, untuk mengetahui maklumat lanjut tentangnya – bila ia diadakan, berapa harga, sudah penuh atau masih ada ruang kosong – bukanlah satu tugas yang senang.

Dengan adanya platform Kidxy, sekarang ia tidak lagi sukar untuk anda mencari aktiviti menarik untuk anak-anak lakukan pada hujung minggu, cuti sekolah atau masa terluang yang lain!

Kalau anda sudah biasa dengan laman web yang menyediakan tawaran dan diskaun untuk pelbagai lokasi pelancongan, tiket penerbangan, dan aktiviti (sama seperti laman web Groupon), anda sudah pasti tidak akan berasa kekok melayari Kidxy.

Konsepnya adalah sama dan turut disertai dengan pakej dan diskaun menarik bagi setiap aktiviti atau kelas kanak-kanak yang anda pilih.

Lawat Satu Laman Web untuk Dapat Semua Info Penuh tentang Aktiviti Kanak-Kanak di Klang Valley

Kidxy merupakan satu laman web yang memberikan fokus sepenuhnya kepada penyediaan senarai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kawasan KL, PJ, Mont Kiara, Damansara, Puchong, Subang Jaya, dan banyak lagi kawasan di Lembah Klang.

Dengan Kidxy, anda bukan sahaja dapat melihat aktiviti apa yang anak anda boleh lakukan pada hujung minggu yang akan datang, tetapi juga berpeluang untuk mendapat tawaran diskaun bagi setiap yuran pendaftaran atau penyertaan.

Menurut pengasas bersama Kidxy, Mien Dee, beliau dan rakan kongsinya ingin membina satu platform yang menyediakan tawaran diskaun khas untuk aktiviti kanak-kanak bagi membantu ibu bapa mencari tempat yang sesuai untuk anak mereka  - secara cepat dan mudah.

Tawaran Diskaun Berfokuskan Kepada Bayi, Kanak-Kanak dan Remaja hingga 17 Tahun!

Kalau laman web lain dipenuhi dengan pelbagai jenis tawaran untuk semua golongan usia dan terhadap segala macam perkara (boleh pening kepala dibuatnya untuk memilih), Kidxy lebih mudah untuk dilayari.

Source: Kidxy.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda pergi ke laman web ini, anda hanya akan melihat aktiviti, pakej, dan majlis yang berkaitan dengan kanak-kanak dan remaja sahaja!

Disini, ada pelbagai jenis kelas yang boleh anda pilih untuk si kecil anda. Antara kategori yang ada disenaraikan di Kidxy adalah:

  • Aktiviti SukanGymnastic Class (PJ), In-Line Skating (KL), Capoira For KidS (PJ)
  • Kelas Bahasa FreshGrad English (PJ), Mandarin for Preschool (Desa Sri Hartamas), Language and Culture Class (Hartamas)

Setiap satu kategori menyediakan beberapa senarai pusat aktiviti, alamat lokasi, dan juga umur kanak-kanak/remaja yang layak menyertai aktiviti tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh mengetahui ada berapa lagi tempat kosong untuk kelas terbabit serta pada hari apa ia akan diadakan.

Tidak perlu lagi untuk anda membuat research di Google atau Facebook, melawat setiap satu laman web, dan menelefon (atau "pm" di FB) setiap pusat aktiviti bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semuanya sudah siap ditunjukkan di Kidxy.

Bagaimana untuk Mendaftar Anak di Kidxy?

Untuk memasukkan anak anda ke salah satu aktiviti yang ditawarkan di Kidxy, anda hanya perlu membuat satu akaun pengguna.

Kemudian, pilih sahaja kategori yang anda inginkan dan senarai kelas/aktiviti menarik di sekitar Klang Valley akan ditunjukkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda berminat terhadap salah satu aktiviti yang ditunjukkan, klik sahaja butang ‘View’ dan anda akan dapat melihat lebih banyak info lain seperti:

  • Harga diskaun yang anda akan perolehi
  • Hari dan masa kelas diadakan
  • Apa yang perlu disediakan dan dibawa ke kelas
  • Senarai aktiviti lain yang berkaitan

Mahal Tak Kos Aktiviti Kanak-Kanak di Kidxy?

Harganya berpatutan dan turut disertai dengan tawaran dan diskaun yang menarik. Kalau anda hendak tahu, ada juga aktiviti untuk anak anda yang bernilai bawah daripada RM35!

Source: Kidxy.com

Anda boleh mendaftar anak anda pada satu-satu aktiviti dan membayar menggunakan salah satu daripada 2 kaedah berikut:

  • Mengambil pelan pembayaran individual – Daftar dan bayar (diskaun sehingga 20%)
  • Mengambil pelan pembayaran bulanan – Jika anak anda aktif, ambil pelan bulanan berharga RM99 dan dapatkan 10 kredit (dengan diskaun aktiviti sehingga 40%). Bayar menggunakan kredit yang anda ada. Jika habis, anda boleh topup (RM9.90 untuk setiap kredit tambahan).

Senang, kan? Pendaftaran dan pembayaran semuanya dibuat secara online. Malah, anda juga boleh membatalkan pelan pembayaran bulanan pada bila-bila masa jika anda mahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cumanya, pastikan ia dibuat tiga hari sebelum pembayaran bulanan seterusnya.

Penuhi Hari Cuti dan Hujung Minggu Anak-Anak dengan Aktiviti Ilmiah dan Bermanfaat

Selepas ini, jika anda mencari-cari kelas berenang, gim, menyelam skuba, memasak, melukis atau kelas bahasa untuk si kecil anda, tak perlu lagi bersusah-payah. Dapatkan sahaja semua info di Kidxy.

Kalau anda hendak memudahkan lagi kerja anda dengan hal pengangkutan dan makan tengah hari anak-anak, ambil terus pakej lengkap berserta harga tawaran yang ada disediakan di laman web ini.

Memang mudah dan ekonomikal. Anak anda akan dapat belajar perkara baru serta kenal ramai kawan. Anda pula dapat menjimatkan masa dan wang dengan diskaun yang tidak dapat diperolehi di tempat lain!

Jika anda rasa ada di antara rakan-rakan atau ahli keluarga lain yang sedang mencari-cari aktiviti menarik untuk anak mereka lakukan di sekitar kawasan Klang Valley, bolehlah anda berkongsi artikel ini dengan mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor