Awal Muharam 2024, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Untuk Mohon Keberkatan & Perlindungan

Awal Muharam 2024 menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Awal Muharam 2024 menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia. 

Lazimnya, kita akan melakukan amalan doa awal dan akhir tahun semasa awal Muharam untuk memohon keberkatan dan perlindungan pada tahun yang akan datang serta bersyukur atas segala nikmat yang diberikan sepanjang tahun yang lalu.

Kisah Hijrah Rasulullah SAW

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.

Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Sambutan Awal Muharam 2024 / Maal Hijrah 1446H di Malaysia

Di Malaysia, sambutan Awal Muharam 2024 atau Maal Hijrah merupakan hari penting dalam kalendar Islam. Ia menandakan permulaan tahun baru Hijrah dan sering disambut dengan pelbagai acara keagamaan dan kebudayaan. Pada tahun 2024, sambutan Awal Muharam 1446H akan jatuh pada tarikh 7 Julai 2024 iaitu bersamaan dengan 1 Muharam 1446.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa awal dan akhir tahun akan dibacakan di masjid atau surau selepas masuk waktu Asar dan disambung selepas waktu Maghrib  untuk memohon keberkatan dan perlindungan Allah sepanjang tahun baru. 

Lazimnya, sesi ceramah dan kuliah agama diadakan untuk mengingatkan umat Islam tentang pengajaran dari peristiwa Hijrah awal muharram 2024 dan kepentingan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Sesetengah tempat akan menganjurkan perarakan Maal Hijrah dengan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat dan institusi pendidikan yang memaparkan semangat perpaduan.

Kemuncak bagi majlis sambutan Maal Hijrah iaitu penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, diikuti dengan acara-acara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keistimewaan Bulan Muharram

Bulan Muharram adalah salah satu bulan suci dalam kalendar Islam dan memiliki beberapa keistimewaan:

1. Bulan Haram

Muharram adalah salah satu daripada empat bulan haram (suci) dalam Islam di mana peperangan dan pertumpahan darah dilarang. Bulan ini dianggap suci dan umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan kebaikan.

2. Puasa Asyura

Puasa pada hari Asyura (10 Muharram) sangat dianjurkan. Dikatakan bahawa puasa pada hari ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sepanjang tahun sebelumnya.

3. Peristiwa Hijrah

Muharram juga mengingatkan umat Islam tentang peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, yang menandakan permulaan kalendar Islam dan menjadi titik tolak penting dalam sejarah Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Peluang Melipatgandakan Amal Ibadah

Muharram adalah waktu yang baik untuk memperbanyakkan ibadah seperti puasa, sedekah, dan solat sunat. Ganjaran amalan baik yang dilakukan dalam bulan ini adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.

Amalan Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Hukum berdoa ini seperti disebut ulama, ia termasuk sebagai perintah Allah SWT dan ia tidak ditentukan masa untuk melaksanakannya.

Maka, dalam persoalan boleh atau tidak membaca doa akhir dan awal tahun, ia tidak menjadi masalah walaupun bukan amalan Rasulullah SAW. Adalah lebih baik doa ini dibaca dan dihayati bersama dengan kefahaman kita terhadap takwim serta amalan hijrah itu sendiri.

Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah berserta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut.

Doa Akhir Tahun 1445H

Doa Akhir Tahun 1445H Doa akhir tahun (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 6 Julai 2024 Masihi (Sabtu)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

 Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.

Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Doa Awal Tahun 1446H

Doa awal muharam 2024 atau doa awal tahun (1446H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 30 Zulhijjah 1445 bersamaan 6 Julai 2024 (malam 1 Muharram 1446H).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.

Maksudnya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”

Amalan Berpuasa Sunat Pada Bulan Muharram

Kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat pada bulan mulia ini kerana sebaik-sebaik puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, solat apakah yang paling utama setelah solat maktubah (wajib)? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadan? Maka Baginda menjawab: Sebaik-baik solat setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada sepertiga akhir malam dan sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadan adalah puasa di bulan Muharam.
(HR Muslim, hadis sahih)

Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharram ialah:

1. Puasa sunat Isnin dan Khamis

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”
(HR Tirmizi, hadis hasan gharib)

2. Puasa Sunat Tasu’a

Puasa Tasu’a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis’ah) yang bermaksud sembilan. Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharram).”
(HR Muslim, hadis sahih)

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana Allah Ta’ala”.

3. Puasa Sunat Asyura

Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu عَشَرَة (‘asyarah) yang bermaksud sepuluh. Hari Asyura adalah hari yang ke sepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.

Pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari tersebut. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Lafaz Niat Puasa Asyura
نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari ‘Asyura pada besok hari kerana Allah Taala”.

4. Puasa Sunat Hari Putih (AYYAMUL BIDH)

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun”.
(HR Abu Daud, hadis sahih)

Lafaz Puasa Sunat Ayyamul Bidh
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hukum Potong Kuku Ketika Haid Dalam Islam, Dibenarkan Atau Tidak?

Baca juga : Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

Baca juga : 7 cara membahagiakan isteri seperti dibuat Rasulullah, kan best jika suami ikut!

Penulis

Nursyamimi