X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

4 Cara Berkesan Untuk Buat Anak Anda Cepat Mengantuk

4 min bacaan
4 Cara Berkesan Untuk Buat Anak Anda Cepat Mengantuk4 Cara Berkesan Untuk Buat Anak Anda Cepat Mengantuk

Pakar ini mencadangkan 4 cara untuk buat anak cepat mengantuk. Ianya tidak sesukar yang anda sangka. Mari praktikkan dan lihat sama ada ia membantu untuk buat si kecil anda mudah terlena di waktu malam!

Macam mana nak buat anak cepat mengantuk? Hmm…

Dari hari pertama kita jadi ibu atau ayah, membuatkan anak cepat mengantuk dan cepat tidur adalah antara tugas paling mencabar.

Ramai antara kita menyangka yang sebaik sahaja anak kecil itu mula membentuk rutin tidur, tugas kita untuk membuatkan mereka cepat mengantuk akan jadi semakin mudah.

Malangnya, itu bukanlah apa yang akan terjadi.

Apabila bayi anda membesar jadi kanak-kanak, anda akan perasan yang untuk membuatkan mereka masuk tidur di waktu malam masih lagi jadi satu tugas yang mencabar. Tapi, itu bukanlah salah mereka.

Tapi, itu bukanlah salah mereka.

Ketahuilah bahawa dengan latihan tidur dan nasihat dari pakar, masalah ini dapat anda selesaikan dengan mudah.

4 Cara Berkesan Untuk Buat Anak Anda Cepat Mengantuk

Sumber: subin.vn

4 Cara Untuk Buat Anak Cepat Mengantuk

Katie Hurley, Pekerja Sosial Klinikal Bertauliah dan Psikoterapi, penulis buku, dan pemilik laman web Practical Parenting mencadangkan anda mencuba 4 strategi berikut.

Ia dapat membantu untuk membuatkan anak anda cepat mengantuk dan lekas masuk tidur.

1. Bercerita kisah yang menenangkan

Katie menyatakan dengan bercerita dan menggunakan imaginasi si kecil anda, ia akan membuatkan anak anda senang tertidur.

Kunci utamanya adalah anda perlu memastikan si kecil itu kekal selesa dan ikut berimaginasi sambil mendengar anda bercerita.

Hurley akan meminta anak perempuannya memilih satu destinasi (selalunya dunia awan, atau dunia fantasi), dan dia akan mula bercerita selama lima minit, bermula dari situ.

Dia juga akan meminta anaknya menutup mata, berbaring di katil yang lembut, dan menarik nafas perlahan.

Tetapi, Katie juga menerangkan yang langkah ini mungkin sukar sedikit jika anda mempunyai anak yang ramai dan berlainan umur.

tip buat anak cepat mengantuk

Sumber: Todaysparent.com

2. Ajak mereka mewarna

Anda mungkin terkejut mendengar cadangan daripada pakar psikoterapi ini. Tapi, mari kita dengar dulu penjelasan darinya.

Menurut Katie, mewarna adalah satu cara berkesan untuk menghilangkan rasa stress. Jika ia berkesan untuk orang dewasa, ia juga pasti efektif untuk kanak-kanak.

Kuncinya adalah anda perlu tahu bila untuk menggunakan teknik ini. Katie menyarankan supaya anda mencubanya selepas anak anda mandi malam.

“Apabila anak saya selesai mandi dan memakai baju tidur, mereka akan melukis dan mewarna sebelum masuk ke bilik tidur masing-masing. Ia adalah cara yang terbaik untuk menenangkan mereka sebelum tidur.”

Cubalah! Ia mungkin dapat membantu menenangkan anak yang hiperaktif dan memudahkannya untuk masuk tidur.

tip cara buat anak cepat mengantuk

Sumber: Mindbodygreen.com

3. Membaca buku dengan suara yang kuat

Selalunya, ibu bapa akan membiarkan anak mereka membaca buku dengan sendiri pada waktu malam.

Tetapi, Katie mencadangkan anda supaya membacakan buku kepada anak anda, dengan tujuan untuk membuatnya cepat terlena.

Peluk si kecil anda, biarkan mereka menutup matanya, dan minta mereka mendengar cerita yang akan anda bacakan kepadanya.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Ia adalah antara cara terbaik untuk menenangkan pemikiran mereka. Malah, suara ibu ayah adalah satu teknik penenang yang berkesan buat anak kecil.

Jadi, luangkanlah sedikit masa dan bacakanlah kepada mereka kisah menarik di waktu malam.

Ia bukan sahaja membuatkan anak anda cepat terlena, malah mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa.

4. Bermain pasir kinetik

Ya, anda tidak tersalah baca! Mungkin pada pandangan anda, ia bukanlah satu cadangan yang praktikal dan berkesan.

Tetapi, Katie menerangkan sebaliknya!

“Bermain pasir kinetik sangatlah menenangkan dan bersifat terapeutik. Menggunakan tangan untuk menggerakkan pasir dan membuat pelbagai bentuk dapat memperlahankan pernafasan mereka dan menenangkan pemikiran anak kecil.”

Untuk mengelakkan mereka dari terlampau teruja dan keadaan waktu malam semakin huru-hara, pastikan anda melakukannya secara teratur.

Isi pasir dalam bekas kecil dan masukkan sekali objek lain seperti kulit kerang, batu kecil atau guli. Berikannya juga sudip atau garfu untuk dia bermain dengan pasir tersebut.

Jika ia masih kedengaran seperti terlalu tidak praktikal buat anda, Katie mencadangkan anda menggunakan aplikasi mobil, iZen Garden app, sebagai alternatif!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 4 Cara Berkesan Untuk Buat Anak Anda Cepat Mengantuk
Kongsikan:
  • 3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

    3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

  • Penat Berjaga Kerana Bayi Susah Tidur? Cuba 10 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah Daripada Ibu-Ibu Berpengalaman

    Penat Berjaga Kerana Bayi Susah Tidur? Cuba 10 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah Daripada Ibu-Ibu Berpengalaman

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

    3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

  • Penat Berjaga Kerana Bayi Susah Tidur? Cuba 10 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah Daripada Ibu-Ibu Berpengalaman

    Penat Berjaga Kerana Bayi Susah Tidur? Cuba 10 Tips Tidurkan Bayi Dengan Mudah Daripada Ibu-Ibu Berpengalaman

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.