International Babywearing Week (IBW) 2019 Bakal Tiba, Banyak Aktiviti & Topik Menarik Akan Dikupas Profesional!

Parents jom daftar dan hadirkan diri anda di International Babywearing Week 2019 pada 2 November ini yang menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian program yang cukup menarik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Babywearing  merupakan satu amalan mendukung bayi dengan menggunakan peralatan khusus. Bahkan, di Malaysia sendiri ibu bapa lebih suka cara ini berbanding menggunakan stroller yang lebih leceh dan rumit untuk dibawa ke mana-mana.

Kalau anda nak tahu sebenarnya, amalan babywearing ini telah diperkenalkan sejak berabad lamanya! Orang pada zaman dahulu lebih suka menggunakan kain untuk menggendong si kecil. Namun, sejak zaman moden dan teknologi diperkenalkan, amalan ini ditambah baik dari segi cara dukungan yang betul dan menggunakan baby carrier yang lebih selamat.

Atas sebab itu, Persatuan Penggendong Bayi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Babywearers (MBW) merupakan satu pertubuhan tanpa profit yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang menggalakkan ikatan keibubapaan dan anak-anak melalui kaedah gendongan yang selamat dan ergonomik di negara ini.

International Babywearing Week 2019

Bagi memperkasakan sokongan mereka terhadap penggunaan baby carrier yang selamat dan ergonomik di kalangan ibu bapa, Malaysian Babywearers akan menganjurkan event sempena Minggu Menggendong Bayi Sedunia atau lebih dikenali sebagai International Babywearing Week (IBW) 2019 pada 2 November ini bertempat di The School at Jaya One, Petaling Jaya. 

Event tersebut akan melibatkan program lain juga seperti kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak, kelahiran alami, penyusuan dan cara hidup sihat disamping memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat tentang kaedah gendongan yang selamat dan ergonomik.

Aktiviti sepanjang Event International Babywearing Week 2019

Bagi program tahun ini, pihak Malaysian Babywearers bakal menganjurkan beberapa acara menarik seperti pertandingan Babywearing Queen, Talks, Babywearing Dance, cuba pelbagai jenis alat gendongan secara percuma dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan aktiviti yang direncanakan ini, ia sekaligus dapat mewujudkan kesedaran babywearing dalam masyarakat kita.

Berikut adalah topik-topik menarik yang bakal ditampilkan buat anda:

1) Tips and tricks menyusukan bayi dengan menggunakan baby carrier

2) Cara pemilihan baby carseat yang betul untuk anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Kelahiran Tenang : Cara dan tips yang selamat untuk melahirkan bayi dengan lebih tenang dan selesa.

4) Aktiviti DIY untuk kanak-kanak 

5) Cabutan bertuah

6) Menari sambil babywearing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7) Penyusuan: Persediaan dari sudut mental antara ibu dan ayah

8) Rawatan semulajadi untuk kesihatan diri dan kecantikan

9) Ratu Babywearing 2019

Wah, menarik sungguh aktiviti yang bakal dilaksanakan ini, kan? Memang rugi kalau anda terlepas peluang yang disajikan ini. Jadi tolong ingat atau set reminder di telefon untuk tarikh 2 Nov ini ya!

Terma dan syarat yang harus dipatuhi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain boleh memperoleh pelbagai ilmu berkaitan babywearing, anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dan menerima goodie bag istimewa!

Ini antara terma dan syarat untuk cabutan bertuah yang akan dilakukan pada hari tersebut supaya dapat melayakkan diri anda memenangi hadiah menarik. 

  1. Daftarkan diri anda di laman sesawang https://mbwibw2019.eventbrite.com
  2. Tunjukkan tiket (QR CODE sama ada digital atau cetakan) di kaunter pendaftaran pada hari program tersebut berlangsung.
    * Seorang hanya dapat satu tiket cabutan bertuah
  3. 200 orang yang pertama mendaftar di kaunter akan membawa pulang satu goodies bag ( limit pada 1 keluarga 1 beg SAHAJA) 
  4. Kaunter pendaftaran dan cabutan bertuah akan ditutup pada jam 4 petang.
  5. Jangan lupa untuk membawa sendiri bekas makanan dan beg membeli-belah kerana plastik tidak disediakan oleh penjual.

Peringatan mesra untuk anda, kalau nak rebut 200 Goodie bag itu, datang awal pada hari tersebut ya.

Senarai panel dan latar belakang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada hari tersebut juga, turut ditampilkan beberapa orang panel yang akan berkongsi info tentang topik yang bakal dikupas. Antaranya seperti:

#1. Nursing in carrier 

Topik ini akan dikupaskan oleh Elvinna Shah yang telah berpengalaman lama dalam babywearing pada lima orang anaknya. Atas sebab kecintaannya terhadap babywearing ini, beliau telah mendapat sijil dalam Babywearing Consultant dengan School of Babywearing UK accredited level 3 by Training Qualification UK!

#2. Mom, Dad… I Need You Now!

Mesti anda tertanya-tanyakan topik ini bakal disampaikan oleh siapa dan tentang apa, bukan?

Ha… kalau nak tahu, ia bakal disampaikan oleh Puan Nurul Sheriena yang merupakan Terapis Cara Kerja secara profesional. Apatah lagi, beliau mempunyai sijil profesional lain seperti Brain Gym Instructor, Reflex Movement dan Autism Movement Therapist dan banyak lagi.

#3. Choose The Right Car Seat For Our Kid

Anda tahu kan bermula 2020, kerajaan telah menetapkan semua ibu bapa menyediakan baby car seat untuk si kecil jika membawa mereka dalam kereta? Ini supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan pada bayi semasa pemanduan.

Topik ini akan dikupas lebih lanjut oleh Jchanet Tan yang merupakan Child Passenger Safety Technician Instructor and Pengasas member of Child Passenger Safety Malaysia (CPSM).

Untuk perkongsian topik yang lain turut ditampilkan beberapa profesional lain seperti Co-Founder The Gentle Birthing Group Malaysia Nadine Ghows, Perawat Homeopathy Puan Hani, Doktor Perubatan, Dr Aimi dan Kaunselor Laktasi bertauliah NoorFazila Abdul Rahman.

Info tambahan: Kebaikan babywearing pada anak

– Dengan pemakaian baby carrier ini, ia dapat mengurangkan anak dari menangis kerana ada si kecil yang terlalu attached dengan ibu atau bapanya hingga sukar untuk diletakkan ke tempat lain.

– Bantu perkembangan fizikal anak kerana penggunaan baby carrier adalah paling selesa dan baik untuk postur tubuh si kecil.

– Mental ibu dan bayi dalam keadaan positif kerana kedua-duanya akan lebih tenang dan mengurangkan risiko atau gejala meroyan.

– Dengan penggendong bayi juga ibu lebih mudah nak buat kerja harian seperti membasuh pakaian, kemas rumah dan memasak. Tugas ini akan jadi remeh bila bayi suka menangis dan hanya mahu berdukung. Jadi dengan baby carrier ini mudahlah kerja ibu nanti!

*****

Jom ibu, anda boleh daftarkan diri dengan tekan link ini : International Babywearing 2019

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.combabywearing-different-carriers