Hangatkan Asmara Cinta Dengan 5 Aksi Intim Yang Menggoda Malam Jumaat Anda!

undefined

Tahukah ketika bersama pasangan, anda perlu menonjolkan diri menjadi insan yang terbaik buat dirinya? Jom ketahui teknik asmara cinta yang berkesan ini!

Februari dikatakan bulan kasih sayang dan penuh dengan asmara cinta bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan.

Manfaatkan peluang ini dengan membelai orang tersayang agar mereka sedar bahawa pengorbanan yang dilakukan amat berharga buat anda dan anak-anak.

Jadi tidak ada salahnya jika anda meraikan hari kasih sayang ini dengan mencuba aksi hubungan intim yang ‘baru’ bagi membangkitkan lagi kehangatan asmara cinta terhadap pasangan tercinta.

Asmara cinta suami isteri

asmara cinta suami isteri

credit to sources

Sebenarnya, hubungan seks dengan pasangan mampu membuatkan hubungan rumah tangga anda menjadi semakin romantis dan penuh dengan kebahagiaan.

Bukan itu sahaja, sempena bulan cinta ini juga anda disarankan untuk melakukan aksi di ranjang yang berbeza dari hari biasa bagi memastikan pasangan merasai kehebatan anda dalam memberikan layanan istimewa buatnya.

Pasti anda mengalami kekeliruan untuk memilih posisi seks yang terbaik bagi memuaskan nafsu pasangan. Namun, jangan bimbang kerana tips ini boleh membantu anda memulakan aksi mesra dengan lancar. Antaranya:

#1. Membuat tempahan bilik hotel 

Jika anda dan suami sudah lama mendirikan rumah tangga, pastinya aktiviti seks sering dilakukan dalam bilik di rumah. Namun, untuk ‘menjerat’ perhatian suami bagi melakukan hubungan intim yang lebih hebat dari hari-hari biasa, anda disarankan untuk melakukannya di tempat yang lain.

Antaranya ialah melakukan tempahan bilik hotel mengikut bajet yang anda mampu. Hal ini kerana kemudahan yang ada di dalam hotel cukup selesa dengan katil mewah, pemandangan yang eksklusif dan ruang yang cukup romantik.

Pasti sahaja apabila melangkah masuk ke dalam bilik, suami tidak mampu mengawal kesabaran dan segera mengajak anda untuk melakukan aksi yang seterusnya.

#2. Sediakan snek ringan

teknik hangatkan asmara suami isteri

credit to sources

Perkara yang anda harus sedar bahawa untuk melakukan aktiviti seks yang hebat memerlukan tenaga mencukupi.

Bagi mengelakkan suami anda berhenti di separuh jalan akibat kehabisan tenaga, pastikan anda menyediakan snek ringan sebagai kudap-kudapan ketika dirinya berhenti seketika untuk rehat.

Antaranya makanan yang anda boleh hidangkan ialah aiskrim, kentang goreng, chip kentang atau sosej goreng.

Bagi mengekalkan kemesraan di atas katil, anda perlu kreatif memikat suami dengan menyuap makanan tersebut dengan aksi yang penuh manja atau menukar makanan melalui mulut ke mulut.

#3. Pasang muzik romantis

Memasang lagu kegemaran yang penuh dengan romantis mampu meningkatkan keghairahan anda dan suami. Mana tidaknya, muzik ini mampu mengubah suasana di dalam kamar menjadi lebih ‘asyik’ sehingga pasangan dibuai nafsu yang melonjak.

Bukan itu sahaja, anda boleh memulakan aksi dengan memeluk tubuh suami dan mengucup bahagian telinganya dengan penuh kelembutan.

Elakkan untuk terburu-buru kerana anda perlu memberi ruang kepada suami untuk menikmati layanan istimewa ini sehingga dia benar-benar bersedia untuk melakukan seks.

#4. Lakukan seks pada waktu pagi

Setelah melakukan aksi pada malam hari, tidak salah untuk anda menyambung semula bagi sesi pagi.

Caranya adalah anda perlu memulakannya terlebih dahulu dengan membisikkan ke telinga pasangan dan memuji kehebatannya ketika di ranjang.

Bukan itu sahaja, pagi dianggap waktu yang sesuai kerana kebanyakan lelaki yang normal akan mengalami ketegangan atau ereksi zakar iaitu Nocturnal Penile Tumescence (NPT).

Ia adalah keadaan zakar menjadi tegang secara luar kawalan yang berkemungkinan oleh suhu waktu pagi lebih sejuk dan selesa.

#5. Hubungan seks sambil menikmati coklat

cara berasmara bersama pasangan

credit to sources

Sekiranya anda dan pasangan menyukai coklat, tidak ada salahnya menggunakan coklat untuk menambah kemesraan ketika melakukan hubungan seks.

Secara umumnya, coklat adalah makanan yang boleh meningkatkan libido atau nafsu seks anda. Coklat yang terbukti membuat anda berasa lebih seksi dan bernafsu ialah dark chocolate.

Hal ini kerana ia mengandungi antara 70% hingga 80% kandungan biji koko yang menjadi ramuan utama dalam meningkatkan nafsu seks anda dan pasangan.

Oleh hal demikian, anda perlu berani mencuba aksi berbeza dari kebiasaan dengan menuangkan sejumlah coklat cair ke tubuh pasangan dan menjilatnya secara perlahan-lahan.

Pastinya, keinginan terhadap seks akan meningkat sehingga pasangan mungkin akan meminta untuk lakukan layanan seperti ini setiap hari!

Namun, anda perlu mengelakkan dari penggunaan coklat biasa kerana kandungan biji koko dipenuhi dengan pemanis tiruan yang boleh menyebabkan anda menjadi malas dan mengantuk.

Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Hangatkan Asmara Cinta Dengan 5 Aksi Intim Yang Menggoda Malam Jumaat Anda!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgigitan-cinta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!