Ibu bapa, awas dengan apps Musical.ly, ia sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak!

Sesetengah ibu bapa terjumpa unsur lucah dalam app Musical.ly, sebuah aplikasi muzik popular untuk kanak-kanak dan remaja. Tapi bukan sekadar lucah sahaja! Anda pasti terkejut apabila mengetahui apa yang ada dalam apps ini......

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini kami pernah menulis artikel mengenai beberapa apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Antaranya adalah aplikasi Roblox, dan aplikasi Music.ly di mana terdapat individu yang meminta gambar-gambar bogel dari budak berumur 7 tahun.

Tapi kini, kita boleh melihat aplikasi Musical.ly pula semakin popular di kalangan remaja dan kanak-kanak. Disebabkan ramai remaja dan kanak-kanak yang menggunakan aplikasi ini, kadang-kadang ibu bapa lupa tentang bahaya yang mungkin tersembunyi di dalamnya, lebih-lebih lagi sebab app ini dikenali sebagai app muzik.

Apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak: Ada unsur lucah dalam aplikasi Musical.ly!

Namun, baru-baru ini, beberapa ibu bapa telah terjumpa unsur-unsur lucah dalam aplikasi tersebut. Akibatnya, semua remaja dan kanak-kanak yang menggunakan app itu kini mempunyai akses langsung kepada bahan pornografi.

The New Daily, telah mencuba aplikasi tersebut. Dalam masa kurang dari 30 minit, mereka telah terjumpa pelbagai video aktiviti seks.

Musical.ly adalah antara apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak

Selain itu, terdapat juga video kanak-kanak bawah umur yang bogel dan separa bogel. Dalam satu video, seorang gadis berusia 11 tahun sedang menari tarian seksi berserta hashtag “# f*ckme” dan “# f*ckgirl” (ini adalah tapisan kami, bukan tapisan aplikasi tersebut).

The New Daily melaporkan kedua-dua video kanak-kanak bawah umur itu sedang bogel dan satu lagi sedang melancap. Walaupun The New Daily telah meminta aplikasi itu untuk menyingkirkan kedua-dua video terbabit, ia masih kelihatan 10 hari kemudian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasihat pakar mengenai keselamatan apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak

Susan McLean, seorang bekas anggota polis wanita yang kini mengajar keselamatan siber kepada kanak-kanak sekolah dan ibu bapa, mempunyai banyak cerita mengenai kandungan lucah dalam aplikasi Musical.ly. 

Aplikasi ini sangat popular kerana ia menggalakkan pengguna untuk membuat video sendiri sambil bernyanyi mengikut muzik terkini. Video ini kemudian boleh dimuat naik ke Musical.ly supaya pengguna lain boleh, “like,” dan memberi komen.

Malangnya, untuk menarik peminat yang banyak, ramai kanak-kanak terutamanya gadis muda akan melakukan tarian seksi atau perbuatan yang berunsur seks. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu bapa perlu ingat. Pemangsa seks tidak lagi mengacau kanak-kanak bawah umur melalui aplikasi seperti Facebook atau Instagram kerana kedua-dua aplikasi ini mempunyai kawalan yang ketat.  Pemangsa kini lebih suka aplikasi seperti Musical.ly di mana mereka tahu terdapat ramai kanak-kanak sedang berkongsi gambar dan video dengan aktif,” kata McLean.

Ada lagi benda-benda lain yang lebih teruk dari pornografi?

Di Musical.ly, anda juga boleh melihat video orang yang suka mencederakan diri. Video-video ini menunjukkan pelbagai cara untuk membunuh diri seperti cara melemaskan diri di dalam tab mandi, gambar-gambar pisau dan suara kanak-kanak yang mengatakan dia tidak mahu hidup lagi.

Ada juga video seorang budak lelaki yang luka di dada dan seorang gadis lagi luka akibat kaki dicalar dengan pisau. Video lain termasuklah kanak-kanak yang menyokong masalah anoreksia…

Bayangkan betapa ngerinya dan kesan kepada anak jika mereka melihat video-video ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malangnya, bukan itu sahaja. Walaupun Musical.ly nyata apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, mereka telah melancarkan seksyen baru bernama Lively. Lively membenarkan pengguna untuk berkongsi video secara live dan pengguna lain boleh melayari live stream mereka.

Setakat ini sudah pernah berlaku video live streaming seorang kanak-kanak yang mahu mencederakan diri. Ramai pengguna tidak melakukan apa-apa dan cuma menonton sahaja.

Bayangkan ibu bapa, video yang dikongsi secara live stream tidak diedit dan tidak ditapis. Buatlah keputusan yang wajar dan jauhi anak dari apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak ini!

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The New DailyMedium

Baca juga:

https://my.theasianparent.comyoutube-kids-pilihan-yang-lebih-baik/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio