Siri Prasekolah Baru Dari Nickelodeon, Jangan Lupa Tonton Baby Shark’s Big Show! Bulan Ini!

Pengembaraan menyeronokkan penuh dengan aksi komedi, nyanyian dan tarian lagu-lagu yang cukup menghiburkan ada semua di Baby Shark’s Big Show! ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya tiada lagi kanak-kanak yang tidak mendengar lagu paling popular di dunia ini, malah bayi baru lahir pun mungkin sudah biasa terdengar dek kerana penangan lagu ini pada kakak-kakak dan abang-abangnya. 

Apa yang lebih menyeronokkan, ia kini bukan sekadar lagu, Baby Shark akan hadir dengan siri animasi mereka sendiri!

Menyanyi dan menari bersama Baby Shark’s Big Show! 

Bermula 26 Julai ini, anda seisi keluarga boleh turut serta ke alam pengembaraan Baby Shark dan rakan karibnya, William. 

Pengembaraan dalam Carnivore Cove ini bukan saja menyeronokkan malah ia penuh dengan komedi, berjumpa dengan rakan-rakan baru dan menyanyi serta menari dengan lagu-lagu yang cukup menghiburkan. 

Episod baharu Baby Shark’s Big Show! ini akan disiarkan setiap hari minggu pada jam 9.30 pagi hanya di Nickelodeon. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersiap sedia untuk sertai pengembaraan Baby Shark dan rakan-rakan dalam episod premier yang mana mereka dalam satu misi untuk menyelamatkan batu peliharaan mereka, Rocky daripada sarang Slobber Slug yang menakutkan!

Adakah mereka akan berjaya atau pengakhirannya mereka akan diselaputi air liur?

Tonton video pendek di sini

Pengajaran dan nilai murni dalam setiap episod

Apa yang menjadikan siri animasi Baby Shark’s Big Show! ini suatu rancangan yang bermanfaat adalah dalam setiap episod, mereka tidak akan menghampakan si peminat cilik, ia akan diselitkan dengan pengajaran dan nilai-nilai murni sebagai teladan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu ayah tidak perlu risau sekiranya anak-anak menjadikan siri ini sebagai salah satu rancangan kegemaran mereka nanti!

Setiap episod akan diselitkan nilai murni seperti kebaikan, sikap menghormati, bertolak ansur dengan semua ahli keluarga Shark dan rakan-rakan lautan!

Apa yang lebih menyeronokkan kanak-kanak juga akan menyanyi bersama sambil diiringi dengan muzik orkestra dan lagu-lagu K-Pop!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serlahkan kreativiti anak-anak

Rancangan ini juga melancarkan buku aktiviti digital percuma! Yang mana kanak-kanak boleh serlahkan kreativiti mereka dengan menghasilkan puppet Baby Shark mereka sendiri, reka penggantung baju unik untuk hiasi teluk teluk mereka serta mewarnai dunia Baby Shark di kertas mewarna yang disediakan.

  • Muat turun buku aktiviti digital Baby Shark’s Big Show! secara percuma sekarang di sini!

Jangan lupa temu janji anak-anak anda dengan Baby Shark’s Big Show! Bermula 26 Julai ini, jam 9:30 pagi pada setiap hari minggu di Astro Nickelodeon (saluran 616 HD / 636) dan Unifi TV (saluran 554)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan