Baby Bash 2, Ibu Dan Anak Pulang Dengan Senyuman!

Baru-baru ini telah berlangsung acara Baby Bash 2 di Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya. Jom tengok kemeriahan yang anda telah terlepas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegembiraan di Baby Bash 2 tempoh hari!

Seperti ramai ibu-ibu yang telah maklum, baru-baru ini telah berlangsung Baby Bash 2 di Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, di sini kami bawakan apa yang anda terlepas di program tersebut.

Pelbagai program menarik telah dianjurkan oleh para penaja theAsianparent untuk Baby Bash 2 ini. Rugi sungguh lah pada anda yang tak berpeluang menyertainya. 

Jom tengok apa yang telah terjadi di acara Baby Bash 2 tempoh hari:

Sementara menunggu acara Baby Bash 2 bermula, kanak-kanak yang ditemani ibu bapa boleh bermain di sekitar  Dreamworld Playland.

Mereka boleh memanjat, melompat, menggelongsor dan membina permainan dari blok yang disediakan.

Lihat sahaja tempat bermain yang disediakan Dreamworld Playland ini, orang dewasa pun boleh teruja dengannya! Sudahlah tempatnya besar, ia penuh dengan pelbagai permainan pula. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang lebih menyeronokkan, ibu bapa dan anak-anak masuk percuma ke dalam Dreamworld Playland ini ketika acara Baby Bash 2 berlangsung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Acara Baby Bash 2 kemudiannya bermula, wuhooo!

Acara Baby Bash 2 kemudian bermula dengan demostrasi dari wakil Bosch tentang mesin pencuci pinggan baru keluaran syarikat tersebut.

Ramai yang kagum dengan bagaimana mesin ini bukan sahaja memudahkan kerja di dapur, malah menjimatkan masa mencuci.

Ini bermakna hanya dengan satu mesin, anda mendapat lebih masa untuk diluangkan bermasa keluarga.

Ketika ini, ramai ibu-ibu mengambil kesempatan untuk memujuk si suami agar membeli mesin tersebut bagi memudahkan kerja mereka. Ialah, siapa yang tak mahu kerja di rumah dimudahkan, betul tak?

Kalau ada para ayah yang berniat untuk membeli mesin basuh pinggan ini kelak, bertuahlah ibu tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejurus itu, EZbaby Hipseat pula mengambil alih acara untuk demonstrasi pemakaian alat penggendong mereka. Dan, ia diteruskan dengan pertandingan menari bersama EZbaby Hipseat! Ia sungguh menyeronokkan! 

Anda boleh lihat di FB kami tentang bagaimana selesanya penggendong EZbaby Hipseat ini hingga ibu-ibu boleh menari sambil mengendong anak. Lepas ini tak ada masalah nak lasak sikit ketika mengendong anak, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemenang utama bagi pertandingan menari itu merupakan Mummy Ariel yang mendapat EZbaby Hipseat. Peserta lain juga telah mendapat hadiah saguhati dari EZbaby.

Dreamworld juga telah menaja pertandingan mencari ‘harta karun’ dengan produk LifeBuuk sebagai hadiah.

Ibu bapa harus masuk ke dalam tempat bermain Dreamworld untuk mencari pelekat Life Buuk yang tersorok. Mereka yang berjaya mendapat pelekat yang betul dengan paling pantas adalah pemenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baby Bash kali ini juga dimeriahkan dengan booth dari satu lagi penaja utama selain Bosch iaitu Offspring. Mereka membawa sampel lampin pakai buang organik untuk setiap ibu bapa yang hadir. 

Majlis juga dihadiri oleh pakar belon yang menceriakan lagi suasana dengan pelbagai rupa bentuk.

Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran blogger dan influencer ibu terkenal seperti Cai Ai Bo, Cekgu Norazimah, Yuyu Zulaikha dan Jane Chua.

Lihat sahaja foto mereka dan anak mereka berseronok!

Selepas makan tengah hari, theAsianParent Malaysia meneruskan acara dengan ‘lucky draw’ serta mengumumkan pemenang foto di media sosial.

Ibu bapa yang hadir semuanya pulang dengan ‘goodie bag’ yang berharga lebih RM200!

Dikesempatan ini, pihak the Asianparent Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan penaja yang telah membantu kami menjayakan majlis ini. Serta ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Untuk ibu-ibu yang terlepas acara Baby Bash 2 ini, nanti jangan terlepas peluang untuk join acara Baby Bash 3 pula, okay!

Kami akan beritahu anda bila acara Baby Bash seterusnya akan berlangsung pula. Jangan lupa untuk sentiasa follow update di laman FB kami, tau!

Penulis

Aqma