Melegakan Rasa Gatal Dalam 20-Saat Dengan Produk Aveeno Yang Dicipta Menggunakan Oat Untuk Kulit Sensitif!

Formula Diuji oleh Pakar Dermatologi demi Keperluan Kulit Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR, 29 May 2024 – Aveeno yang terkenal dengan produk penjagaan kulit semula jadi dan terapeutik kini dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk cemerlangnya yang diformulasi untuk melegakan kulit kering dan gatal dalam masa 20 saat*.

Formula berkesan ini menawarkan kelegaan pantas bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, lantas menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kesehatan kulit dengan hasil yang boleh dilihat hampir serta-merta.

Daya penarik utama produk rangkaian Aveeno yang dipercayai ini ialah formula khasnya yang menggunakan khasiat oat yang dikisar halus. Oat terkenal dengan kekayaannya untuk melegakan dan menyuburkan kulit lantas menjadikannya pilihan terbaik sebagai penjagaan kulit yang lembut dan boleh dipercayai.

Komitmen Aveeno terhadap kualiti boleh dilihat dalam produknya yang diuji oleh pakar dermatologi serta dihasilkan dengan teliti menggunakan formula yang baik untuk kulit.

Produk ini direka khas supaya bebas daripada bahan kimia dan bahan perengsa sekaligus menawarkan pengalaman penjagaan kulit lengkap yang merawat serta menyegarkan kulit. Selepas digunakan, kulit terasa segar dan nyaman. Ini secara tidak langsung memaparkan dedikasi Aveeno terhadap penyelesaian yang lembut dan berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Aveeno sentiasa mengutamakan penyelesaian yang disokong oleh sains untuk meningkatkan kesihatan kulit,” Steve Tiu, Pengurus Besar Malaysia & Singapura, tambah Kenvue. “Penyelidikan berterusan membantu kami mencipta pilihan penjagaan kulit yang lembut bagi menangani keperluan unik bagi kulit sensitif buat orang dewasa
dan bayi.

Kami berbangga dapat menyediakan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selesa untuk kulit anda.”

Komited untuk memanfaatkan kuasa alam semula jadi, Aveeno telah bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan serta pakar dermatologi, pakar pediatrik, ahli farmasi dan saintis terkemuka. Kerjasama ini dilaksanakan bagi memastikan produk Aveeno bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat untuk kulit sensitif. Cuba produk yang mampu melegakan kulit Aveeno ini dan rasai sendiri perbezaannya pada kulit anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebagai pakar dermatologi, saya melihat secara langsung kesan pada keadaan kulit seseorang individu,” kata Dr Leong Kin Fon, Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik dan Presiden Persatuan Ekzema Malaysia. “Oat adalah bahan semula jadi yang telah digunakan selama berabad-abad disebabkan oleh sifatnya yang melegakan kulit. Ia mengandungi kompaun seperti beta glukan, lipid, dan antioksidan yang membantu melegakan kegatalan serta mengekalkan kelembapan sekaligus membantu lapisan pelindung kulit yang lebih sihat.”

Cuba sendiri manfaat produk Aveeno yang melegakan dan melembapkan serta rasai perbezaannya pada kulit anda. Sertai kami dan Rasai Kehebatan Oat dengan Aveeno dari 28 Mei – 3 Jun 2024 di Pusat Beli-belah 1 Utama, Centre Court yang terletak di luar Nitori & Uniqlo (Tingkat 1).

Produk Aveeno boleh didapati secara langsung di Watsons. Kekal bersama kami dengan maklumat terkini dengan melayari laman web rasmi di www.aveeno.com.my/ atau dengan mengikuti Aveeno di Facebook
(@myaveeno) dan Instagram (@myaveeno).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan