Perokok Berisiko Tinggi Terkena COVID-19, Isteri Perlu Bantu Suami Dengan Cara Ini!

Tabiat menghisap rokok aktif dan pasif sememangnya memberikan risiko terhadap kesihatan. Badan menjadi lemah serta tidak dapat melawan jangkitan Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan rokok menjadi ‘kegemaran’ oleh sekumpulan individu meskipun ia memberikan lebih banyak kemudaratan berbanding manfaat. Bukan sekadar menjejaskan kesihatan, tetapi turut membuatkan badan lemah serta gagal untuk melawan sebarang jenis serangan penyakit.

Lebih membimbangkan, pandemik Covid-19 ini turut memberikan petanda bahawa individu yang merokok sangat berisiko tinggi sekiranya dijangkiti dan mungkin cenderung berakhir dengan kematian.

Golongan perokok memiliki tubuh badan lemah, imunisasi rendah

Berdasarkan analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mendapati jumlah kes kematian disebabkan oleh Covid-19 terhadap individu merokok lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu 17.6 peratus dan 12.1 peratus.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata tabiat merokok sudah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta menyebabkan badan lemah dengan kurang sistem imuniti, sekaligus meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria terutamanya ketika serangan wabak Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui kenyataan pada 27 Mei lalu dan beberapa kajian yang dilakukan di luar negara mendapati perokok adalah berisiko tinggi untuk memperoleh komplikasi lebih teruk sekiranya dijangkiti virus Covid-19.

”Coronavirus adalah sejenis serangan penyakit berjangkit terutamanya pada paru-paru. Tabiat merokok berupaya merosakkan fungsinya, justeru ia menjadikan badan lemah dan sukar melawan sebarang penyakit yang datang,”

”Penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok adalah faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang dijalankan terhadap 86 daripada bilangan pesakit Covid-19 yang sudah meninggal dunia di Malaysia menunjukkan 19.8 peratus iaitu 17 orang daripada mereka adalah seorang perokok.” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah Dr. Noor Hisham lagi, perokok yang dijangkiti Covid-19 akan memperoleh komplikasi lebih tinggi berbanding individu tidak merokok. Ini kerana berlaku kerosakan pada bahagian paru-paru atau radang paru-paru. Ia akan berakhir dengan kematian.

Penelitian jualan rokok secara atas talian

KKM turut komited untuk membuat pemantauan bagi kesalahan menjual produk rokok walaupun negara kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam tempoh ini pastinya kebanyakan premis jualan tidak dapat beroperasi sepenuh seperti dahulu, namun penjualan atas talian didapati aktif di pelbagai platform termasuklah e-dagang.

Kesalahan penjualan produk yang mengandungi nikotin adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Racun 1952.

Sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini didapati sebanyak 118 laman sesawang persendirian, e-dagang dan media sosial melakukan kesalahan dan pihak kementerian sudah mengambil tindakan terhadap mereka.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata kempen berhenti tabiat merokok tetap dijalankan meskipun dalam keterbatasan akibat pandemik Covid-19 ini.

Bantuan sokongan untuk henti merokok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkhidmatan kaunseling secara atas talian telah disediakan oleh pihak kementerian dengan kerjasama beberapa institusi termasuklah Persatuan Farmasi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sekiranya para suami atau anda sendiri mengalami ketagihan rokok dan berniat untuk berhenti secara berkesan, sila muat naik aplikasi MySejahtera dan laman sesawang www.jomquit.moh.gov.my.

Program KKM ini amat berguna kepada anda yang ingin membantu pasangan agar berhenti merokok. Langkah permulaan adalah dengan sesi kaunseling dan seterusnya bantuan ubatan seperti Nicotine Relacement Theraphy (sekiranya perlu).

Minggu pertama tanpa menyentuh rokok adalah sesuatu yang paling sukar ketika seseorang ingin berhenti. Anda mungkin berdepan dengan perasaan kurang selesa, godaan untuk merokok dan mengalami simptom ketagihan melampau. 

Justeru, anda perlu memastikan diri memiliki sokongan pada bila-bila masa sama ada secara atas talian berhenti merokok, aplikasi telefon pintar, kumpulan sokongan dan rakan-rakan.

Melalui laman jomquit, perokok akan sentiasa dipantau dan dinasihat oleh pegawai perubatan terlatih dalam mengendalikan ketagihan agar dapat berhenti merokok dengan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang tempoh sehingga PKPB, dilaporkan seramai 400 orang perokok telah mendaftar bagi mendapatkan bantuan berhenti merokok secara atas talian dan lebih 5 000 orang melayari laman sesawang ini.

”Angka ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan perokok mengenai bahaya tabiat ini terhadap tubuh badan mereka,” ujar Dr. Noor Hisham.

Sumber: Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkekebalan-tubuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan