Bersama Perangi Covid-19, Angelina Jolie & 10 Selebriti Lain Menderma Jutaan Ringgit

Dalam membanteras wabak Covid-19 yang melanda dunia, artis luar negara saling bekerjasama menghulurkan bantuan jutaan dolar bagi mereka yang terlibat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandemik Covid-19 kian mengganas sehingga meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia dan memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memutuskan rantaian penularannya. Justeru, artis luar negara tersohor sepakat menghulurkan bantuan kewangan yang mencecah jutaan dolar.

Penyebaran virus misteri ini tidak hanya menonjolkan sumbangan kewangan sahaja kerana terdapat selebriti tempatan yang sanggup turun padang menjadi sukarelawan seperti Andi Bernadee, Adam Shaz dan Eizlan Yusof.

Artis luar negara sumbang jutaan dolar

Bintang filem Maleficent, Angelina Jolie bermurah hati menyumbangkan sejumlah wang kepada lembaga No Kid Hungry iaitu organisasi yang menyediakan makanan untuk keluarga berpendapatan rendah.

Difahamkan artis luar negara ini telah memberikan bantuan sebanyak 1 juta USD atau RM4.3 juta kepada tabung No Kid Hungry.

Di Amerika Syarikat, sekolah kerajaan mempunyai program untuk menyediakan makan tengah hari dan makanan ringan kepada pelajar mereka secara percuma dengan pembiayaan negara menerusi Program Makan Tengah Hari Sekolah Negara sejak tahun 1946.

“Ramai kanak-kanak bergantung kepada penjagaan dan pemakanan yang mereka terima ketika waktu sekolah. No Kid Hungry sedang berusaha keras untuk membantu seberapa ramai kanak-kanak yang boleh,” katanya.

“Pada minggu ini, lebih daripada satu bilion kanak-kanak tidak bersekolah di seluruh dunia kerana penutupan yang dikaitkan dengan Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain artis Angelina Jolie, artis tersohor dunia bersama melawan Covid-19

#1. Rihanna

Penyanyi bersuara emas Rihanna didapati telah memberi sumbangan sebanyak 5 juta USD atau RM22 juta sebagai sokongannya dalam mengatasi pandemik Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dirinya yang terkenal dengan program sosial melalui Clara Lionel Foundation, iaitu sebuah organisasi milik Rihanna sejak tahun 2012 lalu. Ia ditubuhkan sebagai penghormatan kepada datuk neneknya, bagi menyalurkan dana pendidikan dan program tindak balas kecemasan di seluruh dunia.

#2. Roger Federer

Pemain tenis terkenal, Roger Federer dan pasangannya, Mirka dilaporkan telah menyumbangkan dana sebanyak 1 juta Franc Swiss ($ 1,02 juta) untuk membantu keluarga yang terlibat dengan wabak Coronavirus di Swiss.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini adalah masa untuk menghulurkan bantuan kerana semua orang merasai kesan virus berbahaya ini. Usaha saya dan Mirka hanyalah kecil, kami berharap pihak lain salin bekerjasama membantu mangsa yang memerlukan,” ujarnya.

“Bersama kita mengatasi krisis ini! Kekal sihat!” pesan Roger Federer di akaun sosialnya.

#3. Arnold Schwarzenegger

Pelakon dan bekas gabenor California ini menyumbangkan $ 1 juta kepada Frontline Responders Fund yang berada di bawah organisasi bernama Flexport.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menghadapi krisis ini, Stassie Karanikolou dan CEO Timeline Management Alexis Fleischer telah melancarkan #Doyourpartchallenge untuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa yang terlibat.

Bantuan terhadap perniagaan tempatan dan restoran dilakukan dengan bantuan beberapa tokoh berpengaruh seperti Jamie Lynn Spears, Britney Spears, Chantel Jeffries, Jana Kramer, Bazzi, Victoria Villarroel, Shawn Johnson, Stassi Schroeder, dan banyak lagi.

#5. Justin Timberlake

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justin Timberlake mengumumkan melalui Instagram mengenai dirinya telah menyumbang dana kepada Lembaga Feeding America di tempat kelahirannya, Memphis.

Organisasi ini ditubuhkan untuk membantu keluarga susah dan memerlukan makanan ketika waktu sukar ini.

#6. Kristen Bell

Pengisi suara Elsa dalam filem Frozen ini turut menyumbang memerangi mangsa yang kelaparan di saat pandemik Coronavirus melanda dunia.

Pada 18 Mac lalu, Kristen Bell mengumumkan bahawa dia telah memberikan $ 150.007,96 kepada No Kid Hungry, sebuah badan amal yang memfokuskan isu kelaparan anak-anak di seluruh dunia.

#7. Salman Khan

Pada hujung Mac lalu, Salman memutuskan untuk membantu pekerja industri perfileman Bollywood yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menyalurkan lebih RM5.4 juta.

#8. Cristiano Ronaldo

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan ejennya, Jorge Mendes menyumbang peralatan perubatan kepada beberapa hospital di Portugal yang bergelut untuk merawat pesakit coronavirus.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital, mereka memberi sumbangan kepada dua wad di Hospital Santa Maria, Lisbon dengan menyerahkan 10 katil di setiap wad, ventilator, mesin pemantauan jantung, pam infusi dan alat suntikan.

#9. Lady Gaga

Dengan kerjasama dari syarikat Apple, Lady Gaga berjaya mengumpul dana sebanyak USD 35 juta. Ia bertujuan untuk membantu para petugas kesihatan dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

CEO Apple, Tim Cook turut bersama-sama menyumbangkan dana bernilai USD 10 juta.

#10. Louis Koo

Pelakon Hong Kong terkenal, Louis Koo dilaporkan telah mendermakan kira-kira RM5.85 juta untuk membantu menangani krisis wabak koronavirus di Wuhan, China.

Pelakon berusia 49 ini dilaporkan memberi sumbangan berkenaan bagi pembelian berkaitan perubatan dalam menangani penularan virus Covid-19.

Sumber: Penulis asal Erinintyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkisah-sedekah