Awalnya Budak Ini Hanya Demam & Naik Ruam, Sekali Rupanya Sepsis Yang Bawa Maut!

Kanak-kanak lelaki 4 tahun mengalami sepsis selepas terkena jangkitan dalam badan sehingga 24 hari dalam wad ICU

Anda tahu tak apa itu sepsis? Ia terjadi apabila sistem pertahanan badan atau sistem imun tubuh terpaksa melawan jangkitan dari merebak, namun telah menyebabkan kecederaan kepada tisu dan organ badan manusia.

Hal ini kerana, jangkitan tersebut kebanyakannya terdiri daripada bakteria dan virus. Malah ada ketikanya, ia berpunca dari parasit dan fungi atau kulat. Yang paling menakutkan jika tidak mendapat rawatan awal, sepsis boleh menyebabkan kematian. 

 

Atas sebab itu, seorang ibu bernama Iris Ng telah berkongsi di Facebook tentang kisah anaknya Jarrod yang berjaya diselamatkan dari Sepsis.

Apa itu sepsis? Ibu kongsi cerita di Facebook

Iris Ng berkongsi kisah anaknya untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa lain tentang gejala dan simptom awal sepsis agar ia dapat dicegah dengan lebih cepat.

Jarrod, 4 tahun merupakan seorang kanak-kanak yang sihat dan riang. Biasanya kalau sakit, dia hanya mengalami demam biasa dan sembuh seperti sedia kala.

Namun pada hari kejadian, pihak tadika menghubungi ibunya dan mengatakan Jarrod nampak lesu. Tapi setibanya di tadika untuk mengambilnya, demam Jarrod semakin kebah sambil bermain dengan rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, dua hari selepas itu, anak kecil ini sekali lagi demam dan ruam mulai muncul di wajahnya. Setelah dibawa berjumpa doktor, dia disahkan mengalami demam virus dan diberikan panadol serta neurofen. Keesokannya, kesihatan Jarrod kembali pulih dan bertambah baik sambil membantu ibunya di dapur.

Merungut kaki sakit 

Tapi, keesokannya ruam naik semula dan merungut kakinya sakit. Lantas ibunya membawa ke klinik dan doktor tetap mengatakan dia terkena demam virus dan mengambil ubat serupa.

Namun pada hari seterusnya, keadaan Jarrod bertambah teruk kerana ruam dan demam belum surut lantas dia dibawa ke unit kecemasan dengan segera. 

Pada masa yang sama Jarrod juga mengalami cirit birit dan muntah. Lantas jururawat mengambil tekanan darahnya hingga bilik rawatan Jarrod dipenuhi ramai staf perubatan. Kemudian doktor mengesahkan Jarrod mengalami sepsis namun tidak tahu apa puncanya.

Menjalani dialisis kerana buah pinggang tidak berfungsi dengan baik

Apa yang menyedihkan, organ si kecil ini tidak berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis melalui lehernya kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bukan itu saja, jantung Jarrod juga gagal berfungsi dan perlu melakukan pembedahan segera bagi membuka dadanya untuk memintas fungsi jantung dengan menggunakan mesin ECMO.

Kaki mulai membengkak

Pada masa yang sama, kaki Jarrod mulai membengkak tiga kali lebih besar daripada biasa dan doktor mengesahkan kakinya punca jangkitan.

Lantas doktor melakukan pembedahan pada kakinya kerana keadaan Jarrod sangat kritikal untuk bergerak dan pembedahan berjalan lancar tapi ia bukan punca utama kerana bakteria telah merebak di aliran darah dan tulang. Sebab itu menghalang bekalan darah ke kaki seterusnya rosakkan otot dan tisu.

Tak dapat dibayangkan, Jarrod juga terpaksa berada di ICU selama 24 hari di mana 8 hari koma dan perlu bergantung dengan mesin sokongan hayat. Malah rambutnya juga gugur dan kulit mengelupas.

Atas sebab itu, doktor terpaksa melakukan banyak pembedahan di kakinya namun selepas melihat keadannya semakin baik, Jarrod dibenarkan keluar dari ICU.

Disebabkan otot dan tisu telah rosak di bahagian kaki, jadi Jarrod terpaksa belajar untuk berjalan semula. Bahkan keadaannya sangat lemah pada mulanya kerana sukar angkat leher semasa berada atas katil.

Namun kini keadaan Jarrod semakin pulih dan bertambah baik. Sebab itu sangat penting bagi ibu bapa menjaga serta mengamalkan gaya hidup yang sihat pada anak-anak. Selain tidak lupa mengambil vaksin bagi melindungi dari sebarang penyakit yang berbahaya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: World Of Buzz 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-sakit-gigi