Pihak Taska Salah Cara Angkat Anak, Ibu Terkilan Tangan Anak Lembik & Tulang Terkeluar Dari Sendi

Angkat anak perlu dengan cara betul. Anda tidak boleh menarik atau merentap kasar kerana bahagian tulang tubuh mereka masih lembut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Angkat anak ada caranya. Jangan main angkat kerana badan mereka masih belum kuat dan tidak seperti golongan dewasa.

Sama juga jika anda ingin bermain, jangan goncang atau lambung si manja tinggi-tinggi hanya kerana mereka suka dengan keadaan itu kerana ia boleh menjejaskan fizikal serta perkembangan otak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Salah cara angkat anak, ibu kecewa jemput anak dari taska
  • Bahaya salah cara angkat anak, tangan kanan jadi lembik macam terkulai 
  • Doktor beritahu mungkin ada yang merentap atau menarik tangan anaknya.

Salah cara angkat anak, ibu kecewa jemput anak dari taska

Seorang pengguna Facebook iaitu Nana Hajahmydin baru-baru ini telah berkongsi satu kejadian yang menimpa anaknya selepas mengambil anaknya dari Taska. Pada ketika itu, anaknya itu dilihat tidak happy dan muka memang baru lepas menangis.

Teacher pula kononnya kata anaknya itu mungkin lapar susu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

“Ini hanya untuk share bg pengajaran buat semua parent atau sesiapa sahaja jgn dukung atau angkat anak mcm ni.. anak saya dari dalam tempat tu sbb adeeb mmg suka duk dalam tu..doc pun marah sangat bila saya tunjuk video ini.
 
“Khamis petang ambik anak,, muka dah tak lawa,, muka mmg baru lepas nangis.. then ticer dia kata dia lapar susu. so saya ok je .. masuk kereta papa dia panggil,, adeeb. terus dia menagis yg kami tak penah tgk dia nagis mcm tu, masa ni tak tau lagi kenapa,, tapi kita as a parent tau kenapa anak menagis mesti nak mengadu sesuatu,” tegasnya.
 

Bahaya salah cara angkat anak, tangan kanan jadi lembik macam terkulai 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Then saya ambik adeeb,, cek kaki tangan dia .. pastu tengok tangan dia sebelah kanan dah lembik,, angkat dia nangis sekuat hati.. angkat pastu lembik macam dah terkulai.. call taska tanya,, then dia orang cek cctv.

“Bila dah sedar mcm tu terus minta papa dia pergi emergency.. then bila smpai dia dpt kawan,, dia ok main but tangan dia yang kanan mcam tu je.. tak gerak2 kulai,, pastu try sentuh nagis balik..so nak tak nak tggu je doc,, bila doc tnya kenapa saya mmg jawab tak tau ambik dr taska terus mcm ni tangan dia pastu dia nagis kalau sentuh.”

Doktor beritahu mungkin ada orang tarik atau rentap tangan Adeeb

“Doktor kata ini tak lain tak bukan ada orang tarik tangan dia,, atau rentap tangan dia.Tunggu untuk xray,, tiba2 taska hantar video cctv,, and said it was 100% salah dia,, sebab angkat adeeb mcm tu,, and dia minta maaf sgt.. – so ini papa adeeb yg settel dengan taska.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia kata ini nursemaid elbow, dlm 15 minit akan ok if nursemaid elbow – TAPI PLEASE PLEASE JANGAN ANGKAT ATAU MAIN DENGAN ANAK MACAM NI YA.

“Bayangkan dr 17:59 – 18:30 (30minit ) anak aku menahan sakit .. kami sampai tu dia menagis balik nak bg tau dia sakit. Bila dah xray semua ,, tnjuk video kat doc sekali lagi ,, doc kata PULLED ELBOW … tulang dia keluar dr sendi atau lari – bahasa senang faham. Doc kata kita betulkan semula siku bby and simen @ rest kan tangan dlm sehari ,, then tengok mcm mana ,, esok (jumaat 1/7) jumpa pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Esoknya jumpa pakar sekli lagi tunjuk video ,, sbb nak doc pakar pula tau ,, then dia bukak simen half tu,, cek semula siku anak kembali ke tempat asal atau tidak… alhamdullillah 100% elok dah .. pantau dan jangan terlalu kasar dengan tangan yg sama.. sebab dia mudah terkeluar balik.”

Doktor juga berpesan pada pihak taska untuk tidak mengulangi perkara ini lagi. Bukan sahaja kepada anaknya, malah kepada semua kanak-kanak yang berada di Taska tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tangan bayi dan tulang mereka masih lembut, kecil dan tak kuat. Nursemaid Elbow dan Pulled Elbow adalah dua perkara yang berbeza. Keadaan ini juga boleh kekal sampai ke besar walaupun tangan tak ada crack ataupun patah.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.