Foto #10yearschallenge Versi Artis Dikongsi, No #9 Itu Paling Lawak!

Gambar artis dalam #10yearschallenge. Mana satu foto yang nampak sangat bezanya antara tahun 2009 hingga 2019?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila adanya #10yearschallenge ini, kita dapat lihat perbezaan wajah artis dulu dan sekarang kira-kira 10 tahun yang lalu.

Oleh sebab #10yearschallenge tengah tular sekarang, tak kurang juga ada artis yang kongsi foto lucu dengan anak, foto dalam filem dan mengambil gambar artis lain seolah-olah menggambarkan dirinya. Ehem, berangan ke tu?!

Apa yang menariknya adalah apabila transformasi mereka itu nampak benar-benar berbeza dengan yang dahulu kerana mereka kelihatan lebih cantik, hensem, smart dan ada gaya!

Jom kita intai gambar artis dulu dan sekarang dalam #10yearschallenge ini.

 12 foto artis dulu dan sekarang untuk #10yearschallenge

 #1. Aliff Aziz 

Wow, memang berbeza penampilan Aliff Aziz ketika di awal kemunculannya dalam bidang seni suara ini dulu. Namun, dia kini kelihatan lebih kacak terutama sudah bergelar seorang ayah.

#2. Amar Baharin

Alolo comelnya gambar anak pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin ini iaitu Aqeef Anaqi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandai ye Amar Baharin, dia letak gambar tahun 2051 dengan gambarnya sendiri. Anaqi bila besar rupa ayah ke tu?

#3. Fasha Sanda

Meskipun sudah punya dua orang anak, namun Fasha Sanda begitu bijak menjaga penampilannya hingga kini. Lihat saja perbezaan kedua-dua gambarnya itu. Memang jauh beza!

#4. Fendy Bakhri 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon kacak yang semakin popular dalam drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Fendy Bakhri juga tidak ketinggalan berkongsi gambar di tahun 2009 dan 2019.

Menurut di laman Instagram miliknya, itu gambar sebelum dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

#5. Fizz Fairuz dan Almy Nadia 

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia juga berkongsi foto #10yearschallenge di laman Instagram mereka. Alahai, dulu berdua, kini bertiga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Hairul Azreen 

Aktor kacak Hairul Azreen yang semakin dikenali menerusi Filem Paskal kian bergerak aktif dalam bidang lakonan selepas filem tersebut pecah panggung!

Lihat fotonya, memang makin sado dan kacak. Sekilas imbas macam abang askar gayanya!

#7. Hisham Hamid

Hisham Hamid ini macam boleh digelar papa hot! Rupa dia dulu dan kini macam tak ada beza. Maintain kacak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Khai Bahar 

Khai Bahar sejak masuk industi muzik semakin pandai bergaya memang berbeza dengan kemunculannya sewaktu muncul di Youtube dahulu.

Tahniah Khai Bahar semoga success selalu ya!

#9. Lisa Surihani

Siapa yang tak kenal dengan figura cantik, Lisa Surihani dan kini dia banyak membabitkan diri di belakang tadbir bersama suaminya, Yusri Abd Halim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi kan gambar yang Lisa kongsi ini memang seram lah! Haha! Itu merupakan gambar lakonannya dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak.

#10. Nabila Huda

Lainnya wajah Nabila Huda dulu dan sekarang. Agak-agak Nabila pakai krim pemutih wajah jenama apa ya! Boleh juga penulis cuba, mana tau boleh putih macam Nabila, Haha!

#11. Shuib Sepahtu 

Okey yang ini penulis nak gelak dulu boleh tak? Haha!

Amboi, elok betul ya wajah Shuib Sepahtu antara dulu dan sekarang! Padahal yang 2019 itu rupa Syafiq Kyle!

Apapun, kami melihat banyak kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh kedua-dua selebriti ini baik dari segi lakonan, perniagaan dan lain-lain. Syabas dan tahniah!

#12. Zizan Razak dan Johan 

Memang berbeza penampilan Zizan dan Johan sewaktu ketika dulu hingga sekarang.

Yalah kan, Johan sudah bahagia bersama isteri dan dikurniakan ramai anak.

Manakala Zizan pula semakin banyak membintangi filem di layar perak.

Bagaimana pula dengan anda, sudah cuba ke buat #10yearschallenge ini? Ada perubahan tak? atau tak ada beza pun dengan yang dahulu?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: