Baby Hatch menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi

Mari sama-sama bantu sebarkan mengenai kemudahan Baby Hatch ini. Anda mungkin menyelamatkan nyawa seorang bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan pengaruh negatif dan kekurangan pendidikan seks di Malaysia, kes pembuangan bayi semakin meningkat setiap tahun. Kes remaja hamil pula sudah mencapai tahap yang serius sehingga 50 kes dalam satu hari.

“Bagi setiap 100,000 kelahiran hidup, terdapat kira-kira 16.33 kes bayi dibuang pada tahun 2011, berbanding dengan 13.06 bayi pada tahun 2007,” kata Dr Salmi Razali, seorang pakar psikiatri dan pensyarah di Universiti Monash.

Tetapi pada pendapat saya semua statistik ini hanya anggaran sahaja. Peluang untuk mencari bayi yang dibuang amatlah tipis. Yang sedihnya, walaupun banyak kes pembuangan bayi terpapar dalam akhbar tempatan, ada juga segelintir kes yang tidak pernah dilaporkan kerana bayi tersebut tidak pernah dijumpai.

Dengan hasrat untuk membendung masalah ini, Datuk Adnan Mohd Tahir, dengan isterinya, Datin Elya Lim, telah mengajak beberapa kawan bersama, untuk membentuk OrphanCARE.

“Hatch” yang selamat untuk bayi

kredit : vulcanpost.com

OrphanCARE ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah badan bukan kerajaan, sebelum diberi status Foundation oleh Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2012.

Dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, misi OrphanCARE adalah untuk menempatkan anak-anak yatim ini dengan keluarga yang bahagia, disamping menyediakan tempat perlindungan untuk ibu yang tidak berkahwin dan tempat selamat untuk bayi yang dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudahan Baby Hatch yang dibuka 24 jam ini dilengkapkan dengan seorang penjaga di bilik dalam, serta bilik khas untuk kaunseling dan penjagaan am bagi ibu yang mengandung.

“Kami telah melancarkan kemudahan Baby Hatch pertama kami di Malaysia pada tahun 2010. Dua lagi pusat Baby Hatch tambahan telahpun didirikan di Johor dan di Sungai Petani, Kedah. Setakat ini, pusat kami beroperasi di tiga negeri ini,” kata wakil OrphanCare.

Berikut adalah senarai tempat kemudahan Baby Hatch di seluruh Malaysia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit : OrphanCARE Foundation

OrphanCARE telah berjaya menyelamatkan 147 bayi dari dibuang dan memberi sesi kaunseling kepada 87 orang ibu. Ibu-ibu yang telah diberi sesi kaunseling dan petunjuk dari OrphanCARE akhirnya membuat keputusan untuk menjaga bayi mereka sendiri.

Bagaimanakan Baby Hatch ini berfungsi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: OrphanCare Foundation

kredit : raikankasih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pintu Baby Hatch direka khas di hadapan setiap pusat OrphanCARE supaya senang dilihat. Jalan masuk ke semua pusat mereka juga sentiasa buka untuk membolehkan ibu bapa menggunakan kemudahan Baby Hatch pada bila-bila masa.
  2. Ruang di dalam Baby Hatch tersebut dilengkapkan dengan sebuah katil bayi sementara, yang cukup besar untuk menampung seorang bayi dengan selesa. Katil ini dialas tilam yang lembut yang mempunyai sensor khas dan beberapa bantal.
  3. Sensor ini, apabila dicetus oleh berat bayi, akan menghidupkan penghawa dingin dalam bilik. Penggera akan berbunyi untuk memaklumkan penjaga bertugas. Kemudahan interkom juga disediakan bersebelahan dengan Baby Hatch tersebut bagi ibu bapa yang ingin berkomunikasi dengan penjaga bertugas. Borang juga disediakan untuk ibu bapa yang ingin mengisi apa-apa maklumat contohnya, bangsa atau agama.
  4. Sebaik sahaja pintu Baby Hatch ditutup, ia hanya boleh dibuka oleh penjaga bertugas. Ini dilakukan untuk memastikan keselamatan bayi tersebut.
  5. Kebanyakan bayi yang ditinggalkan dalam Baby Hatch adalah bayi baru lahir yang masih bertali pusat. Kesihatan bayi itu akan dinilai terlebih dahulu untuk memastikan bayi tersebut tidak memerlukan rawatan segera, sebelum dia dihantar ke hospital.

Mari sama-sama bantu sebarkan mengenai kemudahan Baby Hatch ini. Anda mungkin menyelamatkan nyawa seorang bayi.

kredit : Vulcanpost

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio