Apa itu Gerd? Gerd adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.
Asid yang terkandung di dalam perut kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan anda rasa masam pada mulut.
Masalah asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Walau bagaimanapun, normal untuk anda mengalami masalah pedih ulu hati sekali-sekala. Namun, jika anda terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih ulu hati, ini menandakan penyakit Gerd.
Gejala Umum Penyakit Gerd
Antara tanda-tanda penyakit Gerd adalah:
- Pedih ulu hati
- Sakit dada
- Rembesan air liur meningkat
- Sendawa
- Angin/kembung
- Loya/muntah
- Sensitif terhadap makanan tertentu
- Tidur terganggu
Simptok serius penyakit Gerd :
- Batuk berterusan
- Sakit tekak kronik
- Sukar menelan/makanan tersangkut
- Asthma
- Suara serak
- Nafas berbau
- Masalah gigi dan gusi
- Tekak rasa masam
Amal Minuman Ini Dan Elak Minuman Kafein
Dr. Suri Roowi dalam sebuah perkongsiannya di Facebook, beliau berkongsi beberapa jenis minuman yang boleh diamalkan untuk pesakit Gerd dan minuman yang perlu dielakkan.
1. Minum air kelapa
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (Gerd) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.
Air kelapa tanpa gula boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan Gerd.
Ini kerana minuman ini kaya potassium. Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks. Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.
2. Minum air tebu
Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu bantu atasi masalah Gerd.
Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020 di mana hasil kajian menunjukkan 22 orang yang minum air tebu setiap hari menunjukkan pengurangan ketara pedih ulu hati dan pengurangan gejala Gerd.
3. Minum air kunyit
Menurut kajian pada tahun 2007, penyakit Gerd mungkin disebabkan oleh keradangan. Kunyit dikatakan mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang dan boleh melegakan Gerd.
4. Kurangkan minum kopi
Beberapa kajian menunjukkan meminum kopi berlebihan boleh menyebabkan pelepasan asid gastrik. Rembesan asid gastrik selanjutnya boleh menyebabkan berlakunya refluks, pedih ulu hati dan Gerd.
Cara Merawat Gerd
Berikut merupakan rawatan kepada masalah Gerd :
- Perubahan cara hidup
- berhenti merokok
- mengekalkan berat badan ideal
- mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
- jangan baring sejurus selepas makan
- meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
- Ubat-ubatan
- Antasids untuk meneutralkan asid perut
- H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
- Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untukmengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
- Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen
- Pembedahan dan prosedur lain
Diharap perkongsian artikel apa itu Gerd dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Masalah Penghadaman & Pedih Ulu Hati Ketika Hamil, Ketahui Punca Serta 25 Petua Mengatasinya!
Baca juga : Hati-Hati Sendawa Semasa Perut Kosong, Ia Petanda Tak Baik Untuk Kesihatan Anda
Baca juga : Ketahui Perbezaan Refluks GER dan GERD Pada Bayi, GERD Dikatakan Lebih Serius!