5 Situasi Yang Membolehkan Ibu Hamil Ambil Antibiotik, Jangan Makan Ubat Sebarangan Ya!

undefined

Apakah keadaan yang membolehkan ibu hamil mengambil ubat antibiotik?

Adakah anda tahu antibiotik ibu hamil ini hanya diambil dalam keadaan tertentu sahaja? 

Hal ini kerana, semasa di awal trimester pertama kehamilan, doktor melarang ibu hamil mengambil sebarang ubat antibiotik yang tidak sesuai untuk wanita mengandung. Namun, dalam beberapa situasi, kemungkinan doktor akan memberikan antibiotik untuk mengatasi masalah kesihatan tertentu. 

Jadi, apakah keadaan yang membolehkan antibiotik ibu hamil ini? 

Antibiotik ibu hamil, bilakah waktu yang sesuai untuk ambil antibiotik? 

antibiotik ibu hamil

Kredit: The Daily Beast

#1. GBS 

Menurut penelitian yang dijalankan  Center for Disease Control and Prevention, ibu hamil disarankan untuk menjalani ujian Grup B Streptococcus (GBS) ketika memasuki usia kehamilan 35 hingga 37. GBS  merupakan bakteria yang sering mengganggu vagina wanita yang sihat.

Jika doktor mendapati terdapatnya bakteria jenis ini, ia adalah keadaan yang berbahaya kerana boleh menular kepada janin dalam kandungan,

Oleh sebab itu, doktor akan beri antibiotik penisilin selama mengandung melalui infus. Tetapi, jika anda alergi dengan antibiotik jenis ini, doktor akan memberi antibiotik lain yang sesuai untuk ibu hamil. 

Antara bahaya GBS ini adalah boleh menyebabkan keguguran dan infeksi yang serius pada bayi. 

#2. Pembedahan czer 

Ketika menjalani pembedahan czer, doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik kerana seperti yang kita tahu, czer mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya infeksi. 

Sebab itu, anda memerlukannya bagi mencegah sebarang jangkitan terjadi saat pembedahan dijalankan. 

#3. Melahirkan bayi pramatang 

5 Situasi Yang Membolehkan Ibu Hamil Ambil Antibiotik, Jangan Makan Ubat Sebarangan Ya!

Kredit: Medical Xpress

Apabila ibu mengalami infeksi bacterial vaginosis, ia boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.

Selain itu, jangkitan di bahagian tubuh yang lain juga berisiko untuk kelahiran premature. Bermula dari infeksi pada ginjal, pneumonia, radang usus hingga saluran air kencing. Kemudian disertai pula dengan demam tinggi dalam bacaan 38 darjah celcius pada ibu hamil.

Oleh sebab itu, doktor akan memberi antibiotik bagi menunda persalinan atau membantu mengurangkan infeksi supaya tidak terlalu parah. 

Jika proses kelahiran tidak dapat ditunda maka antibiotik berkenaan dapat digunakan bagi mengurangkan infeksi pada ibu tersebut.

#4. Ketuban pecah terlalu awal 

Doktor akan memberikan antibiotik jika ketuban pecah selepas 18 jam sama ada ia pecah sendiri atau dipecahkan bagi mempercepatkan proses bersalin. 

Antibiotik tersebut diberikan bagi mengelak infeksi rahim atau jangkitan pada kantung ketuban.  Namun, cepat atau lambat pemberian antibiotik ini bergantung kepada hospital atau doktor yang merawat. 

#5. Demam ketika bersalin 

antibiotik ibu hamil

Kredit: iStock

Jika anda mengalami demam ketika melahirkan doktor mungkin memberi ubat antibiotik. Ia bagi mengelak sebarang jangkitan bakteria yang boleh menular pada bayi. 

Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Merawat Suhu Demam Dewas Di Rumah, Mudah & Berkesan!

Baca juga: Bahayanya demam panas pada awal kehamilan yang ibu perlu tahu

Baca juga: Benarkah Makan Paracetamol Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme & ADHD Pada Anak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!