Awasi telefon bimbit anak anda!

Lihat semula mengapa anda perlu memberikan telefon bimbit kepada anak anda? Senaraikan apa yang anda mahukan dari memberikan anak anda telefon bimbit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dapat dinafikan penggunaakan telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai perkara yang penting sekarang. Terutamanya untuk ibu bapa yang sibuk bekerja dan ingin sentiasa berhubung dengan anak-anak mereka. Tapi, awasi telefon bimbit anak anda!

Baru-baru ini, melalui Facebook Nurul Kasmadillawati Zakaria, tersebar kisah seorang pelajar lepasan SPM yang telah dimasukkan ke dalam group Whatsapp lucah oleh kawannya! Lebih mengejutkan, apabila adik-beradik pelajar itu melihat isi kandungan telefon bimbit adik mereka itu. Sebagai ibu bapa, ini suatu perkara yang sangat merisaukan.

Di kesempatan ini, perkongsian kali ini, ingin dikongsikan bagaimana caranya kita sebagai ibu bapa atau penjaga boleh sentiasa mengawasi telefon bimbit anak.

1. Tunjukan contoh yang baik

Semuanya tetap akan bermula dari ibu bapa. Kurangkan masa kita dengan telefon bimbit dan tumpukan perhatian kepada mereka. Jika dari awal kita sudah tunjuk pentingnya telefon bimbit berbanding berkomunikasi dengan mereka, mereka akan merasakan yang mereka juga perlukan telefon bimbit untuk menumpukan perhatian mereka.

Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa mengingatkan tentang bahayanya menggunaan telefon bimbit terutamanya apabila berhubung dengan orang yang baru dikenali. Kenalkan anak anda dengan bahaya seperti ‘sexting’ dan gejala pedofilia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tetapkan had

Kira sering dengar ayat ‘berserdahana itu lebih baik’. Ini termasuklah masa bersama telefon bimbit. Tetapkan had yang sihat di rumah. Seperti, zon bebas telefon bimbit, masa bebas telefon bimbit atau had berapa jam penggunaan telefon bimbit sehari.

Hal ini untuk mengelakan ketagihan penggunaan telefon bimbit pada anak-anak. Sekurang-kurangnya 60 minit sebelum tidur, anak-anak tidak patut didedahkan kepada skrin telefon bimbit supaya mereka mendapat tidur yang berkualiti.

Foto: sheknows

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Internet

Hadkan penggunaan internet di telefon bimbit di rumah sahaja atau di depan anda sahaja. Ini dapat mengurangkan pendedahan anak-anak dengan dunia tanpa sempadan internet. Atau tetapkan telefon bimbit anak anda dengan tetapan keselamatan supaya penggunaan internet mereka adalah sangat terhad.

4. Aplikasi keselamatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: pcworld

Terdapat banyak aplikasi telefon sama ada Android atau iOS yang boleh dimuat turun dan di pasang pada telefon bimbit untuk memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak. Aplikasi ini akan membolehkan anda memantau penggunaan internet, mesej dan panggilan anak anda.

5. Telefon biasa

Lihat semula mengapa anda perlu memberikan telefon bimbit kepada anak anda? Senaraikan apa yang anda mahukan dari memberikan anak anda telefon bimbit. Contohnya, adakah semata-mata untuk panggilan dan mesej? atau untuk menjejaki anak anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tiada keperluan untuk memberikan telefon bimbit canggih dan banyak akses kepada internet tanpa sempadan, berikan anak anda telefon bimbit yang mempunyai fungsi asas sahaja namun masih kelihatan canggih seperti telefon bimbit yang lain-lain.

Memberi anak anda telefon bimbit bukanlah satu kesalahan yang besar. Awasi telefon bimbit anak anda! Bunyi seakan kasar namun kita sebagai ibu bapa harus sentiasa memantau mereka demi keselamatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma