Pelakon Puteri Aishah & Kru Produksi Disahkan Positif Covid-19 Tanpa Gejala, Selepas Pulang Dari Scotland

Terkejut apabila mendengar berita artis sakit yang membabitkan Puteri Aishah dan beberapa kru produksi yang lain selepas pulang dari penggambaran drama di Scotland.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa hari yang lalu kita mendengar berita tentang artis sakit apabila ada yang mengalami simptom seperti Covid-19 kerana ada yang demam dalam beberapa tempoh masa tertentu.

Misalnya seperti Uqasha Senrose dan Ummi Nazeera yang dikatakan telah melakukan ujian swab covid-19 dan hasil keputusan yang diperolehi adalah negatif.

Ini kerana mereka berasa tidak sedap badan dan demam beberapa hari lantas mengambil keputusan melakukan ujian tersebut demi melindungi keluarga dari dijangkiti.

Artis sakit – PU Riz positif Covid-19

Dua hari yang lepas pula kita mendapat berita yang menyedihkan apabila seorang pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz disahkan positif wabak corona virus selepas mengalami demam panas dalam beberapa hari yang lalu.

Nama sebenar beliau Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, beliau disahkan positif wabak berjangkit itu oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya lagi, dia reda dengan berita yang diterima itu dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, walaupun kita menjaga kesihatan dengan baik sekalipun, tapi kalau Allah tetap nak beri sakit memang kita sebagai manusia tidak dapat untuk menolak ketentuan itu.

Dalam masa yang sama, PU Riz turut mengharapkan doa daripada semua agar dirinya cepat sembuh dan bebas dari wabak berbahaya ini.

Sementara itu, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di dalam rumah.

Namun bagaimana dia boleh dijangkiti apabila pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling Kuala Lumpur sebelum masjid tersebut ditutup kerana ramai jemaah masjid yang telah dijangkiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana rumahnya terletak betul-betul di hadapan Masjid Jamek itu dan dia kerap bersembahyang di situ sebelum masjid tersebut diarah tutup.

Artis sakit – Puteri Aishah positif Corona Virus

Pengurus pelakon Puteri Aishah, Iman Tang memberitahu menerusi Instagram miliknya bahawa bintang tersebut disahkan positif Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. Dia baru sahaja disahkan positif Covid-19 dalam beberapa jam yang lalu.

” Doakan untuk Puteri Aishah, agar dia cepat sembuh,” tulisnya di laman tersebut.

Enam tenaga kerja produksi positif corona virus

Dalam masa yang sama, enam orang tenaga kerja pasukan produksi bagi drama berjudul DEMI yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland pada bulan yang lepas telah disahkan positif Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Rahila Ali, pengarah drama tersebut dirinya dan pelakon Puteri Aishah dan empat anggota produksi yang lain menerima keputusan positif selepas melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta.

Walaubagaimanapun, mereka semua tidak mengalami sebarang simptom seperti demam, sakit tekak mahupun sesak nafas.

Pun begitu, mereka tidak bernasib baik kerana telah dijangkiti wabak berbahaya itu dan membawa pulangnya ke tanah air.

Atas sebab itu, Rahila dan kru yang lain mematuhi arahan dengan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sejak tiba saja di Kuala Lumpur pada 31 Mac yang lepas.

Bahkan, mereka tidak bertemu sesiapapun termasuklah keluarga apabila ditempatkan di kediaman lain yang telah disediakan oleh produser.

Wad kini sedang penuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat masa sekarang, beliau dan kru yang lain masih menunggu laporan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mendapat tahu bahawa wad hospital penuh jadi masih menunggu panggilan KKM untuk membawa mereka ke hospital.

Terdahulu, kumpulan produksi tersebut terbang ke Scotland pada 9 Mac yang lalu sebelum penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dan semasa itu juga PKP belum dikuat kuasakan.

Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru menjalani penggambaran drama 26 episod itu untuk siaran RTM.

Pelakon Ben Amir negatif Covid-19

Sementara itu, pelakon Ben Amir yang turut menjalani penggambaran drama Demi di Inverness Scotland itu disahkan negatif Covid-19.

Beliau turut menjelaskan, telah pulang beberapa hari lebih awal iaitu pada 27 Mac berbanding kru dan pelakon yang lain.

Bahkan, sekembali ke tanah air, Ben terus melakukan kuarantin diri di rumah dan membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keesokannya mendapat keputusan negatif.

Ben juga turut merakamkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon Puteri Aishah, pengarah dan kru yang terbabit.

Ben turut berharap kita kuat menghadapi ujian dan dijauhkan daripada wabak ini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Media Hiburan, Mstar 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comartis-malaysia-sakit