Applecrumby® Melancarkan Komuniti Keibubapaan Applecrumby®: Sokongan Buat Ibu Bapa Serba Moden

Raikan bersama kami di Pameran Bayi MC Baby pada 1 hingga 3 Jun: nikmati pelbagai tawaran eksklusif dan aktiviti menarik untuk semua ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 31 Mei 2024 – Applecrumby®, jenama bayi Malaysia untuk kesihatan dan kesejahteraan di persada antarabangsa, yang menawarkan pelbagai jenis keperluan bayi yang selamat, semula jadi dan mampu milik, telah melancarkan sebuah komuniti inovatif, Applecrumby® Parenthood Community (APC) hari ini.

Sejajar dengan komitmen Applecrumby® untuk memberikan sokongan kepada ibu bapa serta memudahkan urusan anak-anak dan keluarga, APC dilancarkan dengan tujuan menjadi hab utama bagi semua ibu bapa berhubung, berkongsi, berdialog serta mendapat pelbagai tawaran menarik.

“Dengan melancarkan komuniti APC ini, matlamat kami adalah untuk mencipta satu rangkaian di mana sesiapa sahaja yang bergelar ibu bapa boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan sokongan. Kami komited dalam menyediakan persekitaran yang bukan sahaja menggalakkan pembelajaran dan perkembangan, malah turut meraikan perjalanan suka duka ibu bapa dan keluarga.” kata Jesmine Tan, pengasas bersama Applecrumby®.

Komuniti keibubapaan APC ini berfungsi sebagai ruang kepada ibu bapa untuk memperkasakan diri mereka dengan pelbagai sumber, sokongan dan jaringan yang diperlukan bagi mengharungi cabaran keibubapaan di era moden kini. Dengan menyediakan platform seperti ini, APC dapat berkongsi dan sekaligus memberikan peluang, ilmu dan pengalaman yang baharu kepada semua ibu bapa dan keluarga tanpa mengira latar belakang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keahlian dalam APC menawarkan pelbagai faedah eksklusif seperti akses kepada bengkel pendidikan, acara istimewa dan promosi yang dirangka khas untuk keperluan keluarga.Selain itua, Ahli APC berpeluang untuk menyertai perjumpaan berkala dan forum dalam talian yang dianjurkan sebagai tempat memberikan sokongan dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa dalam pelbagai aspek dalam membesarkan anak-anak seperti kesihatan, nutrisi, pendidikan serta permainan.

Lebih mengujakan lagi, Applecrumby® turut memperkenalkan program rakan kongsi yang membolehkan ibu bapa mendapat mata ganjaran dan menyumbang kepada pertumbuhan positif Applecrumby®. rogram APC ini juga dijangka akan berkembang maju dan kekal berterusan dalam jangka masa panjang supaya ibu bapa boleh berkongsi pengalaman bersama anak-anak mereka dan menikmati ganjaran bersama-sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk meraikan pelancaran komuniti ini, Applecrumby® menganjurkan majlis pra- pelancaran pada hari ini di pameran bayi MC dengan kerjasama Super Mommie Club and Grow serta Glow Mama. Sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung, ibu bapa boleh mendapatkan lebih banyak informasi mengenai ganjaran yang ada apabila mereka menyertai komuniti ini.

Berkunjunglah ke Pameran Bayi MC untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pemberian belon, bertih jagung dan gula-gula kapas kepada semua pengunjung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Datang dan rasai sendiri pengalaman di pameran bayi MC bermula 1 – 3 Jun di mana Applecrumby® akan menyediakan pelbagai aktiviti unik kepada semua pengunjung seperti:

  • Penebusan beg merah jambu
  • Rebut tawaran awal serendah RM9.90
  • Ruang tamu VIP dengan aktiviti menarik
  • Tawaran pantas RM1 di mesin layan diri kami
  • Pemberian kereta vintaj AC
  • Kuiz, cabutan bertuah dan lebih banyak kejutan menanti

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Applecrumby®.