Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Ramai ibu bapa tertanya-tanya apa itu cacar air? Ia sebenarnya penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan demam dan ruam lepuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cacar air ialah penyakit yang sering menyerang golongan kanak-kanak. Virus cacar air ini juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya boleh merebak melalui1:

  • Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh (blister).

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam  aplikasi theAsianparent(2)

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, lebih 90% ibu bapa risau akan anak-anak mereka terjangkit cacar air dan 70% pula bersetuju bahawa cacar air ialah penyakit yang berbahaya. 

Oleh yang demikian, ibu bapa boleh mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan mempertimbangkan imunisasi. Orang dewasa yang masih belum dijangkiti dengan virus varicella ini dan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan boleh juga mendapatkan imunisasi untuk mencegah penyakit ini1.

Simptom-simptom Cacar Air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)1, anak-anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air.

Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang dijangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil boleh menjadi lebih serius1.

Berikut merupakan antara gejala-gejala yang perlu diperhatikan oleh ibu ayah1:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(4)

Kebiasaannya, jangkitan cacar air ini akan menghasilkan imuniti seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak1

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, 2 daripada 3 ibu tidak tahu bahawa jangkitan cacar air boleh meningkatkan kebarangkalian anak-anak mereka terjangkit kayap apabila dewasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komplikasi Cacar Air

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Selalunya, cacar air adalah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah1.

Komplikasi yang dimaksudkan adalah termasuk:

  • Jangkitan kuman pada kulit.
  • Jangkitan pada darah.
  • Radang paru-paru.
  • Keradangan otak (encephalitis/cerebellar ataxia).

Cara-cara Pencegahan Serta Rawatan Virus Ini

Penyakit cacar air ini sememangnya mempunyai ubat yang tersendiri untuk memastikan penyakit ini dapat disembuhkan. Oleh itu, ibu ayah jangan terlalu bimbang kerana ianya cukup memadai sekiranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri penyakit ini serta gejala yang berikutan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam  aplikasi theAsianparent(5)

Antara rawatan yang dapat diberikan untuk melawan penyakit cacar air ini adalah vaksin yang tersedia ada di klinik atau hospital swasta1. Walau bagaimanapun, menurut tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent, 80% ibu bapa menganggap memvaksin anak tidak penting.

Vaksin ini diberi sebagai langkah pencegahan supaya tidak mudah mendapat jangkitan ini serta juga memastikan ianya tidak menular kepada orang lain. Ini terutamanya terjadi kepada kanak-kanak kecil yang lebih mudah terjebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(6)

Menurut tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent, hampir 80% ibu bapa bersetuju bahawa mendapatkan vaksin sekarang lebih baik daripada dijangkiti cacar air dan mendapat imuniti semula jadi. Rujuk kepada doktor anda dan mendapatkan nasihat tentang vaksin untuk anda dan anak anda.

Doktor anda akan memberikan ubat antivirus yang diambilkan secara oral. Doktor anda juga akan memberikan paracetamol untuk demam atau krim calamine bagi ruam yang gatal1.

Ibu ayah juga boleh mengambil langkah-langkah mudah untuk memastikan penyakit cacar ini akan sembuh dengan cepat seperti pengambilan air yang banyak. Ini kerana penyakit cacar akan menyebabkan badan kita kekurangan air dan boleh membawa sehingga ke tahap dehidrasi3.

Seterusnya, ibu ayah perlu sentiasa memastikan benda anak-anak yang dijangkiti virus ini atau kawasan yang kerap disentuh sentiasa dibasuh atau dibasmi kuman7. Bukan apa, takut merebak ke individu lain pula.

Kesimpulannya, ibu bapa disarankan untuk senantiasa peka dan prihatin mengenai penyakit cacar ini kerana ianya merupakan sebuah penyakit yang biasa terjadi dan sering melanda masyarakat kita terutamanya anak kecil. Menjaga kebersihan persekitaran adalah langkah pertama untuk melindungi anak kecil daripada penyakit.

Lindungi Keluarga

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(8)

Oleh itu, ianya sangat baik jika kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai gejala yang berikutan dan rawatan yang harus diambil bagi mencegah penyakit cacar ini dan memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang vaksinasi untuk anak-anak.

Hampir 70% ibu bapa yang menyertai tinjauan theAsianparent bersetuju bahawa cacar air adalah penyakit berbahaya manakala 26% ibu bapa tidak pasti. 

Semoga dengan pencerahan ini, ibu ayah di luar sana tercerah mengenai penyakit cacar air, gejala gejalanya dan kaedah pencegahan termasuknya imunisasi. Rujuk kepada doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang program imunisasi yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MY-VVX-00112 Aug/2022

REFERENCES

  1. MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 01 Jun 2022.
  2. theAsianparent Survey. Anda risau anak anda kena Chickenpox?. Retrieved on 22 Sep 2022.
  3. Mayo Clinic. Chickenpox – Symptoms and causes. Available from: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/symptoms-causes/syc-20351282. Last Accessed 01 Jun 2022.
  4. theAsianparent Survey. Tahukah anda bahawa mendapat virus Chickenpox meningkatkan peluang untuk mendapat Kayap apabila anda dewasa?. Retrieved on 12 Sep 2022.
  5. theAsianparent Survey. Pada pendapat anda, apakah kaedah terbaik untuk mencegah Chickenpox?. Retrieved on 20 Sep 2022.
  6. theAsianparent Survey. Adakah mendapat vaksin chickenpox sekarang lebih baik daripada dijangkiti dan mendapat imuniti semula jadi?. Retrieved on 23 Sep 2022.
  7. Centre for Health Protection. Chickenpox. Available from: https://www.chp.gov.hk/en/healthtopics/content/24/15.html. Last Accessed 3 August 2022. 
  8. theAsianparent Survey. Adakah anda bersetuju bahawa chickenpox adalah penyakit berbahaya untuk bayi anda?. Retrieved on 23 Sep 2022.