Berang Anak Terberak Dalam Seluar, Ayah Tiri Sangup Pijak Perut Anak Sampai Mati!

Apalah dosa budak ini sampai diperlakukan sedemikian rupa!

Tak dapat nak membayangkan bagaimana sengsaranya seorang anak kecil yang mungkin meronta dan meratap tangis apabila ayah tirinya sanggup memijak mangsa dalam bilik air hanya semata-mata kerana dia terberak dalam seluar hingga kanak- kanak itu terkulai dan meninggal dunia!

Gara-gara bengang anak tirinya terberak dalam seluar, seorang lelaki yang merupakan ayah tiri kepada mangsa yang berumur 36 tahun tergamak memijak mangsa sehingga mati. Suspek yang bernama Ery Age mengaku bersalah kerana memijak anak tirinya itu yang berumur tiga tahun.

Ayah tiri mengaku pijak perut anak

Ketua Polis Malang, Dony Alexander berkata, pada awal siasatan suspek memberitahu kepada pihak polis bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia oleh kerana lemas di dalam air.

Namun selepas melakukan bedah siasat, pihaknya mendapati terdapat pendarahan di bahagian usus dan beberapa kesan lebam di bahagian punggung.

Setelah laporan bedah siasat dikeluarkan, barulah suspek mengaku bersalah memperlakukan mangsa sehingga meninggal dunia.

Suspek turut memberitahu, perbuatannya itu dilakukan akibat terlampau marah dengan mangsa yang terberak di dalam seluar di kediaman mereka yang terletak di Kota Malang dan kejadian berlaku pada 30 Oktober yang lepas.

Pijak perut sampai sawan

Ketika disoal siasat oleh pihak polis, suspek berkata dia membawa mangsa ke bilik air untuk membasuh punggungnya. Malangnya, mangsa terjatuh ketika dicuci dan semasa itulah suspek bertindak kejam dengan memijak punggung mangsa sebanyak dua kali.

Tak cukup dengan itu, semasa membalikkan badannya pula suspek sekali lagi memijak perut mangsa hingga kanak-kanak malang itu mengalami kekejangan otot atau sawan.

Panik dan sapu minyak angin

Gara-gara panik setelah melihat keadaan mangsa, suspek cepat-cepat menyapu minyak angin ke atas tubuh mangsa dan mengangkat kakinya ke atas dan kepala ke bawah. Selain itu, ayah tiri ini juga turut memanaskan badan mangsa bagi memulihkan kembali dari kekejangan.

Setelah mendapati keadaan mangsa tidak berubah, suspek terus membawa mangsa ke hospital namun telah disahkan meninggal dunia.

Suspek kini telah ditahan pihak polis dan bakal berdepan dengan hukuman 15 atau 20 tahun penjara.

Tanda dan gejala sawan

Kejadian yang terjadi ini mungkin disebabkan gejala sawan yang tidak diketahui ayah tiri mangsa. Berikut antara tanda-tanda sawan yang perlu diperhatikan:

  • Anak tidak sedarkan diri atau tiada sebarang tindak balas bila namanya dipanggil.
  • Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.
  • Mata terbeliak ke atas
  • Sawan biasanya terjadi sendiri selepas 2 ke 3 minit atau kurang dan jarang melebihi 10 minit. Namun, jika lebih dari 5 minit segera bawa kanak-kanak ke hospital.
  • Semasa sawan kanak-kanak mungkin tercedera kerana jatuh atau tercekik makanan atau air liur dalam mulut.
  • Kanak-kanak yang sawan biasanya mengalami suhu melebihi 38.5 darjah celcius.
  • Sawan biasanya terjadi pada hari pertama semasa demam

Rawatan awal yang boleh dilakukan

Sekiranya anak anda diserang sawan, anda boleh melakukan rawatan awal ini:

  • Cara mengawal sawan sekiranya berlaku melebihi dari lima minit, ibu bapa boleh memberi ubat diazepam (valium) melalui dubur.
  • Bagi mengawal demam pula, ibu bapa boleh memberi ubat paracetamol atau ibu profen. Kemudian basahkan badan anak dengan air supaya dapat membantu mengurangkan suhu badan. Selain itu, pastikan anak tidak dipakai atau diselimut dengan pakaian yang tebal.

Kenapa kanak-kanak sawan perlu masuk ke hospital?

Tidak semua kanak-kanak yang mengalami sawan perlu dimasukkan ke hospital namun jika doktor berbuat demikian ada sebab tertentu seperti takut sawan berulang semula, bagi memastikan tiada jangkitan di bahagian otak atau penyakit lain yang berbahaya, untuk cari penyebab dan rawatan demam selain jangkitan otak serta dapat mengurangkan kerisauan pada ibu bapa.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Reporter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comdidera-ibu-tiri