Jangan Percaya Tiada Ruang Punca Baby Kurang Gerak, Ibu Ini Kematian Baby Kembar Dalam Kandungan

Jangan Percaya Tiada Ruang Punca Baby Kurang Gerak, Ibu Ini Kematian Baby Kembar Dalam Kandungan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini perumpaan yang dapat menggambarkan hati seorang ibu ini yang kehilangan bayi kembarnya di saat beberapa hari lagi ingin melahirkan. Ikuti perkongsiannya ini.

Sudah lama mendirikan rumah tangga tentunya pasangan suami isteri mengimpikan zuriat yang akan menyambung cinta di hati mereka. Di saat tahu diri berbadan dua isteri pastinya teruja untuk melalui setiap proses kehamilan yang bermula dengan gejala sakit pagi (morning sickness), mengira gerak bayi dalam kandungan,  melalui saat minum air gula dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun semua yang manis itu barang kali boleh berakhir dengan sebuah kelukaan dan penderitaan yang menyakitkan.

Ikuti perkongsian seorang wanita yang bernama Miraa Nordin di laman Facebook miliknya apabila anak yang dikandungkan meninggal dunia beberapa hari sebelum dilahirkan pada penghujung Mac yang lepas.

Pernah gugur, wanita hamil kembar kehilangan bayinya

gerak bayi dalam kandungan

Menurut Mira, tarikh kejadian itu berlaku pada 28 Mac 2020 yang mana akan menjadi kenangan buat dirinya dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Setiap orang ada dugaan masing-masing dan kami suami isteri diuji dengan jangkauan yang tidak pernah kami fikirkan.

"Rasa dunia terhenti sekejap semasa itu. Rasa semuanya punah dalam sekelip mata. Bayangkan, 8 bulan mengandung, semua persiapan telah dilakukan. Tapi, bukan rezeki kami untuk ada zuriat buat kali ini. Insyallah, moga Allah gantikan yang lain yang lebih baik," tuturnya.

Sebelum ini, Mira pernah diuji dengan keguguran pada tahun 2018 dan semasa itu sudah 11 minggu kehamilan tanpa D&C.

Namun tidak disangka, pada tahun 2020 ini mereka diuji lagi dan kali ini betul-betul sakit dan hanya Allah saja tahu bagaimana rasa sakitnya itu.

"Alhamdulillah dengan izin Allah dan melakukan berubat serta berurut, saya disahkan hamil lagi. Perasaan teruja memang ada dan nekad jaga kandungan ini betul-betul," tulisnya meluahkan perasaan saat tahu hamil.

Seronok dapat tahu hamil kembar

gerakan bayi

Semasa di trimester pertama, Mira tidak dapat melakukan sebarang aktiviti dan hanya berbaring di atas katil dengan alahan yang sangat teruk.

Kemudian, kehamilannya bertambah lancar selepas masuk ke trimester kedua walaupun tidak boleh berdiri lama kerana rasa nak pitam.

"Masa trimester kedua, semasa ujian darah dilakukan ada hormon thyroid sedikit dan doktor suruh makan ubat. Tapi tidak lama dalam 2 hingga 3 minggu sahaja.

Menurut Doktor ia berlaku disebabkan hamil kembar dan selepas melakukan scan kandungan, doktor dapati ada dua janin dalam kandungan dan sah Mira hamil kembar.

Sejak tahu dirinya hamil kembar, appoinment jadi dua minggu sekali sebab dikira high risk. Setiap kali scan mesti teruja nak tahu perkembangan baby dan semuanya dalam keadaan baik.

Tiba-tiba gerak bayi dalam kandungan menurun 

bayi kurang bergerak

Menurut Mira, kisah bermula di saat bayi dalam kandungannya sudah membesar dan didapati kurang aktif bergerak seperti di awal kandungan.

Meskipun gusar, Mira selalu bertanyakan hal tersebut kepada doktor dan mula positif dan percaya bahawa ruang dalam rahimnya terbatas sekaligus menyebabkan bayi kurang bergerak.

"Saya ajak suami buat kek coklat moist dan masa itu dapat rasa baby bergerak tapi bila petang macam kurang skit. Tapi tetap berfikiran positif dan bila tekan perut masih ada respon dari bayi.

"Malah, gerakan bayi juga cukup 10 kali walaupun lambat sikit dari hari-hari biasa.

Kemudian pada pagi 28 Mac, Mira mengajak suaminya ke klinik sebab nak tengok jantung baby dan tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

Sementara nak tunggu doktor datang, Mira membeli aiskrim dan pelik sebab baby langsung tidak bergerak.

"Tak lama selepas itu, mira masuk ke dalam bilik doktor dan mulalah cek kepala dulu. Bila pergi ke bahagian perut, saya tergamam. Tiada denyutan jantung dan termasuklah baby yang kedua.

"Semasa itu tidak tahu nak menggambarkan perasaan itu bagaimana dan doktor suruh cepat-cepat ke hospital.

"Dalam otak kosong dan mulut tidak berhenti berdoa bahawa semua itu tidak betul dan mesin itu salah," katanya.

Yakin kembar masih ada

Persediaan menimang cahaya mata semuanya sudah disediakan namun dia hilang kata-kata apabila dalam 24 jam semuanya sudah berubah.

"Sampai di hospital, saya yakin kembar masih ada dan terus beri surat refer dari klinik. Nurse terus terkejut dan cakap Allahu dah besar dah ni. Kemudian Nurse meminta saya berdoa dan bersabar serta banyakan bertawakal kepada Allah.

"Ketika itu, ada dua orang doktor dan jururawat untuk lihat degupan jantung dan ternyata ia tidak muncul.

"Saya bertanyakan kepada doktor, ada tak cara untuk mereka hidup balik atau salah seorang terselamat.

"Anda mungkin merasakan yang saya cuai tak pergi awal-awal tapi serius semuanya jadi terlalu cepat dan tak sampai 24 jam.

"Tapi memang orang yang akan aku salahkan adalah diri sendiri. Terlalu percaya sangat baby kurang gerak sebab tiada ruang dan lagi-lagi bila orang kata perut kecil untuk kembar. Ini adalah benda mengarut yang saya terlalu percaya!

Nasihat kepada ibu lain, gerak bayi dalam kandungan menurun sila segera ke hospital 

Dalam masa yang sama, dia memberikan pesanan kepada ibu lain agar tidak leka dengan gerakan bayi dalam kandungan. Jika didapati tiada gerakan, segeralah ke hospital.

"Jadi buat ibu-ibu yang lain, jangan sesekali percaya yang di hujung kehamilan bayi kurang gerak sebab tiada ruang. Tolong jangan terlalu percaya. Kalau ditakdirkan ada peluang jumpa baby tidak mengapalah tapi kalau jadi macam saya?

"Memang orang kata beruntung sebab kembar anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa itu anda tidak akan fahami sampai bila-bila.

"Sesungguhnya saya redha dan terima ini dengan pasrah. Perkongsian ini hanyalah sebagai pengajaran dan kenangan yang cukup bermakna untuk saya.

"Bagaimana pun kita merancang, tapi perancangan Allah mengatasi segalanya," akhirinya.

Jangan Percaya Tiada Ruang Punca Baby Kurang Gerak, Ibu Ini Kematian Baby Kembar Dalam Kandungan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Miraa Nordin 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner