Luluh hati bila dapat tahu kandungan bermasalah dan tak sihat terutama ketika berada di trimester ketiga. Sudah setengah perjalanan anda membawa bayi ke mana bersama, tak lama lagi anda bakal melihat bayi hadir di hadapan mata. Secara tiba-tiba doktor sahkan terdapat tanda kandungan bermasalah?
Siapa yang tak sedih, kan?
Walaupun anda menjaga bayi dengan baik dalam perut dan mengamalkan makanan nutrisi demi si kecil yang dikandung, tapi kandungan anda masih berisiko untuk mengalami permasalahan.
Terdapat 7 tanda kandungan bermasalah yang boleh dikenalpasti. Jom kita study sama-sama untuk kehamilan ini!
Kredit: wakefield mumbler
7 tanda kandungan bermasalah:
1. Tiada degupan jantung
Biasanya degupan jantung boleh didengar ketika usia janin 5 minggu. Kami banyak melihat perkongsian rakan-rakan di FB mempunyai masalah sebegini, di mana, ketika scan, baby tiada degupan jantung kelihatan.
Apabila ini terjadi, doktor akan minta ibu tersebut menunggu sehingga usia janin 7 minggu. Sekiranya masih sama pada ujian scan yang seterusnya, anda hanya boleh berserah pada Tuhan, doktor sendiri akan mengesahkan sama ada kandungan menjadi atau tidak.
2. Perut selalu 'cramp'
Sepatutnya, ketika hamil anda tidak akan alami 'cramp' perut. Ya, mungkin ia berlaku sekali 2 jika bayi bergerak tapi sekiranya terlalu kerap, itu tanda kandungan bermasalah, terutama kehamilan masih awal dalam trimester pertama atau kedua.
Ia boleh membimbangkan kerana mungkin bayi akan lahir pramatang atau keguguran. Jangan malu untuk menceritakan ia pada doktor O&G jika anda rasa bimbang dengan kandungan anda.
Ibu mengandung, pernah tak anda alami perut 'cramp' dengan kerap ini? Jika ya, cepat-cepat periksa kandungan anda. Bimbang sekiranya perkara tak diingini berlaku.
3. Pendarahan
Tanda kandungan bermasalah yang seterusnya adalah pendarahan. Biasanya pendarahan berlaku apabila anda sudah dekat-dekat nak bersalin tapi sekiranya pendarahan terjadi lebih awal ia boleh membimbangkan tahap kesihatan bayi dalam perut.
Selain itu, ia boleh menyebabkan bayi pramatang sebelum due date. Lalu beberapa risiko masalah kesihatan pada bayi selepas dilahirkan nanti.
Namun, ibu jangan terlalu khuatir sekiranya pendarahan berlaku. Mungkin pendarahan akan berhenti sendiri, (jika tak membimbangkan). Biasanya, berpunca dari horman yang kurang stabil jadi dapatkan rehat secukupnya.
4. Kerap sakit belakang
Kredit: Babycenter.co.uk
Apabila bayi semakain membesar dalam perut, ibu akan merasa sakit belakang. Tapi sekiranya ia kerap dan tak boleh dikawal, itu adalah tanda kandungan bermasalah.
Berkemungkinan masalah akan berlaku pada saluran pundi kecing dan buah pinggang. Apapun, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda kerap sakit belakang.
5. Keputihan teruk
Masalah keputihan memang akan berlaku ketika anda mengandung dan ia normal. Puncanya disebabkan peningkatan hormon estrogen yang menjadi salah satu sebab keputihan keluar banyak.
Namun begitu, keputihan berkait dengan jangkitan kuman pada saluran kencing lantas boleh menyebabkan kesihatan ibu hamil terjejas.
Biasanya, keputihan berwarna putih dan berlendir. Itu adalah simpton biasa bagi perempuan hamil tetapi jika keputihan bertukar warna coklat dan kemerahan (seperti berdarah). terus rujuk pada doktor dan jangan berlengah.
Ia boleh menjadi punca kelahiran pramatang. Hal ini kerana, ada sebilangan kes pintu rahim terbuka awal kerana apabila ada spotting seperti berdarah. Itu tanda anda dah nak bersalin!
6. Ukuran rahim tidak membesar
kredit: baby center
Checkup kandungan setiap bulan, pasti nurse akan check juga ukuran tinggi rahim. Ini adalah penting bagi mengesan bayi dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik.
Tapi apabila doktor dapati ukuran rahim tak normal atau tidak membesar dengan sempurna, ini merupakan tanda kandungan bermasalah berpunca dari pernafasan, suhu badan dan tekanan darah.
7. Tiada pergerakan bayi
Teringat seorang kenalan, dia menceritakan bagaimana dia perlu ke hospital jam 2 pagi kerana tidak merasa pergerakan bayi bermula dari 6 petang. Fuh lama tu!
Panik juga kalau jadi macam ini, hati pun rasa tak sedap dan tertanya-tanya sama ada bayi ok atau tak dekat dalam perut ini. Sebab itu, ibu perlu mengira pergerakan bayi dengan baik dan segera ke hospital jika bayi tak bergerak.
Biasanya bayi tak bergerak adalah kerana tiada ruang yang mencukupi (trimester ketiga), air ketuban bocor atau bayi sedang tidur. Namun, jangan terlalu berfikir positif, anda perlu juga segera ke hospital kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
Sumber: Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!