Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

Apabila majlis aqiqah untuk anak bertukar stress bila ada individu yang sesuka hati menyusukan anak kita, ibu mana yang tak berangin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita dengar pun rasa melampau, apatah lagi perasaan ibu yang mengalaminya. Insiden ini berlaku kepada seorang ibu yang berkongsi kisah ini menerusi akaun TikTok miliknya, di mana si ibu sibuk membuat persiapan majlis aqiqah anak, tetapi ada pula individu yang berani-berani menyusukan anaknya sesuka hati tanpa izinnya.

Tidak dinafikan yang ramai sebenarnya pasangan ibu bapa yang resah apabila membawa anak berjumpa ahli keluarga atau bertemu di majlis-majlis keluarga, kerana ada di antara ahli keluarga yang jenis bersifat acuh tidak acuh akan keselamatan bayi apabila sesuka hati mencium atau memberi makan tanpa kebenaran si ibu atau ayahnya.

Umum kita tahu yang bayi adalah bersifat sangat sensitif dan kadar imunitinya juga belum sepenuhnya terbentuk sempurna untuk melindunginya daripada sebarang jangkitan penyakit. Sememangnya bayi itu comel tetapi tidak bermakna anda sebagai orang luar boleh sesuka hati mencium, menyentuh, memberi makan, apatah lagi menyusukannya tanpa kebenaran si ibu.

@afieqahhasanah
mak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni . ♬ original sound – afieqahhasanah

Seorang ibu bernama Afieqah Hasanah berkongsi pengalamannya di mana insiden yang sukar diterima akal ini berlaku kepadanya sebelum ini. Pada ketika insiden ini berlaku, dia sedang sibuk membuat persiapan majlis aqiqah untuk anaknya yang bernama Hayder dan memberi pegang bayinya itu kepada orang lain.

Ibu ini merasakan pelik dengan tindakan individu tersebut yang berpaling ke belakang seperti sedang melakukan sesuatu terhadap bayinya. Rupa-rupanya individu berkenaan sedang menyusukan anaknya itu secara direct breastfeeding tanpa kebenaran wanita itu sebagai ibu kandungnya.

Malah, individu tersebut yang mana juga orang terdekat dengannya sempat mengulanginya sekali lagi, dan perkara itu hanya diketahui oleh ibu kepada Afieqah. Perkara ini bukan satu perkara yang ringan kerana ia juga membabitkan hukum agama, belum ditambah lagi dengan kebimbangan si ibu akan kebersihan individu berkenaan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi tersebut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang menyakitkan hati alasan yang diberi individu tersebut adalah kerana bayi tersebut menangis, sedangkan si polan boleh sahaja memanggil ibunya untuk memberitahu perkara berkenaan. Ibu mana yang selesa dengan perkara sebegini, pastinya ia akan menghantui minda si ibu.

Biarkan insiden itu berlaku sudah lama ketika melakukan majlis aqiqah untuk anaknya itu, tetapi pastinya ia memberikan kesan trauma pada si ibu, apatah lagi bayinya itu adalah anak pertamanya bersama suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkara sebegini tidak berleluasa dan diharapkan kita semua memberikan peranan di dalam melindungi bayi kecil daripada diperlakukan sedemikian rupa, bukan hanya untuk menjaga kesihatan si kecil, malah juga menjaga perasaan ibu yang melahir dan menanggung sebarang impak atas perbuatan sebegitu pada anaknya.

Tiktok Afieqah Hasanah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul

Baca juga: Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

Baca juga: Ibu Tampal Notis ‘Jangan Cium’ Pada Dahi Bayi, Elak Orang Cium Anaknya Sesuka Hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad