Di mana pun kita berada walaupun di rumah sendiri, ibu bapa harus ingat untuk sentiasa awasi anak anda, terutamanya jika anda mempunyai anak yang masih kecil.
Sesungguhnya malang itu tidak berbau, dan kita sebagai ibu bapa seharusnya lebih peka walaupun mahu mengajar anak untuk berdikari.
Kes kemalangan di rumah baru-baru ini melibatkan seorang kanak-kanak yang maut di rumah sendiri, akibat dibiarkan pergi ke bilik air tanpa disedari ibunya. Apa yang boleh kita usahakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya di rumah sendiri?
Kanak-Kanak Ditemui Maut Di Rumah Sendiri
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Taman Agropolitan Rantau Manis ditemui dalam keadaan telangkup di dalam tong air di bilik mandi kediamannya.
Ketika ditemui kakaknya pada 11.30pagi, mangsa, Raja Maryam Raja Ismail ditemui telahpun meninggal dunia.
Ketika kejadian, ibunya Razwaniza Yaakob, 39, tidak menyedari anaknya itu berada di bilik air kerana sedang menyusukan bayi kecil.
“Saya hanya tahu apabila anak saya mencarinya di bilik air dan Maryam ditemui sudah tidak bernyawa. “Ketika kejadian, suami tiada di rumah dan anak saya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, mengesahkan kejadian tersebut.
Awasi Anak Anda Walaupun Di Rumah Sendiri
Kadangkala ibu bapa terleka apabila berada bersama anak di rumah, malah tidak ambil pusing segala tindakan si anak hanya kerana ibu bapa yakin yang anak akan selamat di rumah sendiri.
Kita mungkin terlupa menutup pintu bilik air, lupa menyorokkan soket, atau seterika yang masih panas diletakkan di tempat terbuka yang memudahkan anak ditimpa kemalangan.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu ambil berat dan menjadi lebih berwaspada terutamanya jika mempunyai anak kecil.
Berikut perkongsian seorang pembaca,
Saya berpandangan setiap ibu bapa perlu lebih mengawasi anak-anak kecil mereka walaupun di rumah. Ibu bapa tidak boleh memandang ringan dan mengambil mudah dengan beranggapan anak-anak yang berumur lingkungan tujuh tahun sudah pandai berdikari.
Setiap ibu bapa perlu sedar kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak-anak dan salah satu tempat yang perlu diperhatikan adalah keadaan bilik air itu sendiri. Ini memandangkan bilik air sering menjadi tempat berlakunya kemalangan di rumah. Contohnya lantai yang basah dan licin boleh menyebabkan tergelincir. Saya juga ingin mengesyorkan supaya lantai bilik mandi diletakkan dengan lantai anti gelincir yang boleh dibeli di mana-mana kedai menjual barangan bilik mandi dan tandas atau kedai perkakasan. Selain itu, ibu bapa juga perlu mendedahkan anak-anak dengan cara menjaga keselamatan diri di rumah. Maklumkan kepada anak-anak tempat yang dilarang dan tempat yang dibenarkan. Seterusnya, pastikan semua alatan di rumah diletakkan di tempat yang betul. Contohnya peralatan tajam seperti pisau hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi. Kesimpulannya, setiap ibu bapa perlu menitikberatkan keselamatan dan sentiasa mengawasi anak-anak. NOOR ERNA FAZLINA SAINIE Sundar, Sarawak
Diharapkan semoga kejadian sebegini tidak lagi berlaku dalam masyarakat kita, dan ibu bapa lebih berwaspada supaya tidak leka dalam menjaga anak-anak.
Tolong berikan cadangan untuk tingkap yang selamat untuk kanak-kanak.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Utusan
Baca juga:
Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?