Novel coronavirus telah menjangkiti lebih daripada 28,000 orang dan angka kematian telah meningkat kepada 563 orang yang telah meninggal dunia. Namun baru-baru ini, kes membabitkan kanak-kanak telah menunjukkan peningkatan terhadap simptom tersebut berdasarkan data yang dicatatkan.
Menurut laporan yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association, buat masa sekarang, umur pesakit yang terlibat di antara 49 hingga 56 tahun dan kes di kalangan kanak-kanak agak jarang berlaku.
Angka kematian tidak mambabitkan kanak-kanak?
” Pada firasat kami sebagai orang perubatan, mereka yang masih berusia di bawah umur kanak-kanak mungkin menjadi golongan yang mudah dijangkiti tetapi mereka mendapat penyakit yang lebih ringan,” kata Dr Malik Peiris,
Ketua Virologi di Universiti Hong Kong yang telah menjalankan ujian diagnostik untuk novel coronavirus ini.
Walaubagaimanapun, para saintis tidak boleh melihat data yang lebih jelas sama ada kanak-kanak mudah dijangkiti atau sebaliknya.
“Jika korona virus ini merebak di seluruh dunia dan bermusim, mungkin kita dapat lihat data yang lebih banyak,” katanya lagi.
Jangkitan virus korona membabitkan kanak-kanak berumur 10 tahun
Dalam satu kes, seorang pelajar berumur 10 tahun yang menggembara ke Wuhan, China telah dijangkiti wabak tersebut bersama keluarganya.
Sekembalinya mereka ke Shenzhen, China seluruh anggota keluarganya yang lain berumur antara 36 hingga 66 tahun mengalami demam, sakit tekak, cirit birit dan radang paru-paru.
Sementara itu, kanak-kanak tersebut juga memiliki beberapa simptom seperti radang paru-paru atau pneumonia, namun tiada tanda-tanda lain yang keluar.
“Kanak-kanak mungkin boleh dijangkiti namun memiliki simptom yang sangat ringan berbanding orang dewasa,” kata Dr Raina MacIntyre, Ahli Epidemiologi di Universiti New South Wales di Sydney yang telah mengkaji penyebaran novel coronavirus ini.
Kes Sars dan Mers yang sebelum ini berlaku
Dalam banyak kes, pola ini sama seperti yang dilihat semasa wabak Sars dan Mers. Semasa wabak Mers di Arab Saudi pada tahun 2012 dan Korea Selatan pada 2015 menemui bahawa hampir 800 nyawa terkorban selepas dijangkiti.
Sementara kanak-kanak yang dijangkiti pula tidak mengalami sebarang simptom yang membahayakan kesihatan mereka.
Apatah lagi, tidak ada kanak-kanak yang meninggal semasa wabak Sars pada tahun 2002 dan majoriti 800 angka kematian dalam wabak itu membabitkan mereka yang berusia 45 tahun terutama lelaki yang lebih berisiko.
Bagi kes virus SARS pula, penyelidik di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengenal pasti 135 kanak-kanak yang telah dijangkiti.
Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun berkemungkinan kurang dimasukkan ke hospital, tidak memerlukan oksigen atau rawatan lain. Manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas pula mempunyai gejala yang sama seperti orang
dewasa.
Maksudnya di sini, kanak-kanak hanya mengalami jangkitan ringan manakala orang dewasa pula memiliki gejala yang lebih teruk.
Bagaimana pula dengan Influenza?
Influenza adalah penyakit luar biasa kerana ia telah berkembang dengan manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu dan menjejaskan berjuta-juta manusia di seluruh dunia.
Meskipun ramai anak kecil dimasukkan ke hospital kerana gejala ini setiap tahun namun hanya sebilangan kecilnya sahaja yang mati.
Sementara orang dewasa pula mungkin lebih mudah terdedah kerana mereka cenderung mempunyai penyakit lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung yang melemahkan keupayaan mereka untuk mencegah
infeksi.
Hal ini kerana, setelah meningkatnya usia maka imuniti badan juga akan merosot terutamanya selepas berada di usia pertengahan.
Sebab itu, kebanyakan infeksi memperlihatkan jangkitan yang lebih tinggi kepada orang tua berbanding anak kecil kerana penurunan tahap imun badan ini.
Kita tahu bahawa orang muda pada umumnya lebih terdedah kepada penyakit kerana kekadang mereka tidak sedar boleh menyumbang kepada gejala wabak.
Malah, ahli sains mengatakan orang pertama yang terdedah dengan virus menunjukkan tanda-tanda dan gejala ringan.
Walaubagaimanapun, pengkaji tidak mengharapkan untuk melihat peningkatan mendadak pada anak-anak yang dijangkiti.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Today Online
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comcorona-virus