Artis K-Pop menjadi kegemaran
Pasti ramai sebenarnya di antara kita yang meminati artis k-pop.
Ada yang mengenali mereka dari rancangan realiti televisyen, ada juga dari drama siri atau video muzik.
Pasti anda tahu kegilaan trend artis k-pop di mana status hubungan seseorang artis itu sahaja sudah boleh merosakkan karier disebabkan mereka ada peminat yang sangat obses, kan??
Tapi, mereka juga seperti kita – akan menemui pasangan sejati, berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Jika dulu, artis k-pop hanya akan berkahwin setelah melepasi masa kemuncak, artis kini ada yang memilih untuk mengutamakan kehidupan peribadi berbanding memikirkan karier akan rosak akibat perkahwinan.
Jom kita lihat artis-artis k-pop yang sebenarnya telah jadi ibu bapa dan lihat foto mereka bersama keluarga.
1. g.o.d Park Joon Hyung
Park Joon Hyung telah menjadi seorang bapa ketika berusia 48 tahun.
Park Joon Hyung telah mengahwini juniornya yang bukanlah seorang artis pada Jun tahun lalu.
Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Sejak dari itu, akaun instagram miliknya dipenuhi dengan foto-foto anak perempuannya yang comel itu.
2. S.E.S. Eugene
Eugene telah berkahwin dengan bintang drama korea, Ki Tae Young pada 2011 selepas sama-sama bekerjasama untuk drama Creating Destiny.
Anak pertama mereka – Rohee, dilahirkan pada April 2015 telah menjadi perhatian netizen setelah membintangi rancangan The Return of Superman.
3. SECHSKIES Ko Ji Yong
4. S.E.S. Shoo
Pada tahun 2010, Shoo (ketika itu berusia 29 tahun) telah berkahwin dengan pemain bola keranjang dan dikurniakan anak lelaki yang diberikan nama Im Yoo tidak lama kemudian.
3 tahun selepas itu, Shoo melahirkan anak kembar perempuannya, Rayol dan Rahee pula.
Anak kembarnya yang mirip sekali dengan rupanya amat popular melalui program Oh! My Baby dan The Return of Superman.
5. Crayon Pop Soyul
Tahun lalu, ahli kumpulan H.O.T Moon Hee Jun telah menggemparkan Korea dengan berita yang dia bakal mengahwini Soyul dari Crayon Pop.
Dan 3 bulan kemudian, mereka memberi berita mengejut lagi tentang bayi mereka yang telah lahir. Namun, pasangan ini belum lagi menunjukkan gambar anak mereka.
Soyul yang telah menjadi ibu di usia 26 tahun itu dikatakan mengalami masalah kemurungan selepas bersalin dan telah mengundur diri dari dunia artis.
6. UKISS Eli
Eli telah menjadi seorang bapa ketika berusia 25 tahun. Pada tahun yang sama Dongho menjadi bapa, Eli juga dikurniakan cahaya mata bernama Minsoo.
Isteri beliau adalah seorang model yang berusia 11 tahun lebih tua pada Eli. Mereka telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada Jun 2014.
Namun, hubungan itu mendapat pengetahuan ramai hanya pada akhir Disember 2015, apabila mereka mengumumkan tentang kehamilan Minsoo.
Kalau anda nak tengok Minsoo, lihatlah dalam program realiti Men Who Do Housework.
7. Wonder Girls Sunye
Pada November 2012, Sunye telah membuat kejutan dengan mengumumkan yang dia akan berkahwin dengan teman lelakinya yang bukanlah seorang selebriti.
Pada tahun 2013, di usia 24 tahun, Sunye menjadi ibu kepada seorang anak perempuan, Hailey. Dan tahun lalu, keluarga ini bertambah dengan seorang lagi bayi perempuan, Elisha.
8. UKISS Dongho
Dongho merupakan antara artis yang termuda menjadi seorang bapa – iaitu pada usia 22 tahun!
Banyak spekulasi yang timbul ketika Dongho mengumumkan yang dia akan mengahwini teman wanitanya yang bukan selebriti dan juga lebih tua darinya.
Namun, sifat kebapaan Dongho dalam menguruskan anaknya berjaya menepis segala spekulasi.
Artis-artis k-pop ini kelihatan lebih matang bukan setelah menjadi ibu bapa?
Secara personal, saya rasa menjadi ibu bapa tidak menjatuhkan mereka, malah menaikkan mereka ke satu tahap yang baru.
Seronok melihat gambar-gambar mereka sudah berkeluarga bukan? 🙂
Sumber: toggle
Baca juga:
Artis K-Pop Rain & Pelakon Kim Tae Hee Selamat Menyambut Cahaya Mata Sulung!
5 Cara Berkesan Artis Korea Mendidik Anak Tripletnya Yang Boleh Anda Tiru