Tiba masa untuk melahirkan anak, pasti bakal ibu bapa teruja untuk melihat si buah hati. Suami beria-ria ingin temankan isteri bersalin, berada di sisi bakal ibu sepanjang masa dengan harapan dapat mengurangkan rasa cemas dan risaunya.
Tetapi dalam keadaan ini, sebenarnya bukan mudah untuk menenangkan si ibu yang sedang sakit contraction ya. Ada sesetengah situasi, wanita akan mudah menangis, menjerit atau marah kerana merasakan si suami tidak membantu apa pun walaupun suami berada bersama-sama sepanjang proses kelahiran.
Iyalah, kalau salah cakap nanti, ganggu emosi ibu pula!
Suami Menari Semasa Teman Isteri Bersalin
Apabila isteri dalam keadaan cemas, suami pasti akan cuba melakukan yang terbaik untuk menenangkan isteri walaupun dalam keadaan sakit.
Inilah yang berlaku di Hainan, China apabila seorang suami dilihat melakukan tarian di hadapan isterinya semasa dalam dewan bersalin!
Lelaki tersebut, Wang Nan dikatakan tidak sanggup melihat isterinya dalam kesakitan lalu meminta ubat tahan sakit untuk diberikan kepadanya. Apabila melihatkan si isteri masih dalam keadaan gemuruh, Wang mendapat idea yang sangat menarik.
Dia kemudiannya memasang lagu dan mula menari tarian tradisional dengan begitu bersemangat sekali bagi menghiburkan isterinya. Gelagat lelaki tersebut mendapat perhatian kakitangan hospital tersebut yang merakamkan gelagatnya yang lucu.
Lihat video tersebut di bawah:
Sumber: Youtube South China Morning Post
10 Ayat Suami Boleh Cakap Untuk Tenangkan Semasa Bersalin
Tenangkan isteri semasa sakit kontraksi bukannya sesuatu yang mudah dilakukan, tambahan lagi apabila isteri sedang menahan sakit selama berjam-jam.
Anda boleh juga menari seperti yang dilakukan oleh lelaki dari China tersebut, tetapi jika anda tidak mempunyai bakat menari, mungkin anda boleh cuba alternatif lain.
Yang pastinya, suami perlu tahu ayat yang betul semasa bercakap dengan isteri yang akan melahirkan anak. Ini beberapa ayat yang anda boleh cakap kepada isteri bersalin untuk memberi sokongan kepadanya:
#1 “Lepaskan, ia selamat.”
Beri jaminan yang tubuhnya memang boleh melakukan proses ini secara semula jadi. Isteri mungkin takut dan tidak yakin, jadi ia merupakan tanggungjawab suami untuk meyakinkan yang semuanya akan okay dan semua bantuan yang perlu sudah disediakan.
#2 “Awak hanya perlukan lakukan ini satu persatu”
Jika proses kelahiran dilihat sebagai satu kesakitan yang hebat sekaligus, ia mungkin akan menjadikan wanita tersebut menjadi takut. Ingatkan dirinya yang proses ini berlaku satu persatu, dan akan berakhir apabila tiba masanya.
#3 “Saya bangga dengan awak, awak lakukan dengan sangat baik!”
Isteri mungkin akan merasa keliru dengan perbuatannya, dan risau sekiranya dia melakukan proses ini dengan salah. Kata-kata seperti ini boleh menaikkan semangatnya dan memberi jaminan yang dia melakukan perkara yang betul sepanjang proses melahirkan si kecil.
#4 “Bernafas, bernafas dengan baik untuk bayi kita.”
Isteri boleh menjadi panik apabila merasakan terlalu sakit, menyebabkan dia tidak dapat bernafas dengan baik.
Bantu isteri dengan melakukan pergerakan nafas yang betul kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, lebih releks dan dapat melonggarkan pelvik.
#5 “Awak boleh lakukannya, anak kita sudah hampir tiba.”
Ini merupakan kata-kata yang paling ingin didengari oleh bakal ibu, dan dia akan lebih berusaha untuk menghadapi saat-saat ini walaupun dalam keadaan penat dan lelah. Mengingatkan dirinya tentang kehadiran si manja pasti membuatkan dia tidak sabar untuk memeluk bayi yang sudah lama ditunggu-tunggu.
Yang penting, pastikan ayat anda pendek dan mudah ya. Jangan banyak bertanya kerana si isteri tidak mungkin boleh menjawabnya pun!
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compengorbanan-suami-ketika-isteri-hamil