Tam, Badak Sumatra Jantan Terakhir Di Malaysia Meninggalkan Kita... Sedihnya!

Kini, hanya tinggal 1 badak sumatra di Malaysia, iaitu badak betina bernama Iman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malaysia merupakan salah satu negara yang memelihara beberapa spesis haiwan yang kian terancam di dunia. Salah satu daripada haiwan yang dijaga di sini adalah spesis badak sumatra, atau nama lainnya badak sumbu kerbau.

Badak Sumbu Sumatera ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama saintifiknya Dicerorhinus sumatrenesis.

Tamatnya Hayat Tam, Badak Sumatra Jantan Terakhir Di Malaysia

Tam

Badak Sumatra jantan yang tinggal di Malaysia, yang digelar Tam, telah mengakhiri hayatnya beberapa hari lalu. Tam yang berusia 35 tahun mati kira-kira tengah hari di Sanctuary Borneo di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata punca sebenar kematian akan diketahui selepas bedah siasat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tam telah dijaga dan dirawat dengan sebaiknya oleh pasukan Borneo Rhino Alliance (BORA) di bawah seliaan doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin di Sanctuary Borneo Rhino," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Liew berkata kematian Tam adalah disebabkan sakit tua, dan kegagalan organ.

Difaham haiwan tersebut mengalami penurunan selera makan dan kurang respon sejak beberapa bulan yang lalu. Ujian air kencing juga mengesahkan yang Tam mengalami kerosakan organ dan fungsi ginjal yang lemah.

Sisa terakhir hidupnya dihabiskan dengan hanya berbaring, dan dijaga oleh pihak veterinari. Dengan kematian Tam, Malaysia kini hanya tinggal 1 badak Sumatra betina yang bernama Iman, yang dipelihara sejak tahun 2014.

Iman, spesis badak sumatra betina terakhir di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepupusan Haiwan Terancam Yang Semakin Meningkat

Ia fakta menakutkan tapi benar. Dunia kini sedang menghadapi kepupusan haiwan dan tumbuhan sebanyak 5 spesis setahun!

Para saintis juga membuat anggaran yang kita kehilangan 1000 kali ganda kepupusan haiwan berbanding dahulu.

sumber: proyecto ambiente

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepupusan haiwan pada zaman dahulu boleh disebabkan peristiwa seperti hentaman asteroid, letupan gunung berapi atau perubahan cuaca, namun pada masa kini krisis kepupusan haiwan berlaku disebabkan manusia sendiri.

Malah, 99% daripada spesies yang terancam kini berisiko pupus disebabkan aktiviti manusia, terutamanya yang kehilangan habitat, pengenalan kepada spesies eksotik, dan pemanasan global.

Sadisnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga isu pemburuan haram dapat diatasi dengan kadar segera. Haiwan juga berhak untuk menikmati kehidupan, sama seperti manusia.

Benarkah wanita hamil tidak boleh bunuh binatang?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: NST

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman