Kisah Benar Suami: Saya Lebih Gemar Lekuk Tubuh Isteri Selepas Dia Bersalin - Lebih Seksi!

Saya suaminya, tetapi pendapat saya mengenai badan selepas bersalin dirinya tidak penting kerana ia bukan urusan saya! Saya cintakan dirinya...

Brett Ortler, seorang penulis, pencinta haiwan dan juga seorang ayah, baru-baru ini mencatatkan pendapat beliau mengenai badan selepas bersalin isterinya. Sinopsisnya – pendapat beliau mengenai badan isterinya tidak penting!

Kita semua pernah melaluinya; kita dinilai berdasarkan penampilan luaran. Sejak dari zaman kanak-kanak, kanak-kanak yang dimuatkan dalam kategori tinggi carta berat badan sering menjadi tumpuan ejekan.

Ejekan ini, kemudian, bertukar menjadi sesi penilaian. Ini mungkin salah satu daripada sebab mengapa begitu ramai remaja mengalami masalah gangguan makanan.

Kemudian, ini akan menjadi penghakiman secara senyap apabila kita menjadi ‘dewasa’.

Ejekan yang paling teruk tentang berat badan seseorang adalah ejekan yang ditujukan kepada wanita yang telah melahirkan anak.

Dari regangan di kulit kepada perut yang buncit, ejekan dan kutukan yang tidak berkesudahan.

Dan itulah sebabnya surat terbuka ini, yang ditujukan kepada mereka yang menghukum, akan membuatkan kita terasa – kerana ia adalah untuk setiap seorang daripada kita!

Brett bermula dengan berkata:

“Apa yang saya katakan kepada isteri saya tentang bagaimana tubuhnya berubah selepas dia melahirkan?

Tiada apa-apa! Pertama sekali, badan selepas bersalin isteri saya adalah benar-benar bukan urusan saya.

Ya, saya suaminya, tetapi saya rasakan, pandangan suami pada badan selepas bersalin isterinya adalah seolah-olah seorang remaja yang mengejek lukisan Picasso.

Apabila anda membuat keputusan untuk mempunyai seorang bayi, anda meminta isteri anda untuk melalui banyak perubahan.

Ia sesuatu yang anda sendiri mungkin tidak bersedia untuk kendalikan. Jadi pada dasarnya, anda meminta isteri anda:

“Hey isteri, saya mahu anda mengandungkan anak saya selama 10 bulan. Jika kita bernasib baik, ini menghasilkan anak yang sihat. Tetapi, proses ini dramatik. Ia akan mengubah tahap neurotransmitter anda dan membawa kepada perubahan besar-besaran yang kekal kepada minda dan keperibadian anda.

Apatah lagi perubahan kekal kepada badan anda. Oh, anda juga akan menjadi sumber bekalan susu dan berat badan anda juga akan melonjak. “

Ini adalah beberapa perubahan yang ibu-ibu akan alami semasa mengandungkan anak mereka.

Perubahan yang berlaku kepada badan mereka adalah suatu perubahan yang besar dan hanya mereka mampu untuk menanganinya.

Mengapa saya menghargai badan selepas bersalin isteri saya?

Saya menjadi seorang bapa kira-kira enam bulan yang lepas. Isteri saya telah melalui banyak perubahan dalam tempoh 15 bulan yang lepas dan saya tidak dapat bayangkan apa yang dia telah melalui.

Dia mengalami loya, keletihan, kaki bengkak, gaya berjalan goyah, hormon, nafsu, kerap kencing.

Semasa bayi saya dilahirkan, dia membenarkan dirinya untuk dipotong, hanya untuk melahirkan bayi kami.

Bayi kami akan menggigit dan akan menolak untuk menyusu apabila tiba masa untuk menyusu, akan menuntut suapan kerap apabila isteri saya letih, akan mula menangis hanya kerana isteri saya tidur dan isteri saya melalui semuanya tanpa keluhan.

 

Dan walaupun saya melakukan apa yang saya mampu, saya merasakan hanya seperti seorang penonton (tidak mampu berbuat apa-apa).

Dan dalam proses itu, isteri saya telah menjadi matang! Dan badannya adalah cara dia metamorfosis dalam peranan barunya.

Kan kita tahu? Di bawah tekanan yang besar, arang batu pun boleh bertukar menjadi berlian.

Walaupun saya tidak akan memanggil isteri saya sebagai hiasan seperti berlian, namun yang pastinya, dia akan mula bersinar selepas melalui keseluruhan proses ini!

Jadi ayah sekalian, sebelum anda membandingkan badan isteri anda kepada dirinya yang sebelum bersalin, ingatlah tiga perkara ini.

  1. Walaupun dia telah berubah, anda juga telah berubah! Anda bukan orang yang sama dia kahwini. Jika anda menjadi botak dan mempunyai perut yang buncit, dia mempunyai haknya untuk bangga dengan bentuk badannya!
  2. Seks tidak selalu tentang paras rupa. Ya, anda mungkin pernah menikmati seks yang hebat dengan isteri anda apabila dia mempunyai badan yang cantik. Tetapi, bukti menunjukkan bahawa kegembiraan seks adalah di dalam otak, bukan pada alat kelamin semata-mata. Jadi, daripada merasakan kekecewaan, cuba rasa keseronokan dalam idea dunia baru ini!
  3. Jika anda menilai isteri anda melalui paras rupanya, sesungguhnya anda tidak menghormatinya. Dunia adalah tempat yang menipu daya, di mana para bapa berbangga dengan bentuk badan mereka tetapi ibu-ibu merasakan badan mereka tidak sempurna. Jika anda menyemarakkan rasa tidak yakin si isteri tentang penampilannya dengan berdasarkan rupa, tanya diri anda jika anda benar-benar layak untuk dirinya. Dia bukannya permainan anda yang perlu menjadi sempurna sentiasa. Dia adalah sebab mengapa impian anda mempunyai makna. Jadi hormatinya. Jika dia tidak gembira mengenai rupanya, bekerjasama dengan dia untuk kembalikan bentuk badannya yang asal. Tetapi jangan anda sekali-kali berani untuk menghakiminya, jika tidak saya akan mencari anda!

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu, Sayangi Diri Sendiri Dulu, Jangan Lupa Kita Juga Memerlukan Rehat…

Penulis

Michelle Goh