Ketika Dalam Kandungan, Ini 6 Benda Bayi Paling Suka & Buatnya Makin Aktif
Apa yang menyebabkan bayi seronok ketika berada dalam kandungan ibu? Ini 6 jawapannya...
Ibu dan bayi ada hubungan yang sangat kuat sejak dalam kandungan lagi. Percaya tak jika kami katakan, baby aktif dalam perut sebenarnya ada kena-mengena dengan perbuatan ibu?
Ia adalah satu rahsia antara ibu dan bayi saja yang memahaminya. Apa yang pasti, selama sembilan bulan itu, bayi seronok berkembang dan merasai kehangatan tubuh ibu dari dalam kandungan.
Ha… sebelum itu, anda tahu tak perkara apa yang paling si kecil suka ketika masih dalam rahim ibunya? Berikut beberapa perkara tersebut, jom kita intai satu persatu.
Baby aktif dalam perut berdasarkan 6 perkara yang disukainya ini
#1. Baby aktif dalam perut – Dapat rasa sesuatu yang manis
Apabila si ibu menikmati sesuatu yang manis seperti aiskrim, kuih-muih, kek, atau biskut, anda akan dapat rasa si kecil itu menendang dari dalam perut.
Hal ini kerana, bayi boleh merasai makanan yang ibu makan melalui cairan amniotik. Jadi rasai kenikmatan yang satu ini bersama bayi anda!
#2. Baby aktif dalam perut – Mandian hangat
Kehamilan jadi meletihkan terutama semasa di trimester terakhir. Inilah masanya anda ambil peluang untuk berehat seketika sebelum menjelangnya tarikh bersalin.
Salah satu caranya adalah mandian hangat yang sekaligus membuatkan tubuh berasa segar dan dapat berehat dengan lebih baik.
#3. Baby aktif dalam perut – Sentuhan lembut ibu di atas perut
Pernah tak anda perasan, setiap kali menggosok perut dengan lembut, bayi akan balas dengan tendangan?
Ini bermaksud bayi dalam kandungan memberi respon pada rangsangan luar terutama apabila mendapati itu adalah sentuhan ibunya.
#4. Baby aktif dalam perut – Dengar suara ibu
Secara umumnya, menjelang minggu ke-18, telinga bayi sudah mula menonjol dan mengembangkan pendengarannya.
Suara yang paling dikenalinya adalah suara ibu. Sebab itu, bila dilahirkan si kecil suka mendengar dendangan lagu berentak perlahan daripada ibu sekaligus membuatnya mudah tertidur.
#5. Baby aktif dalam perut – Muzik yang menyenangkan
Si kecil dari dalam perut itu sebenarnya dapat membezakan antara bunyi bising atau bunyi menyenangkan. Malah, mereka juga dapat menunjukkan reaksi melalui tendangan.
Jadi, kerap dengar lagu berentak perlahan dan nikmati bersama bayi anda. Tapi pastikan guna volume rendah supaya tidak menganggu bayi.
#6. Baby aktif dalam perut – Mendengar ketawa ibu
Ketawa adalah ubat terbaik bagi setiap ibu hamil maka tidak hairan jika bayi berasa bahagia bila berada dalam kandungan ibunya.
Sama seperti respon bayi ketika mendapat sentuhan dan suara ibu, si kecil itu juga akan memberi tindak balas apabila mendengar ibunya ketawa.
Apabila ketawa, satu siri hormon dilepaskan sekaligus membuatkan ibu dan bayi merasai kebahagiannya.
Justeru, terus enjoy dengan momen indah ini sehingga bayi dilahirkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber gambar: FirstCry Parenting
Sumber rujukan: Momjunction
Baca juga:
https://my.theasianparent.com7-fakta-menakjubkan-tentang-bayi-dalam-rahim/