Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis

Mengalami anak yang lambat bercakap memang boleh membuatkan kita tidak senang duduk. Pada masa ini, usaha Kokok yang cermat dan teliti dan kebesaran hatinya ini akhirnya telah membuahkan hasil yang manis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelewatan bercakap pada anak-anak memang menjadi igauan buruk bagi ibu bapa. Banyak ibu bapa yang jadi ‘patah hati’ mengetahui bahawa anaknya mempunyai kekurangan.

Namun hal itu tidak terjadi pada Kokok Dirgantoro, beliau berbesar hati apabila mengetahui anaknya lewat bercakap.

Melalui tweetnya, Kokok bercerita tentang caranya mengatasi kelewatan bercakap yang dialami oleh anaknya.

Berikut merupakan rentetan daripada tweet yang tersiar di akaun Twitter Kokok.

Status Twitter Kokok Dalam Menangani Anak Yang Lambat Bercakap

Anakku Djaduk tidak boleh bercakap dengan lancar malah lebih banyak berdiam diri dari lahir sehingga berumur 4 tahun. Saya melalui masa-masa yang ‘lucu’. Djaduk dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Kedudukannya ketika hendak dilahirkan adalah terbalik. Demi keselamatan, akhirnya dia perlu dibedah. Dari umur setahun hingga dua tahun, Djaduk tidak banyak bercakap. Hanya beberapa patah perkataan sahaja. Dia tidak boleh menyusun satu ayat pun. Saya dan isteri biasa-biasa sahaja. Tapi kata-kata dari orang lain dan juga keluarga membuatkan saya risau dan terfikir sebentar. Kenapa Djaduk tidak boleh bercakap lagi. Setelah itu, saya memikirkan tentang psikologinya, kalau-kalau anak saya ada gangguan mental dan adakah dia sampai besar nanti, hanya akan mempunyai pemikiran seperti anak berusia 2-3 thn. Saya menggeletar menahan tangisan. Tapi alhamdulillah saya boleh mengawal diri. Dalam hati saya, hanya dalam masa 20-30 minit, saya sudah mendapat kesimpulannya. Wow. Djaduk disyorkan untuk membuat imbasan kepala di sebuah RS. Ia adalah untuk pemeriksaan lebih lanjut. Saya membawanya ke RS Antri. Ketika nama Djaduk dipanggil, jururawat memberitahu yang anak yang mahu diperiksa harus berada di dalam posisi berbaring. Djaduk sedang tercelik matanya. Bagaimana untuk memaksa si anak ini tidur? Saya memutuskan untuk pulang ke rumah. Dalam kereta, saya memangku Djaduk. Saya menangis dan berbisik, “Duk, bapak terima kamu seadanya. Bapak yakin kamu adalah seorang anak yang hebat.” Saya memutuskan untuk tidak peduli lagi dengan cadangan pakar psikologi dan pemeriksaan doktor. Saya tahu ini boleh memberi kesan yang lebih serius. Keputusan itu saya ambil selepas melihat sebuah tulisan mengenai bimbingan untuk anak yang lambat bercakap. Saya cuba bawa Djaduk ke kelas bimbingan kecil itu. Dia suka dan seronok belajar di sana. Melukis, menulis, bercakap. Saya sentiasa mengikutinya dan hasilnya amat memuaskan. Pada suatu hari, ketika kami sedangg membeli-belah. Saya berjalan agak cepat. Tiba-tiba terdengar satu suara, “hei bapa, tunggu saya”. Djaduk telah bertutur satu ayat yang penuh. Saya terus memeluknya. Saya hampir menangis tetapi saya bertahan. Setelah belajar di kelas bimbingan lewat pertuturan itu, beberapa saat kemudian kami dipanggil untuk mendapatkan laporan kemajuan. Bagi saya laporan itu tidak penting kerana Djaduk sudah boleh bercakap. Itu sudah mencukupi. Ternyata Djaduk banyak sekali berfikir tentang kata-kata ahli psikologi yang mengajar dia. Jadi dia bingung mahu bercakap tentang apa dahulu. Psikologinya menunjukkan yang Djaduk memperolehi tanda-tanda anak dengan IQ di atas 125. Saya hanya mengangguk angguk sahaja. Setelah berbicara, Djaduk dimasukkan ke tadika dan dia adalah salah seorang yang pertama boleh membaca. Saya tidak habis berfikir. Ternyata anakku boleh membaca dan menulis 😍 Saat SD, semuanya mula lancar. Sampai masa test IQ. Djaduk bukan pelajar yang menonjol. Hanya matematik yang disukainya. Yang lain-lain biasa sahaja. Hasil ujian IQnya ternyata dia tertinggi, 141. Mungkin dia dapat dari ibunya hahaha. Tapi bagi saya IQ boleh berubah-ubah dan bukan segala-galanya. Kerana bagi saya wang adalah segala-galanya … eh maaf, maksud saya menjadi orang yang baik. SMP, Djaduk melalui ujian IQ lagi dan keputusannya 129. Rasanya ini lebih masuk akal dan sesuai dengan ramalan pakar psikologi yang membimbingnya ketika lewat berkata-kata. Jadi bagi mereka yang mempunyai anak yang lambat bertutur, banyak bersabar dan tidak perlu risau. Sayangi anak anda, terimanya seadanya pemberian dari Allah. Setiap anak berhak hidup bahagia tanpa diperbandingkan antara satu sama lain. Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan masing-masing.

Berbeza dengan ibu bapa lain yang mengaitkan kelewatan anak bercakap dengan alat elektronik, Kokok tidak yakin bahawa anaknya mengalami kelewatan untuk bercakap disebabkan oleh penggunaan alat elektronik pada masa kini.

“Djaduk tidak suka apa-apa alat / computer. Waktu di kelas 5 Djaduk telah dibelikan satu alat mainan elektronik tetapi tidak pernah dipakai” jelas pemilik akaun Twitter yang mempunyai pengikut lebih daripada 21 ribu ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Djaduk yang lambat bercakap tetapi suka belajar

Apabila akhirnya sudah boleh berkata-kata, Djaduk amat sukakan ilmu pengetahuan. Banyak pertanyaan yang dia akan ajukan hingga membuat ibu bapanya penat menjawab soalan-soalannya.

“Persoalannya melibatkan hal-hal mengenai makanan atau mengenai sesuatu yang dia tidak suka,” kata Kokok.

Walaubagaimanapun, ahli psikologi menjelaskan bahawa Djaduk mengalami kesusahan untuk bercakap kemungkinan kerana ayah dan ibunya (Dini Afiaty) berbicara di dalam bahasa Indonesia. Sedangkan, Djaduk biasa menonton rancangan TV yang berbahasa Inggeris.

“Sehinggakan ahli psikologi itu menyarankan kami untuk menggunakan bahasa Indonesia ketika menonton kartun,” tegasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa ini, kanak-kanak yang nama penuhnya adalah Raffi Djaduk Baskoro sudah memulakan sekolah.

Kemampuan membaca dan mengira berkembang dengan laju sejak dia mula bersekolah. Menurut Kokok, jika ada kekurangannya, mungkin salah satunya adalah interaksi dengan rakan sebaya kerana dia adalah seorang yang pemalu.

“Baru sekarang dia mempunyai banyak rakan-rakan,” terang ayah kepada Djaduk (13), Pravda Reva Amartya (11), dan Lula Athens Khoiriyah (5).

Kokok bersyukur anaknya yang lain tidak mengalami masalah kelewatan untuk bercakap. Malah, dua orang anak perempuannya terlalu petah bercakap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap anak berbeza kemahiran dan keunikannya

Sebagai ibu bapa yang pernah mengalami anak yang lambat berkata-kata, Kokok menyarankan ibu bapa untuk mencari bantuan daripada profesional. Baginya, harga untuk terapi tiada jaminannya.

Mungkin, tempat konsultasi dan bimbingan kelewatan bercakap yang sederhana harganya akan memberi layanan yang lebih baik daripada tempat mahal yang lain.

“Yang penting anaknya selesa dan bahagia. Tidak perlu ambil hati dengan apa yang orang lain katakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif.

Kesabaran Kokok dalam menghadapi anaknya yang lewat untuk bercakap boleh kita ikuti.

Selain itu, sikap tegasnya untuk mencari pilihan kedua dari diagnosis anaknya adalah langkah yang wajar agar anda tidak berada dalam kesedihan yang disebabkan oleh kelewatan percakapan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan ada banyak ibu bapa yang terus panik dan putus asa jika anaknya mengalami kelewatan percakapan, maka sikap tenang yang ditunjukkan Kokok dan Dini ini patut dicontohi oleh para ibu bapa.

Jika anak anda adalah salah satu anak yang mengalami kelewatan percakapan, jangan bimbang bahawa dia akan membesar menjadi anak yang kurang bijak.

Kerana Albert Einstein pun dikenali sebagai kanak-kanak yang mengalami kelewatan percakapan yang agak serius.

Teruskan menyokong anak yang lambat bercakap – lambat-laun dia akan mampu juga!

Jadi, jangan terus bersedih jika anak anda kelihatan berbeza dengan kanak-kanak lain.

Kerana siapa tahu, dia mungkin akan menjadi kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang tinggi hingga susah difahami oleh orang lain dan di kemudian hari, akan menjadi orang yang paling penting di negara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Indonesia.

Penulis

Michelle Goh