Tahukah anda tentang khasiat buah avocado untuk ibu hamil? Di sini kami ingin ceritakan segala kebaikannya kepada anda.
Alpukat atau avocado merupakan sejenis buah yang banyak terdapat dalam minuman kesihatan dan dijual di kedai-kedai runcit. Bahkan, buah hijau kecoklatan ini kerap dijadikan minuman jus yang dipadu bersama susu.
Alpukat sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak nutrisi, mineral dan unsur yang baik-baik. Tentunya manfaat ini sangat diperlukan oleh perempuan hamil.
Bahkan, manfaat alpukat ini sering kali dijelaskan dalam Firstcry Parenting.
Khasiat buah avocado untuk ibu hamil
#1. Mengurangkan risiko berat badan
Buah alpukat mengandungi sejumlah besar serat yang membantu proses pencernaan dan menjaga berat badan.
Dengan serat itu dapat membantu bakteria baik dalam usus untuk proses pencernaan metabolik dan menjaga kesihatan dengan sempurna.
Jadi, mengamalkan jus buah avocado semasa hamil dapat membantu menghindari berat badan yang tidak diperlukan semasa mengandung.
Baca juga: BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?
#2. Membantu penyerapan nutrisi
Buah alpukat ini membantu menyerap antioksidan karotenoid yang dapat berasimilasi ke dalam tubuh ibu hamil.
#3. Menyediakan mineral penting
Buah avocado juga mengandungi kalsium, magnesium, kalium, tembaga, mangan, fosfor dan mineral serta vitamin yang dapat memberikan nutrisi yang tepat bagi ibu dan janin yang sedang berkembang dalam rahim ibu.
#4. Perkembangan otak bayi
Buah avocado juga dapat memastikan perkembangan otak yang tepat pada janin kerana ia mengandungi klorin.
Ia penting dalam mengembangkan sistem saraf yang kuat dan jaringan saraf yang tepat pada seluruh tubuh wanita hamil.
Sebiji alpukat memiliki sekitar 22mg klorin ini dan ia cukup untuk menyediakan proses perkembangan otak anak yang sihat.
#5. Mengurangkan kram kaki
Bagi mengurangkan kram kaki, tubuh memerlukan kalsium dan kalium terutamanya sewaktu mengandung.
Jadi, buah aplukat menjadi pilihan yang tepat untuk memenuhi dua mineral tersebut sekaligus mengurangkan rasa kram tersebut.
#6. Dapat membantu menjaga kolesterol dan gula dalam darah
Mengidam yang bukan-bukan dapat menyebabkan kadar kolesterol dan gula dalam darah menjadi berlebihan. Dengan makan alpukat ini dapat mengendalikan masalah kesihatan ini dengan lebih baik.
#7. Mengurangkan rasa mual dan membantu anemia
Setiap wanita hamil pasti akan mengalami masalah mual dan keletihan yang melampau. Hingga sering muntah-muntah di awal kehamilan. Namun, Vitamin C yang terkandung dalam buah ini membantu memerangi masalah tersebut.
Bahkan, kandungan zat besi dalam buah ini turut menormalkan kadar zat besi dalam tubuh dan seterusnya mencegah kemungkinan anemia semasa mengandung.
#8. Sumber asid folic yang terbaik
Kandungan asid folic di dalam buah ini dapat mendorong pertumbuhan janin yang sihat.
#9. Mengurangkan risiko preeklamsia
Preeklampsia ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada ibu hamil. Sampai boleh menyebabkan kematian namun dengan kandungan kalium yang tinggi di dalamnya, masalah ini dapat di atasi dengan baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Tirto. ID
Baca juga: Jika anda ada darah tinggi, ini 6 makanan yang patut anda makan