Menurut World Health Organisation, WHO, kebelakangan ini, kes ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat diseluruh dunia ke tahap yang membimbangkan.
Ini adalah sesuatu yang bahaya kerana ia mengancam keberkesanan antibiotik merawat penyakit berjangkit yang biasa menyebabkan, proses merawat penyakit yang lebih serius seperti tuberkulosis, pneumonia, dan gonorhea menjadi lebih sukar.
Apa itu antibiotik?
Sebelum kita pergi lebih jauh mengapa terjadinya kejadian yang tidak diingini ini, mari kita lihat semula apa sebenarnya fungsi antibiotik.
Antibiotik merupakan ubatan yang digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan bakteria. Antibiotik menyekat pembahagian bakteria dari semakin banyak atau membunuh bakteria dari terus membiak. Ia juga membantu sistem imun semulajadi manusia untuk melawan infeksi bakteria.
Jenis antibiotik yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis bakteria yang menjangkiti seseorang itu. Malah, jenis antibiotik yang berbeza, berfungsi berlainan.
Bagaimanakah ketahanan terhadap antibiotik (antibiotic resistance) terjadi?
Ketahanan terhadap antibiotik terjadi apabila ia disalah gunakan. Antaranya ialah:
- mengelakkan dari menyebarkan jangkitan kepada orang lain (jangan pergi ke tempat orang ramai jika dijangkiti bakteria)
- tidak mengamalkan kebersihan diri, seks selamat serta kebersihan makanan.
- apabila antibiotik dapat dibeli sama ada untuk manusia mahupun haiwan tanpa preskripsi dari doktor.
- pesakit yang menerima ubatan antibiotik tidak mengikut arahan preskripsi dari doktor (tidak menghabiskan mengikut masa, tidak mengikut jadual makan atau tidak menghabiskan antibiotik kerana merasakan diri sudah sihat)
- berkongsi preskripsi antibiotik dengan orang yang tidak dirawat terus oleh doktor
Bagaimanakah cara mengatasi?
Risiko ketahanan terhadap antibiotik boleh dikurangkan dengan beberapa cara:
- jangan menyebarkan jangkitan bakteria yang anda hidapi, kuarantinkan diri anda sehingga pulih sepenuhnya
- menjaga kebersihan diri, makanan serta mengamalkan seks selamat
- menghabiskan ubatan antibiotik anda jika dipreskripsikan oleh doktor
- tidak meminta preskripsi antibiotik jika tidak perlu
- jangan berkongsi lebihan antibiotik yang diberikan kepada orang lain
- sebagai perawat, anda boleh menerangkan cara prevensi infeksi kepada pesakit, cara pengambilan antibiotik yang betul serta akibat jika tidak mengambil preskripsi dengan betul
- bagi yang mempunyai haiwan peliharaan atau ternakan, berikan antibiotik hanya jika mendapat pengawasan dari pegawai veterinar