Bagaimana Berdiri Boleh Memberi Kesan Kepada Wanita Mengandung

Walaupun kaki kita boleh menampung beban yang banyak, tetapi ketika hamil, bebanan akan menjadi berganda dan berdiri untuk jangka masa yang lama akan memberi kesan kepada kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengandung bukanlah satu penyakit di mana semua perkara harus dilakukan dengan lebih berhati-hati.

Namun, mengandung itu adalah di mana anda membawa satu nyawa yang baru di dalam diri anda, yang menyebabkan setiap perkara yang anda lakukan akan memberi kesan kepadanya.

Setiap perkara di sini termasuklah makan, minum dan aktiviti harian seperti berdiri!

Ya, berdiri juga boleh memberi kesan kepada wanita mengandung. Walaupun kaki kita boleh menampung beban yang banyak, tetapi ketika hamil, kita menampung bebanan yang berganda.

Jadi, berdiri untuk jangka masa yang lama akan memberi kesan.

Bagaimana berdiri boleh memberi kesan terhadap wanita mengandung?

Disebabkan beban badan yang sudah bertambah, ketahanan kaki kita untuk menampung beban akan berkurang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, wanita mengandung disarankan untuk mengelak dari berdiri untuk jangka masa yang lama.

Namun, bagaimana ia memberi kesan terhadap kesihatan wanita mengandung?

  1. Menyebabkan sakit belakang
    Ketika mengandung, anatomi wanita akan berubah. Selain dari organ dalaman yang bertukar kedudukan, tulang belakang juga tidak terkecuali memberi ruang kepada bayi yang ingin membesar di dalam rahim anda. Berdiri meningkatkan lagi beban terhadap tulang belakang dan disebabkan ini, 50-70% wanita mengandung mengalamai sakit belakang yang teruk.
  2. Darah tinggi
    Darah tinggi sepertinya sesuatu yang biasa kita dengar, namun, bagi wanita mengandung, mempunyai darah tinggi boleh mengorbankan nyawa. Sebuah kajian yang telah dijalankan menunjukan, wanita yang mempunyai rutin kerja berdiri lebih lama mempunyai lebih risiko untuk mempunyai darah tinggi.
  3. Sakit di bahagian pubik 
    Ramai wanita mengandung mempunyai SPD iaitu Pubik Simfisis tidak berfungsi (Symphysis Pubis Dysfunction) yang menyebabkan sakit dibahagian pubik terutamanya tulang pubik. SPD terjadi terutamanya kepada mereka yang mempunyai bahagian pelvis yang tidak stabil. Berdiri lama akan membuatkan kondisi SPD menjadi lebih teruk dan menyakitkan hingga boleh mengganggu waktu tidur.
  4. Bengkak kaki (edema)
    Pastinya anda selalu lihat wanita mengandung mempunyai kaki yang bengkak. Kondisi ini dipanggil edema. Berdiri lama akan menyebabkan edema menjadi lebih teruk pada sesetengah wanita.
  5. Kelahiran pra-matang
    Terdapat kajian yang dilakukan terhadap wanita mengandung tanpa mengganggu rutin mereka mendapati berdiri lama boleh meningkatkan risiko kelahiran pra-matang.
  6. Mengganggu tumbersaran bayi
    Kajian menunjukan mereka yang bekerja memerlukan jangka masa berdiri lebih lama mempunyai bayi yang tumbesarannya terganggu.

Tujuan kami memberitahu tentang kesan-kesan ini bukanlah untuk menakutkan anda yang sedang mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, ia bagi memastikan wanita mengandung lebih berhati-hati dengan aktiviti harian mereka. Ini kerana berdiri jangka masa panjang juga boleh memberi kesan kesihatan! 

Berikut adalah cadangan bagaimana anda boleh mengurangkan durasi anda berdiri sama ada di tempat kerja atau di dalam rutin harian anda;
  • Sekiranya tempat kerja anda memerlukan anda untuk berdiri lama, minta bangku tinggi yang membolehkan anda duduk seketika tanpa menjejaskan kerja anda.
  • Kurangkan durasi berdiri dengan membanyakkan rehat dengan berjalan keliling dan duduk.
  • Meminta kepada majikan untuk tugasan yang tidak memerlukan anda berdiri lama semasa tempoh mengandung. Dapatkan surat doktor jika perlu.
  • Gunakan tali pinggang sokongan untuk menampung beban yang ditanggung pinggang anda. Anda juga boleh menggunakan kain gendongan bayi (baby wrap) untuk ini.

    Foto ehsan pinterest

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Gunakan kasut yang sesuai untuk menampung beban semasa mengandung.

    Foto ehsan shoe blog

  • Buat senaman ringkas secara kerap. Pastikan ia senaman yang tidak membebankan anda dan dapat membantu mengurangkan sakit belakang.

Para suami, ketahuilah apa yang dialami isteri-isteri anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang anda tidak dapat membantu menampung apa yang mereka bawa, namun anda boleh membantu membelikan keperluan yang membantu memudahkan mereka 🙂

Penulis

Aqma