Baby Dalam Perut Kurang Gerak Disebabkan Beberapa Punca Ini, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu!

undefined

Baby dalam perut boleh jadi kurang gerak disebabkan oleh pelbagai punca. Sekiranya ibu mengalami gejala luar biasa, segeralah berjumpa doktor

Setiap kehamilan memberikan pengalaman yang berbeza. Walau bagaimanapun anda pastinya berasa cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata kali ini. Justeru adalah penting bagi mengetahui keadaan baby dalam perut agar sentiasa sihat.

Ibu pertama kali mungkin rasa keliru dalam merasakan pergerakan janin yang normal. Bahkan ada yang kerap overthinking sekiranya kurang merasai baby gerak dalam perut.

Punca baby dalam perut kurang gerak

Semakin bertambah usia kandungan, ia adalah keadaan yang biasa jika baby dalam kandungan kurang gerak. Antara puncanya ialah:

#1. Ruang yang semakin kecil untuk bayi

Sewaktu pertama kali ibu merasakan tendangan si manja, ruang di dalam rahim masih luas.

Walau bagaimanapun apabila memasuki trimester akhir kehamilan, keadaan baby dalam perut ini akan mula berubah. Saiz bayi yang semakin membesar membuatkan ruang dalam rahim menjadi terhad.

#2. Bayi dalam perut ibu sedang tidur

baby kurang gerak

Ketika mengandung trimester ketiga, ia bukan sahaja mengurangkan pergerakan, malah kekerapannya turut menurun.

Seperti bayi baru lahir, si manja akan mengalami fasa tidur yang begitu nyenyak. Adalah normal jika baby kurang gerak semasa ibu sedang aktif, namun cenderung lebih beraksi apabila anda melelapkan mata.

#3. Saiz bayi kecil

Saiz bayi yang kecil boleh menyebabkan ibu kurang sedar adanya pergerakan yang dilakukan. Ini terutamanya jika bayi menghadap ke dalam-arah belakang badan anda.

Selain itu, waktu paling aktif bayi bergerak dalam kandungan adalah pada waktu malam. Sebab itulah sesetengah ibu dikejutkan dengan tendangan kuat ketika sedang nyenyak.

#4. Ibu mengandung sangat aktif

Ibu seorang yang selalu keluar rumah dan bergerak sepanjang hari? Gerakan lembut disebabkan oleh pergerakan harian ibu membuat baby dalam perut berasa seakan-akan ‘dibuai’.

Ini sekaligus membuatkan bayi dalam kandungan tidur. Kesibukan ini turut membuatkan sesetengah ibu kurang sedar dengan pergerakan si manja.

#5. Kepala bayi turun ke pelvis

Dalam beberapa minggu terakhir kehamilan, anda lebih menyedari mengenai penurunan pergerakan bayi.

Apabila si manja sudah ‘turun’, situasi itu akan menjadi lebih ketara. Ada kalanya apabila bayi menggerakkan kepala, ibu mungkin merasai seperti ‘kejutan elektrik’ pada bahagian pelvis.

Carta pergerakan janin

bayi dalam kandungan

Kebanyakan ibu kali pertama tidak merasai pergerakan janin sekitar minggu ke-18 atau 20. Namun bagi anda yang sudah ada pengalaman bersalin, akan lebih peka dan dapat mengesannya seawal minggu ke-16.

Cara bayi bergerak ada pelbagai seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tiba-tiba. Setelah adanya pergerakan pertama, ibu akan lebih peka mengalami pergerakan seterusnya berulang setiap hari.

Dalam hal ini, para ibu diwajibkan untuk mengira dan merekodkan pergerakan janin dalam buku pink ketika 28 minggu. Ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Cara merekod carta pergerakan janin yang betul adalah dengan:

  • Bermula setiap pagi (9pagi) pada waktu yang sama
  • Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam Bermaksud perlu bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9malam. Ibu perlu memastikan bayi membuat 10 gerakan kuat dalam tempoh ini
  • Masukkan tarikh, masa bermula dan tandakan (✔️) untuk pergerakan kuat. Jika selepas satu gerakan kuat dan diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, ia tetap dikira sebagai satu gerakan
  • Apabila sudah lengkap 10 gerakan kuat, ibu catatkan jam berapa dan tulislah di bahagian kolum yang telah disediakan. Rutin ini perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh culas sehinggalah ibu selamat bersalin

Benarkah perut mengeras tanda ibu bakal bersalin?

perut mengeras

Menghampiri tempoh bersalin iaitu trimester ketiga, ibu akan menyedari perut mengeras dengan lebih kerap.

Kenapa baby mengeras:

  • Bayi dalam kandungan semakin membesar. Saiz janin yang meningkat membuatkan tisu dan ligamen di sekeliling mengalami ketegangan. Akhirnya ia membuatkan ibu rasa sakit perut, sesak dan kekejangan.
  • Hubungan atau rangsangan seksual
  • Dehidrasi
  • Mengurut perut
  • Ibu membawa barang berat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kurang Gerak Dalam Kandungan, Rupanya Leher Terjerut Tali Pusat! Penting Pantau Pergerakan Bayi

Baca juga: Jangan Percaya Tiada Ruang Punca Baby Kurang Gerak, Ibu Ini Kematian Baby Kembar Dalam Kandungan

Baca juga:  Ibu Hamil Wajib Kira Pergerakan Bayi Dengan Cara Ini – BAHAYA Kalau Kurang Gerak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!