Cinta Suami Isteri Lebih Mesra & Bahagia Dengan Petua Romantis Ini

Seiring usia perkahwinan, kita terkadang lupa bertanya kepada diri adakah sidia mengetahui betapa dalamnya cinta kita. Mari kita telusuri beberapa tip-tip di bawah sebagai panduan menyemarakkan semula api cinta sekiranya telah suram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Api cinta suami isteri tidak semestinya pudar apabila sudah berkahwin. Sama ada anda baru berkahwin 5 bulan, 5 tahun, 15 tahun mahupun 35 tahun, hubungan suami isteri haruslah diusaha setiap hari agar berkekalan dan tidak membosankan.

Malah usaha-usaha ini tidak memakan belanja yang banyak pun! Menurut Arthur Aron, seorang profesor psikologi di Stony Brook University berkata, formula untuk menjadi lebih romantik dalam hubungan ialah hati yang baik, perhatian dan pelbagai aktiviti dilakukan bersama.

Petua Cinta Suami Isteri Berputik Kembali

Kredit: Freepik

Di sini tips untuk pasangan suami isteri untuk di buat hari-hari.

1# Ungkapan kasih-sayang

Ungkapan kasih sayang sesama suami isteri paling mudah dan berkesan dalam menyatakan perasaan itu. Namun ia tidak terhad hanya pada perkataan ‘cinta’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Ucap terima kasih

Perhatikan saat pasangan menjadikan hidup kita lebih bermakna dan ucapkanlah ‘terima kasih’. Suami bekerja saban hari di luar manakala isteri bekerja lebih 8 jam sehari mengatur rumahtangga. Berterima kasihlah atas rasa tanggungjawab yang ditunjukkan demi cintanya kepada kita.

3# Saya bangga!

Inilah peluang untuk menaikkan keyakinan pasangan. Nyatakan perasaan kagum terhadapnya kepada orang lain. Pastikan pasangan kita dapat mendengarnya. Katakan saja, “Walaupun sibuk Hanif masih sempat pulang untuk makan malam bersama. Saya sungguh bangga”; atau “Lihatlah, anak-anak kami membesar dengan sihat dan riang. Ini semua kerana Anis, suri kepada rumah ini. Saya amat berbangga.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Apa khabar?

Ambil masa untuk bertanya khabar pasangan sama ada ketika bersama apatah lagi berjauhan. Pastikan kita berhubung dengan pasangan setiap hari.

5# ‘I love you’

Terlalu biasa? Tentu sekali dan ianya tidak pernah mengecewakan. Ungkapkan ia ketika berpisah, bertemu dan sebelum tidur. Bisikan kasih sayang ini tentunya memberi kesan terhadap hati kita dan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

6# Kelu lidah?

Kredit: Freepik

Jika sukar untuk berkata-kata, lakukanlah sesuatu untuk menyatakan cinta tanpa perkataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7# Berkongsi gelak ketawa

Berkongsi gelak ketawa akan membuakkan perasaan positif. Hantarkan email atau sms kepada pasangan tentang perkara lucu yang berlaku kepada diri atau anak-anak. Atau carilah sesuatu yang mengeletek hati di internet dan kongsikannya.

8# Berikan senyuman

Bahasa gerak-geri amat memberi kesan. Wajah yang murung berkerut memberikan gambaran kita tidak gembira atau berpuashati. Apabila bersemuka, senyum dan pandanglah matanya. Ia sesuatu yang mudah dilakukan dan pastinya membuahkan keceriaan.

9# Luangkan masa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melakukan aktiviti bersama lebih baik daripada mengungkapkan kata-kata cinta. Cadangkan aktiviti yang berkaitan dengan minat pasangan walaupun ia bukan minat kita. Memberi peluang sebegini menunjukkan kita meraikan sesuatu padanya.

10# Sentuhan fizikal

Sentuhan fizikal adalah penyataan rasa cinta semula jadi. Peganglah tangannya, letakkan tangan di bahunya, berikan pelukan semasa bertemu dan berpisah sehari-hari. Apabila bersantai duduklah dengan pasangan di kerusi yang sama.

11# Berpakaian kemas

Saat awal perkahwinan kita suka untuk bergaya untuk pasangan. Apa kata hidupkannya semula dengan memakai pakaian yang kemas bagi suami dan yang cantik serta seksi bagi isteri. Usaha untuk berpakaian menarik perhatian mampu menyemarakkan semula api cinta.

12# Berikan kucupan

Kredit: Freepik

Hanya dengan kucupan di bibir kita mampu menggantikan kata-kata cinta. Lakukanlah ketika bertemu dan berpisah seharian dan sebelum kita berdua melelapkan mata.

13# Dengar dan tunjukkan minat

Tunjukkan minat terhadap perkongsian. Jika tidak begitu memahami, bertanyalah sebanyak mungkin.  Biarkan mereka tahu kita perihatin terhadap apa yang ada dalam fikirannya. Bukankah kita juga mahukan perhatian yang sama?

14# Maafkanlah dia

Apabila mula memikirkan perkara yang menjengkelkan, ingatlah bahawa mereka juga manusia biasa. Mereka melakukan kesilapan seperti kita. Maafkanlah. Kita akan lihat perubahan diri sendiri yang lebih menghargai.

15# Hadiah istimewa

Pemberian hadiah yang tidak diduga menggembirakan penerima dan pemberi. Mahal? Mungkin juga ia percuma.

16# Tuliskan sesuatu

Menghargai pasangan juga dapat dilakukan dengan penulisan. Tulislah dengan jujur tentang pasangan yang menjadikannya begitu berharga. Mungkin keramahannya atau reaksinya terhadap jenaka yang kita kongsikan, walaupun tidaklah selawak mana.

17# Yang diidamkan

Kredit: Freepik

Ketika membeli belah, perhatikan pasangan kita. Jika ada sesuatu yang dia minati tetapi tidak membelinya, itu adalah hadiah yang tentu mengujakan.

 

18# Layanan istimewa

Hubungan seksual amat penting bagi pasangan suami isteri. Di sinilah pasangan menyatakan cinta secara fizikal. Sesekali, lakukanlah sesuatu yang istimewa. Mungkin alunan musik romantis atau tebaran bunga di atas katil.

19# Doa

Inilah hadiah terbaik untuk pasangan. Doakan kesejahteraan, ketenangan dan kebahagiaannya. Sesungguhnya, tanpa keizinan Tuhan, semua kebahagiaan yang kita dan pasangan kecapi kini tidak akan terealisasi.

Cinta suami isteri boleh dikembalikan dengan tips berguna di atas. Sekali sekala tak salah untuk cuba sesuatu yang baru kan?

Semoga berjaya!

Rujukan:

7 Simple Ways to Appreciate Your Spouse

Creating a Happy Marriage by Appreciating Your Spouse

Sweet (and simple) gestures that says ‘I Love You’

 10 ways to say ‘I Love You’ (without speaking a word)

Top 10 Gifts Ideas for That Special Spouse

Suami Isteri: Bercintalah Berkali-kali

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri

Hadiah Murah Bukan Berarti Tidak Romantis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan, Hidup Lebih Lama Berbanding Pasangan Lain