X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lihat Bagaimana 5 Artis Bollywood Ini Begitu Rapat & Tiada Masalah Dengan Mertua

4 min bacaan
Lihat Bagaimana 5 Artis Bollywood Ini Begitu Rapat & Tiada Masalah Dengan Mertua

Masalah dengan mertua sering terjadi oleh kebanyakan wanita setelah mendirikan rumah tangga. Jika dikurniakan ibu mentua baik, anda sepatutnya bersyukur!

Sudah menjadi kebiasaan, rata-rata wanita meluahkan perasaan berdepan pelbagai masalah selepas berkahwin termasuklah masalah dengan mertua. Ada yang jenis pilih kasih sehingga suka membanding-bandingkan dan ada juga yang suka menyakiti hati menantu secara tidak sedar.

Walaubagaimanapun, 5 selebriti Bollywood ini seringkali dilihat mesra dengan ibu mentua mereka. Walaupun tradisi di India menuntut supaya menantu tinggal bersama mertua dan menurut setiap keinginannya, tapi hubungan mereka ini dilihat sungguh rapat.

Jadi, apakah rahsia mereka? Ha… kalau anda nak tahu, jom baca perkongsian lanjut kami ini!

Baca juga: Berpantang Rumah Mak Sendiri Atau Rumah Mak Mentua, Anda Pilih Yang Mana? 

Selebriti Hollywood yang tiada masalah dengan mertua

1. Kareena Kapoor

hubungan menantu dengan ibu mertua, hubungan dan mertua menantu, ibu mertua, mertua menantu, menantu baik, tips rapat dengan mertua, ambil hati mertua

Gambar – Filmibeat

Sharmi Tagore dilihat sering bersama-sama mengenakan bikini semasa bercuti di Maldives dengan Kareena Kapoor. Ramai yang mengagumi Sharmila kerana tidak kisah menantunya seksi, apalagi negara India penuh dengan pelbagai budaya.
 
Kareena mengakui bahawa ibu mentuannya seorang yang berfikiran moden dan memberi Kareena kebebasan dalam berpakaian. Wah, bertuah sungguh!

2. Kajol

hubungan menantu dengan ibu mertua, hubungan dan mertua menantu, ibu mertua, mertua menantu, menantu baik, tips rapat dengan mertua, ambil hati mertua

Kajol membuktikan bahawa dia adalah seorang menantu yang baik apabila sentiasa berada di sisi mentuanya Veena Devgan ketika terpaksa dimasukkan ke hospital akibat sakit dada.
 
Kajol membahagikan masa bersama Ajay menjaga Veena di hospital. Ketika Ajay dan Kajol sibuk dengan pengambaran, Veena mengambil alih tugas menjaga anak-anak hingga mereka tidak perlu risau.

3. Rani Mukherji

hubungan menantu dengan ibu mertua, hubungan mertua dan menantu, ibu mertua, mertua menantu, menantu baik, tips rapat dengan mertua, ambil hati mertua
 
Sebelum Rani berkahwin dengan Aditya Chopra, Rani memang sudah dilihat akrab dengan ibu Aditya, Pamela Chopra. Jadi tidak hairan apabila Pamela selalu dilihat menemani Rani dalam pelbagai acara penting.

4. Aishwarya Rai

hubungan menantu dengan ibu mertua, hubungan mertua dan menantu, ibu mertua, mertua menantu, menantu baik, tips rapat dengan mertua, ambil hati mertua

Hubungan menantu dengan ibu mertua antara Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai ini adalah yang paling dicemburui oleh para menantu di India.

Aishwarya Rai dan Jaya Bachchan adalah inspirasi para menantu dan mertua di India. Mereka selalu dilihat bahagia.

Hubungan menantu dengan ibu mertua sudah seperti ibu dan anak kandung. Mereka sangat memahami satu sama lain lebih-lebih lagi mereka dalam kerjaya yang sama.

5. Sonali Bendre

hubungan menantu dengan ibu mertua, hubungan mertua dan menantu, ibu mertua, mertua menantu, menantu baik, tips rapat dengan mertua, ambil hati mertua

Sonali Bendre merupakan salah satu artis yang menjadi pujaan lelaki di India. Ketika dia berkahwin dengan Goldie Behl, banyak yang patah hati kerananya.

Lebih-lebih lagi selepas kahwin, Sonali jarang berlakon filem kerana menumpukan perhatian pada keluarga. Komitmen Sonali terhadap keluarga membuatkan hubungan mereka rapat dan mereka sering bekerjasama membantu menjayakan projek filem Goldie.

Tips menjalin hubungan menantu dengan ibu mertua yang bahagia

Adakah anda ingin memiliki hubungan menantu dengan ibu mertua yang akrab seperti mereka juga? Mungkin tips ini boleh membantu anda:
  • Jujur. Sentiasa jadi diri sendiri. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, anda harus jujur dan berterus terang. Pasti mertua anda menghargai kejujuran anda.
  • Saling menghargai: Ibu bapa pasangan anda adalah ibu bapa anda juga. Jadi hargai mereka seperti anda hargai ibu bapa sendiri. Lebih-lebih lagi jika dia melakukan sesuatu untuk anda seperti menyediakan makanan atau menjaga anak-anak. Ucapkan terima kasih dan pastikan mereka tahu anda menghargai mereka.
  • Berkompromi: Seperti berpasangan, hubungan menantu dengan ibu mertua juga sama, kita harus sentiasa mengalah, berkompromi dan menerima satu sama lain untuk hidup bahagia.
  • Menerima seadanya: Mungkin sahaja ibu mentua bukan yang terbaik, namun dialah insan yang sudah mengorbankan nyawa bagi melahirkan suami buat anda. Jika ada tersalah bahasa, usahlah terlalu mengambil hati kerana ada sesetenga golongan berusia bila bercakap, agak sedikit kasar. Namun jauh di sudut hati dia menyayangi anak, menantu dan cucu-cucunya. 
  • Tidak mengharapkan balasan: Sekiranya anda menjaga mentua ketika mereka sakit atau tidak sihat, jangan mengharapkan balasan. Ikhlaskan hati untuk membantu dengan sebaik mungkin. Mana tahu bila nanti giliran kita, anak-anak pun juga melakukan kebaikan yang sama.
  • Memberi hadiah atau membuat kejutan. Tidak salah untuk anda mencipta kejutan pada hari istimewa ibu mentua seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahirnya. Sekali-sekala curilah hati dengan memberikan hadiah mengikut kemampuan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Kredit foto: Google Image

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Lihat Bagaimana 5 Artis Bollywood Ini Begitu Rapat & Tiada Masalah Dengan Mertua
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham