Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludddin (KJ) sangat berbesar hati atas pencapaian atlet paralimpik dalam berjuang mendapatkan pingat emas tempohari. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah membanggakan anak muda dalam acara 100m larian.
Manakala, Ziyad Zolkefli memenangi acaranya sendiri iaitu lontar peluru, sekaligus memecahkan rekod dunia dan menebus kembali kegagalan Malaysia dalam meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio 2016 yang lepas.
Atas pencapaian yang membanggakan oleh Malaysia, Khairy Jamaluddin mahu mencadangkan supaya atlet Malaysia menerima insentif seperti yang telah diterima oleh atlet sukan olimpik yang lain.
Beliau menerima maklum balas daripada pegawai yang lebih senior bahawa atlet paralimpik hanya diberikan 30% ganjaran daripada jumlah asal atlet biasa terima, yang sememangnya tidak adil.
Bermacam-macam alasan yang diterima beliau. Antaranya sukan paralimpik mudah untuk menang, sukan paralimpik ini baharu, tidak ramai penyertaan, banyak kategori acara lantas mudah untuk menang. Usul Khairy Jamaluddin hampir ditolak mentah-mentah oleh kerana alasan yang tidak munasabah.
Namun begitu, Khairy Jamaluddin tidak pernah berputus asa dengan cadangan usulnya. Beliau berkeras dengan usulnya di mesyuarat. Mengimbau kembali perjuangan atlet paralimpik di Rio tempohari, terutamanya Ziyad dan Mohamad Ridzuan, beliau takkan mengalah.
Ujarnya, ia bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk menjadi seorang juara di peringkat dunia dengan keadaan fizikal yang serba kekurangan. Hanya semangat mereka sahaja yang membuatkan mereka dapat pergi sejauh ini. Seluruh pegawai di mesyuarat membisu. Dengan berbekalkan semangat 2 orang juara dunia ini, mana mungkin beliau mengalah begitu sahaja. Akhirnya, setelah puas bertarung, usulnya diterima dalam mesyuarat.
Terima Kasih Ziyad, kerana membuka mata semua pihak, terutamanya Majlis Sukan Negara. Malaysia antara negara di dunia yang memberikan insentif dan layanan sama rata terhadap semua atlet tidak kira yang biasa atau “istimewa”, lantas meruntuhkan mentaliti “bias” dan “double standard” masyarakat terhadap mereka. Kejayaan mereka telah membuka mata ramai pihak, serta diucapkan ribuan terima kasih terhadap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana memperjuangkan nasib atlet paralimpik dan menjalankan tugas beliau dengan baik hanya sepanjang 2 bulan berkhidmat.
Artikel dipetik dari FB Khairy Jamaluddin
Artikel juga dari NST