Kini Lebih Mudah Buat Ujian COVID-19 Pada Kanak-Kanak, Macam Hisap Lollipop!

Cara mudah untuk anak kecil membuat ujian COVID-19 kendiri, di sini ada jawapannya, antigen rapid test ini semudah makan lollipop!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan sudah menjadi rutin untuk anak-anak membuat ujian air liur kendiri atau Antigen Rapid Test sebelum ke pusat jagaan, sekolah atau membawa anak-anak berjumpa keluarga dan sanak saudara.

Namun bukannya senang untuk lakukan ujian air liur kendiri ini pada anak-anak kecil, menangis-nangis dibuatnya, malah ketepatan keputusan ujian juga sentiasa diragui apabila anak-anak tidak beri kerjasama. 

Disebabkan itu apabila 2019-nCoV Saliva Ag EASY TEST atau dipanggil Lollipop Test ini diperkenalkan, sudah tentunya ia menjadi berita gembira buat ibu ayah semua, termasuklah penulis sendiri!

Penggunaannya sangat mudah, semudah menghisap Lollipop! Namun apa yang pasti cara hisapnya itu kena betul. Dan keputusan ujian ini ketepatannya sehingga 99.15%, manakala tahap sensitivitinya pula adalah sebanyak 93.91%!

Bagaimana Antigen Rapid Test 2019-nCoV Saliva Ag EASY TEST bertindak 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian mudah Saliva Ag 2019-nCoV ialah immunoassay aliran sisi yang bertujuan untuk pengesanan kualitatif antigen protein nukleokapsid daripada 2019-nCoV dalam spesimen air liur yang dikumpulkan secara langsung daripada individu yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Waktu penulis menggunakan Antigen Rapid Test ini buat anak yang berusia 2 tahun setengah, ia cukup mudah dan cepat. prosesnya tidak sampai 5 minit, dan keputusan akan keluar dalam masa 10 minit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara menggunakannya

  1. Anda perlu keluarkan alat ujian daripada plastik aluminuum dan cabut bahagian penutupnya.
  2. Dalam posisi alat itu melintang masukkan ke dalam mulut anak anda, tunggu sehingga bahagian hujungnya itu dibasahi dan keluar cecair berwarna ungu pada bahagian keputusan ujian itu.
  3. Keluarkan dari mulut, dan biarkan selama 10 minit dengan kit dalam keadaan mendatar. 
  4. Siap!
  5. Anak anda tidak akan tahu, ia sudah berakhir!

Dimana anda boleh dapatkannya?

Sekiranya ibu ayah berminat untuk mendapatkan kit ujian air liur kendiri ini anda boleh kilik di sini. Harga kit Antigen Rapid Test ini adalah RM9.90, cukup berbaloi! Dapatkannya untuk perlindungan keluarga yang sempuna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: COVID-19 Boleh Menyebabkan Kanak-Kanak Tantrum!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan