16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Nak Menggaru!

16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Nak Menggaru!

Antara keluhan ibu hamil sepanjang kehamilan, ini yang selalu anda sebut setiap hari...

Sepanjang mengandung, tentu ada beberapa keluhan ibu hamil yang sering disebut setiap hari, kan? Ini kerana berlakunya perubahan hormon pada tubuh dan secara tak langsung ibu akan mengeluh dengan apa yang berlaku pada tubuhnya.

Walaupun berasa tak selesa namun ibu tetap menjaga dengan baik kandungannya supaya bayi dalam perut membesar dengan sihat dan dilahirkan dengan cukup sifat.

Berikut ini beberapa keluhan semasa hamil yang kerap dialami oleh wanita mengandung dan cara mengatasinya.

16 keluhan ibu hamil dan cara mengatasinya

#1. "Aduh, perut tak selesa"

keluhan ibu hamil

Salah satu keluhan yang selalu dialami oleh ibu hamil ialah sakit di bahagian sekitar perut.

Bagi menghilangkan rasa sakit dan kram yang tajam itu, ibu boleh melakukan dengan cara beristirehat dan mandi air hangat.

Selain itu jika mampu, buat senaman ringan bagi menguatkan otot perut sekaligus mencegah masalah ketidakselesaan perut selama kehamilan.

#2. "Tiap hari sakit punggung"

Perubahan perut yang kian membesar kadang kala membuatkan ibu hamil berasa sakit pada bahagian punggung.

Bagi membantu masalah ini, apa yang ibu boleh buat adalah dengan menggunakan bantal sebagai alas di bahagian punggung anda supaya dapat menghilangkan rasa sakit.

#3. "Hmm, buah dada rasa sakit memanjang"

Bukan hanya perut sahaja, payudara juga akan merasa cengkaman kerana ia membesar selama kehamilan.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh dapatkan bra yang sesuai supaya ketidakselesaan itu sedikit berkurangan.

#4. "Kenapa tiba-tiba rasa susah nak bernafas"

Yang seterusnya adalah kesukaran untuk bernafas terutama bila perut sudah semakin membesar. Namun, ibu jangan terlampau panik ya.

Apa yang ibu boleh buat adalah menjaga kenaikan berat badan dan dapatkan postur tubuh yang betul semasa duduk. Selain tidur di sebelah kiri dan hindari tidur terlentang.

#5. "Ya Tuhan, susahnya nak buang air besar"

Ini berlaku kerana hormon progesteron yang dihasilkan selama kehamilan membuatkan otot di tubuh melonggar termasuklah di saluran pencernaan.

Akibatnya, makanan yang masuk ke dalam usus jadi lambat untuk dicerna sekaligus menyebabkan sembelit.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu perlu mengamalkan makan buah-buahan segar, sayuran, bijirin dan roti gandum selalu. Selain minum air putih dengan banyak.

#6. " Sakitnya kepala ini rasa berpusing"

Jika terasa kepala sakit atau berpusing, cubalah untuk memperlahankan gerakan anda semasa berdiri atau bangun dari tempat tidur.

Jika berasa sakit kepala semasa berada di tempat ramai orang maka jauhkanlah sedikit dan cari udara yang lebih segar.

Jika sakit kepala, cuba dapatkan rehat, makan teratur dan minum enam gelas air setiap hari.

Hindari ubat sakit kepala yang dijual secara bebas di pasaran kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko pada kehamilan.

#7. "Aduh, perut rasa memulas-mulas"

Hindari makanan pedas, berminyak, bergula dan asam selama kehamilan tapi lebihkan makanan yang kaya dengan serat dan tidak mengandungi garam atau gula yang banyak.

Kemudian jangan terus baring selepas waktu makan.

#8. " Kenapa kaki rasa kram selalu ni"

keluhan ibu mengandung

Pertumbuhan rahim yang semakin membesar semasa hamil memberikan tekanan yang berlebihan di bahagian kaki.

Itulah yang membuatkan ibu meluahkan rasa keluhan bila mengalami kram di kaki.

Apa yang boleh dilakukan adalah picit lembut kaki yang kram dan rendam kaki dengan air hangat supaya membantu peredaran darah agar lebih lancar.

Jika berlanjutan, minta nasihat doktor, mungkin suplemen kalsium atau magnesium akan diberikan kepada anda.

#9. "Saya sudah mula mengalami morning sickness"

Morning sickness adalah satu keluhan semasa hamil yang sering terjadi dan biasanya berlaku semasa trimester pertama.

Cara mengatasinya adalah dengan mendapatkan makanan yang kaya protein dan karbohidrat kompleks. Selain kurangkan makanan manis dan berlemak.

#10. "Mulut rasa tak selesa"

Kehamilan juga boleh membuatkan mulut dan gusi rasa ketidakselesaan. Jadi, pastikan ibu melakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi secara teratur setiap hari.

#11. "Ish, tak selesalah bila hidung tersumbat dan berhingus"

Dalam beberapa kes, ibu hamil akan mengalami keluhan hidung tersumbat dan berhingus.

Untuk itu, gunakan vaporizer untuk melembabkan kamar tidur setiap malam.

#12. "Kenapa tiba-tiba kebas dan mati rasa ya?"

Jika mengalami masalah ini, ibu perlu bangun dan goyangkan tangan. Kemudian hindari berbaring di atas tangan semasa tidur.

Rendam tangan dalam air hangat juga dapat meringankan masalah ini.

#13. "Alamak, kulit dah mula gelap"

Masalah ini biasanya akan hilang selepas bayi lahir. Bagi mencegahnya anda boleh sapu SPF 30 semasa berada di luar rumah.

Jika alami selulit, sapu sekitar perut dengan krim pelembab yang sesuai dan selamat. Dapatkan ia di farmasi berdekatan.

#14. "Susahnya nak dapat tidur yang mencukupi"

Ibu hamil selalu mengalami masalah tidur di malam hari kan? lantas membuatkan anda berasa lelah pada hari keesokannya.

Kalau di trimester ketiga, kemungkinan ia disebabkan perubahan perut yang semakin membesar hingga membuatkan ibu rasa tak selesa.

Cara mengatasinya adalah dapatkan tidur siang yang teratur, minum susu hangat atau mandi air hangat sebelum tidur. Paling tidak buat senaman ringan semasa siang hari.

#15. "Aduh, kaki dah mula bengkak"

Semasa mengandung ibu juga cenderung mengalami pembengkakkan di bahagian tubuh seperti kaki.

Untuk mengatasinya, elakkan berdiri terlalu lama dan pakai kasut yang sesuai mengikut trimester kehamilan anda. Apapun hindari pakai kasut tumit tinggi.

#16. "Arghh, gatalnya Cik V saya"

keluhan ibu ketika mengandung

Keputihan merupakan keadaan normal yang berlaku semasa mengandung namun ia akan menghilang selepas bersalin.

Walaubagaimanapun, ibu jangan sentuh keputihan ini dengan tangan yang kotor dan dapatkan ubat yang sesuai daripada doktor kandungan anda, supaya rasa gatal dan menyengat ini dapat disembuhkan secara perlahan-lahan.

Semoga bermanfaat.

16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Nak Menggaru!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner