2 nasihat Angelina Jolie pada anak perempuannya ini harus dibaca semua ibu bapa!

Angelina Jolie dan anak anaknya telah diundang oleh Majalah Elle. 2 nasihat Jolie pada anak perempuannya ini sungguh bermakna dan patut anda baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak mengenali pelakon Angelina Jolie? Selain kecantikan dan kehebatan beliau berlakon, apa yang paling menyerlah adalah bagaimana beliau membawa diri dalam membesarkan 6 anaknya. Angelina Jolie dan anak anaknya telah dijemput oleh majalah Elle tempoh hari dan ada sesuatu yang harus anda tahu.

Untuk isu bulan Mac 2018, majalah Elle telah menjemput Angelina Jolie dan anak anaknya bersama. Jolie berbincang tentang kempen anti kekerasan terhadap wanita dalam jemputannya itu.

Selain kempen yang sememangnya wajar ditegakkan itu, Angelina Jolie turut dikagumi kerana memberi 2 nasihat yang sungguh bernas untuk anak perempuannya dan semua wanita di luar sana.

Angelina Jolie dan anak anaknya: 2 nasihat Jolie pada anak perempuan

Kredit: Vanity Fair

Angelina Jolie aktif berkempen dan menegakkan keadilan wanita jika beliau tidak sibuk berlakon. Sempena hari International Women’s Day tempoh hari, rasanya nasihat Jolie pada anak-anaknya ini harus anda baca!

Saya beritahu anak saya, apa yang membezakan mereka dari orang lain adalah apa yang mereka buat demi orang lain. Semua orang boleh melaram dan memakai alat solek. Tapi apa yang ada dalam minda anda itu yang menentukan siapa diri anda.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya mahu anak-anak perempuan saya mengenali diri mereka, mengenali apa yang mereka rasa dan berjuang demi itu. Berjuang untuk membantu orang lain. Hidup membantu orang lain adalah hidup yang tidak sia-sia.”

Angelina Jolie mempunyai 3 anak perempuan iaitu Zahara, 13, Shiloh, 11 dan Vivienne, 9 tahun. 

Angelina Jolie dan anak anaknya memperjuangkan hak wanita

Kredit: The Sun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Angelina Jolie kukuh memperjuangkan hak wanita sehingga kini. Sebab itu beliau merasakan ia perlu untuk mendidik anak-anak perempuannya tentang isu ini juga. Beliau berkata, 

“Cuba lihat bagaimana wanita kuat sejak dulu dan apa hasilnya kini. Semua tentang diri kita ini bernilai. Kita harus tahu hak kita. Kita harus membantu wanita-wanita lain di luar sana.”

Kuat sungguh mesej yang ingin dibawa oleh Angelina Jolie dan anak anaknya ini, kan? Selain 2 nasihat bernas itu, anda juga patut mengajar anak perempuan anda 3 nasihat ini agar mereka membesar dengan azam dan semangat yang kukuh.

1. Jangan tunduk pada kekalahan dan kata-kata orang

Jantina tidak dapat menentukan kuasa pemikiran dan perubahan. Jadi, kita sebagai ibu bapa harus mengajar anak-anak tentang hak mereka. Jangan benarkan mereka tunduk pada kekalahan atau kata-kata orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, anak perempuan kita haruslah kuat untuk melindungi diri dan haknya. Benarkan mereka berkongsi pendapat mereka.

2. Jangan menilai orang lain, sebaliknya kukuhkan pemikiran

Kredit: Daily Mirror

Kita juga haruslah mendidik anak-anak perempuan kita untuk tidak melakukan penindasan mahupun diskriminasi pada sesiapa pun. Tak kisahlah jika individu itu berlainan kasta, agama, jantina atau seagainya.

Mereka harus menjadi wanita contoh yang akan dihormati oleh orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Hulurkan bantuan pada wanita lain

Ini antara pengajaran buat anak perempuan yang saya rasa paling bernas. Kita harus mengajar anak perempuan kita agar tidak membenci wanita lain. 

Sebaliknya, hulurkanlah bantuan untuk membantu mereka. Jangan ambil sebarang kritikan dan kejian sebagai satu benda negatif. Sebaliknya, jadikan ia sebagai alas untuk memperbaiki diri sendiri.

Apa pendapat anda? Adakah nasihat Angelina Jolie itu sewajarnya diajar pada anak-anak perempuan kita? Kongsikan pandangan anda di bawah 🙂

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Popsugar

Kredit gambar: BET.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahsia-perkahwinan-bahagia-bill-gates

Penulis

Ayu Idris