McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa Melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi tahunan ini diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid.

Memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.

“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu.

Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda  komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara.

Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,” tambah Puan Melati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.

Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.

Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut:

https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.

Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia

Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

Bil. Nama Guru Sekolah
1 Encik Chan Chin Ho SMK Durian Tunggal
2 Mdm Tan Wei Kuan SJKC Chong Cheng
3 Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin SMK Orkid Desa
4 Encik Muhammad Suffi bin Yusof SK Pangkalan TLDM
5 Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris SMK Syed Abu Bakar
6 Encik Tiew Feilix SJKC Kwang Hwa
7 Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon SMK Dato’ Bijaya Setia
8 Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya SK Semayan Pulau Banggi
9 Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib SMK Jerlun
10 Encik Rohaidee bin Mustafa SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
11 Puan Angela binti Joseph SMK Mutiara
12 Encik Noreriffin Bin Norazaman SMK Lailatul Shahreen
13 Puan Jasleen binti Mohamed Razali SK Gong Nangka
14 Encik Ishak bin Hassan SK Bandar Raub
15 Encik Lerry David KV Keningau
16 Encik Hafizi Fazli bin Bakar SMK Kemabong
17 Encik Mohana Ram a/l Murugiah Methodist Girl’s School
18 Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad SMK Tan Sri Jaafar Albar
19 Encik Zulbaseri bin Husain SK Parang Putting
20 Encik Maheswaran a/l Muniandy SK Putrajaya Presint 9(1)
21 Encik Huzaire bin Haji Ahmad SK (F) Mempaga 2
22 Encik Kelimin anak Lidam SK Long Moh
23 Mohamad Zain bin Md Sevan SK (F) Pasir Besar
24 Puan Aznida binti Abdul Aziz Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya
25 Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat IPG Dato’ Razali Ismail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia