Seorang ibu dari UK telah kehilangan bayi baru lahirnya, setelah membawa anak berjalan-jalan dalam baby sling. Dalam pertenggahan jalan, bayi yang baru berusia 5 minggu itu telah menanggis disebabkan lapar. Marianne Matthews telah menyusukan anaknya tanpa mengeluarkan bayi tersebut dari baby sling yang dipakai.
Apabila sampai di rumah, Marianne baru perasan darah yang mengalir keluar dari hidung anaknya yang sudah berhenti bernafas. Bayi tersebut dikejar ke hospital, tetapi malangnya dia tidak dapat diselamatkan.
Kurang Pengetahuan Tentang Babywearing
Seperti ibu bapa lain dengan bayi yang telah meninggal dunia akibat sling bayi, Marianne tidak tahu bahayanya produk popular itu. Sling yang telah digunakan adalah “sling wrap elastik” yang dibeli secara online.
Arahan produk yang datang dengan sling bayi tersebut, arahan yang minimum sahaja dan sling itu tidak mempunyai label keselamatan. Orang ramai suka cepat untuk membuat kesimpulan bahawa babywearing ini tidak selamat, tetapi sebenarnya kemalangan ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurangan pengetahuan tentang cara babywearing yang betul dan selamat.
Jika ibu bapa berniat untuk mencuba babywearing, sertailah kumpulan babywearing seperti Malaysian Babywearers, Malaysian Babywearers Official dan Gendong 101 di Facebook.
Anda boleh kenali perunding babywearing berkelayakan dan pakar-pakar babywearing yang boleh mengajar cara yang selamat untuk mengamalkan babywearing.
Mungkin ramai yang akan fikir, buat apa join group-group macam ni, sedangkan banyak pun video tunjuk ajar di Youtube. Tetapi anda perlu ingat. Ia masih lebih selamat untuk mendapatkan nasihat dari perunding babywearing yang berkelayakan kerana mereka boleh tolong spot dan trouble-shoot masalah babywearing yang dihadapi.
Contohnya, cara mengendong bayi kecil yang masih lembik, tidak sama seperti cara mengendong bayi yang lebih besar. Langkah keselamatan tambahan perlu diambil kira apabila mengendong bayi kecil untuk memastikan saluran udara mereka tidak terjejas.
Ibu yang baru mula mengendong juga tidak digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dalam carrier – lebih-lebih lagi kalau bayi itu masih kecil.
Wrap DIY dan Carrier Palsu
Sebagai seorang ibu yang mengamalkan babywearing, saya rasa ia penting untuk mendidik ibu bapa baru, tentang bahayanya membeli wrap DIY dan baby carrier yang murah ataupun palsu.
Apabila melakukan carian Google untuk baby carrier yang murah di Malaysia, anda pasti akan berjumpa dengan carrier palsu / OEM dengan harga serendah RM70. Arahan dan cara untuk mengunakan carrier-carrier ini mungkin minimum juga seperti carrier yang dibeli Marianne. Ada pula yang mengatakan produk mereka produk yang selamat, tetapi mana jaminannya?
Terdapat beberapa kejadian yang tidak dilaporkan di Malaysia berkaitan dengan carrier palsu dimana bayi telah tergelincir dan jatuh. Bagi keselamatan bayi, saya rasa ia berbaloi untuk membelanjakan wang yang lebih untuk membeli baby carrier yang selamat.
Adakah ini bermakna carrier yang mahal lebih baik? Tidak semestinya. Tetapi tahukah anda mengapa ia begitu mahal? Semua jenis carrier, sama ada Soft Structured Carrier(SSC), Ring Sling, Meh Dai, stretchy wrap atau woven wrap, dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Selain itu, carrier-carrier jenis SSC dan Meh Dai perlu melalui ujian yang ketat di Amerika untuk memastikan jahitan yang digunakan selamat dan cukup kuat untuk mendukung anak. Memang kos penghantaran dan kos ujian akan diambil kira, tetapi hasilnya adalah carrier yang diluluskan selamat untuk digunakan.
sumber: Kidspot