Czer Atau Normal, Perut Kecik Ke Besar, Breastfeed/Formula Anda Tetap Seorang Ibu Yang SEBENAR! -Ayda Jebat

Penyanyi popular Ayda Jebat memaklumkan bakal melahirkan bayi perempuannya melalui proses Czer, namun dikecam ramai ibu-ibu ekstrem.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular baru-baru ini ketika pasangan popular Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir berkongsi berita gembira bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi.

Dalam perkongsian jantina bayi mereka, Ayda turut menyatakan bahawa dia memilih untuk melahirkan bayinya nanti melalui pembedahan Czer. 

Walau bagaimanapun ia disambut negatif oleh para ibu-ibu yang kononnya 'pro' kelahiran normal ini. Katanya melahirkan anak secara Czer bukanlah 'real mother'. 

Apakah kaitan antara cara kelahiran anak dengan menjadi ibu yang sebenar? Tiada pula mengikut kajian perubatan atau dalam Al-Quran yang menyatakan perkara sebegini.

Hentikan penindasan pada ibu-ibu

Kita perempuan dan ibu-ibu ini kenalah menyokong sesama kita. Asal benda yang kita buat tak memudaratkan sesiapa kita sokong saja. Janganlah diperli, dicerca hanya kerana mereka memilih perjalanan keibubapaan yang lain daripada anda. 

Menurut perkongsian daripada Ayda Jebat di salah satu kirimannya di media sosial, dia mendapat begitu banyak tohmahan daripada ibu-ibu yang ekstrem. 

Katanya kelahiran bayi melalui Czer akan menyebabkan susu badan tak keluar, nanti anak tak dapat menyusu badan dan sebagainya.

Assalamualaikum.. First of all, terima kasih di atas semua ucapan & doa yang dikirimkan buat saya & baby.. Saya doakan yang terbaik buat anda semua juga! Amin. ?

Saya baca ramai yang dm & comment dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity.

To mommies yang pilih atau memang terpaksa czer/operate atas faktor kesihatan & keselamatan baby & anda, PLEASE don’t be shy, sad and stress. Ada yang sampai rahsiakan kena czer sebab takut & malu digelakkan & diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macamni?

Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what. ??

Perbezaan bayi lahir normal & czer

Bersalin secara normal boleh berlaku di hospital, pusat kelahiran, atau di rumah. Sebilangan wanita meminta ubat tahan sakit, seperti epidural, untuk membantu mengatasi kesakitan ketika bersalin. 

Malah bersalin secara normal ini anda akan melalui tiga fasa bersalin iaitu: awal, aktif, dan peralihan (atau tahap pertama, kedua, dan ketiga). Seorang jururawat atau doktor akan memeriksa anda secara berkala untuk melihat di mana tahap anda, termasuk mengukur serviks anda.

Apabila bukaan faraj anda sudah capai 10cm, inilah masanya untuk meneran.  Jururawat dan doktor anda akan membantu semasa anda meneran bagi memastikan bayi bergerak ke bawah saluran kelahiran. Setelah bayi dilahirkan, anda masih akan mengalami kontraksi kecil untuk mengeluarkan plasenta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran caesar agak berbeza dengan kelahiran normal. Secara umum, Czer adalah prosedur pembedahan yang memakan masa kira-kira 45 minit, sedangkan kelahiran normal boleh memakan masa berjam-jam.

Untuk jenis kelahiran ini, doktor anda akan membuat membuat potongan kecil pada bahagian bawah perut untuk mengeluarkan bayi. Proses pembedahan ini melibatkan 7 lapisan, disebabkan itu proses penyembuhan Czer lebih lama daripada luka kelahiran normal.

Setelah bayi keluar, doktor anda akan memotong tali pusat, mengeluarkan plasenta, dan menutup luka dengan jahitan.

Oleh kerana ini adalah operasi pembedahan, anda akan diberi epidural atau anestesia umum. Sekiranya doktor memilih anestesia, anda tidak akan terjaga langsung. Sebaliknya, suntikan epidural, hanya bius bahagian bawah badan anda, membuatkan anda berjaga semasa prosedur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin caesar, jururawat dan doktor mungkin perlu memeriksa bayi anda dan membersihkan saluran udara sebelum membenarkan anda memegang bayi anda.

Walaupun anda dan bayi akan bersama, proses untuk anda berjumpa dengan bayi semula lebih lama dari kelahiran normal. 

Sumber: Ayda Jebat, Healthline

Kredit foto: google & shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wawa Zainal & Aeril Bakal Timan Anak Keempat, Sweetnya Aeril Layan Wawa 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan