Ramai Yang Tidak Tahu, Ini Senarai Artis Bollywood Yang Berpuasa Ketika Ramadhan
Artis Bollywood puasa pada bulan Ramadhan ini mungkin ramai yang tidak tahu. Mereka menjadikan bulan penuh kebaikan untuk perbaiki diri
Jangan tidak tahu, tapi artis Bollywood puasa juga di bulan Ramadhan! Antaranya seperti 5 artis Bollywood terkenal ini. Mereka menjadikan bulan Ramadhan sebagai masa untuk memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Artis Bollywood puasa pada bulan Ramadhan
Jom contohi apa yang mereka lakukan di bulan Ramadhan ini supaya puasa kita tidak sia-sia.
Artis Bollywood puasa pada bulan Ramadhan
1. Shahrukh Khan
Bagi aktor filem Maan ini pula, bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk beribadah kepada Allah, ia juga bulan untuk kita memupuk sifat kemanusiaan.
Ramadhan mengingatkan kita agar tidak lupa untuk membantu satu sama lain lebih-lebih lagi pada yang memerlukan.
5. Shaheer Sheikh
Pelakon tampan dari India ini juga termasuk dalam golongan artis Bollywood yang berpuasa. Tahun ini adalah kali kelimanya Shaheer menjalani ibadah puasa di Indonesia.
Aktor berusia 38 tahun ini sangat menyukai suasana Ramadhan di Indonesia yang sangat berbeza dari India.
“Ramadan di Indonesia lebih meriah, lebih terasa perayaannya daripada di India,”
Menu kesukaannya untuk berbuka adalah pisang goreng dan fruit cocktail kerana dua hidangan ini tiada di India.
6. Katrina Kaif
Katrina Kaif yang mengikuti jejak ayahnya, dia telah memeluk agama Islam sejak usia masih kecil. Meskipun dalam keluarga mempunyai perbezaan agama, namun mereka memiliki toleransi yang tinggi.
Katrina dibesarkan dengan ajaran Islam oleh ayahnya sejak dari kecil hingga dewasa. Justeru untuk menjalani ibadah puasa bukanlah sesuatu hal yang sukar buatnya ketika Ramadhan.
7. Ayesha Takia
Ayahnya adalah orang India, manakala ibunya berdarah India Inggeris. Kini Ayesha Takia merupakan seorang Muslim selepas dirinya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Farhan Azmi.
Difahamkan dia seorang wanita India yang mengamalkan budaya yang diikuti oleh ibu mentuanya
Memandangkan bulan suci Ramadhan telah bermula, dia meneruskan puasa seperti biasa meskipun sibuk mempromosikan filem baru.
Ketika ditemu bual, dia benar-benar kelihatan letih dan sempat menulis pada Twitter ”Terlalu letih kerana ada sejuta temu bual, saya menikmatinya tetapi penat kerana berpuasa, tekak rasa sangat kering!”
Apa pandangan anda tentang niat artis-artis Bollywood yang berpuasa ini? Bagus kan jika kita menyebarkan kebaikan di bulan mulia ini.
Ayuh, kongsikan erti bulan puasa seperti yang dinyatakan artis-artis ini untuk seluruh umat Islam 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Penulis asal Fitriyani. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga: 5 Artis Terkenal Bollywood Yang Kantoi Curang Namun Dimaafkan Oleh Isteri
Baca juga: Rupanya ini 6 cara artis Bollywood berikut mengasuh anak-anak mereka
Baca juga: Lihat Bagaimana 5 Artis Bollywood Ini Begitu Rapat & Tiada Masalah Dengan Mertua