10 Tips Dapat Anak Lelaki Yang Wajib Suami Isteri Cuba, Tingkatkan Peluang Anda

Tips dapat anak lelaki dengan mengetahui kitaran haid anda dan macam-macam lagi, untuk pasangan yang masih mencuba hamil.

Apabila ditanya tentang apakah jantina yang digemari oleh pasangan untuk bayi mereka, jawapan pada biasanya akan mengatakan jantina adalah tidak penting asalkan bayi tersebut sihat, namun hakikatnya ramai lelaki terfikir apa petua dapat anak lelaki. Jadi kami kongsikan tips dapat anak lelaki yang mungkin membantu anda merealisasikn impian memiliki anak lelaki, 

Idamkan Anak Lelaki

.Terdapat beberapa tips atau amalan yang dikatakan dapat meningkatkan kemungkinan mengandungkan anak lelaki secara semula jadi. Walaupun tidak ada jaminan 100%, banyak orang percaya bahawa amalan-amalan ini dapat memberikan peluang yang lebih tinggi untuk mengandungkan anak lelaki. 

Tips Dapat Anak Lelaki

1.Kiraan Dan Catatan Ovulasi

Memantau lendir faraj dan kitaran ovulasi dapat membantu menentukan hari-hari terbaik untuk melakukan hubungan seks agar meningkatkan kemungkinan mengandungkan anak lelaki. Ini termasuk dalam pendekatan yang dikenali sebagai kiraan kalender atau kitaran. Ia boleh dilakukan dengan ujian hormon biasa yang boleh dibeli secara atas talian atau faemasi atau berdasarkan pengetahuan wanita itu sendiri mengenai kitaran haidnya dan perubahan keputihan dan sebagainya.

Kunci utama untuk hamil bayi lelaki adalah dengan menyemai benih berdekatan dengan waktu subur (ovulasi) anda. Peka dengan tubuh badan anda. Ketika kitaran pertengahan, anda mungkin akan mengalami pelepasan telur putih (lendir serviks) yang melekit, melambangkan ovulasi (waktu subur) akan mengambil tempat dalam tempoh 1-2 hari.

 

10 Tips Dapat Anak Lelaki Yang Wajib Suami Isteri Cuba, Tingkatkan Peluang Anda

 

2.Penambahbaikan Pada Diet

Terdapat teori yang mengatakan bahawa lingkungan yang lebih beralkali dalam tubuh wanita dapat meningkatkan kemungkinan sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) untuk bertahan dan mencapai sel telur, sehingga meningkatkan peluang untuk mengandung anak lelaki. Makanan yang beralkali seperti buah tin, aprikot, dan jus tomato adalah contoh makanan yang dikatakan memiliki sifat alkali. 

3.Posisi Seks

Kaedah Shettles ini telah menetapkan sebuah kaedah semulajadi yang paling berkesan untuk pemilihan jantina anak – dengan menggabungkan kitaran haid wanita, posisi hubungan seksual dan waktu persetubuhan. Prinsip kaedah shettle termasukan menyarankan untuk melakukan hubungan intim menjelang hari puncak ovulasi wanita kerana sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) dikatakan lebih cepat bergerak tetapi kurang tahan lama dibandingkan dengan sperma X.

Jadi, berhubungan seksual lebih dekat dengan ovulasi dapat meningkatkan peluang sperma Y untuk mencapai dan membuahkan sel telur. Selain itu penetrasi yang dalam memungkinkan sperma Y didekatkan dengan sel telur lebih cepat. Anda juga perlu suami melakukan ejakulasi dengan lebih dalam serta mencadangkan agar wanita mencapai klimaks selama hubungan seksual. Klimaks dikatakan dapat mengubah lendir faraj menjadi lebih alkali.

4.Ujian Genetik Sperma Dan Pra Implantasi 

Tips dapat anak lelaki lain adalah dengan penggunaan rawatan IVF, selektif untuk tujuan pemilihan jantina atau dikenali sebagai preimplantation genetic testing, PGT.

5.Penetrasi Dalam 

Jika anda inginkan anak lelaki, katakan selamat tinggal kepada posisi misionari (missionary) dan jadi lebih kreatif! Hal ini sejajar dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Landrum B. Shettles, MD, PhD. Tusukan yang lebih mendalam ketika senggama akan memasukkan zakar dengan lebih dekat pada rahim anda dan juga sel telur. Cuba dudukkan pasangan anda, anda pula berdiri, atau anda perlahan-lahan merangkak ke atasnya, untuk tusukan yang lebih mendalam.

6.Carta Kuno Cina (Untuk Jantina)

Carta Kuno Cina untuk ramalan jantina adalah salah satu panduan berguna yang telah digunakan selama berabad dahulu – sehingga dakwaan mengatakan ia 99% tepat. Jadi ini adalah salah satu petua dapat anak lelaki.  Carta kuno cina untuk jantina ini digunakan dengan cara menggabungkan usia si ibu dan bulan harapan si ibu untuk hamil, untuk menentukan jantina bayi. Jika pengiraan ini dimulakan dari belakang, anda akan dapat menentukan bulan terbaik untuk hamil – malah hamil dengan bayi lelaki.

7.Makan Makanan Sihat

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki akan subur dalam persekitaran alkali, maka hasilkan persekitaran ini untuk mereka dengan mengikuti diet sihat tersebut:

  • Minum smoothie hijau yang segar setiap hari
  • Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang bersifat alkali
  • Elakkan makanan yang diproses dan gula

Tips dapat anak lelaki, cara dapat anak lelaki, petua dapat anak lelaki, tips dapat anak lelaki, cara dapatkan anak lelaki, cara mendapatkan anak lelaki

8.Pastikan Suami Pakai Boxer 

Boxer lebih sejuk daripada seluar dalam jenis brief, lalu ia membenarkan bahagian intim lelaki (si zakar) lebih bebas, dan membenarkan sperma disimpan dalam suhu yang tepat. Suhu yang tepat adalah antara cara dapat anak lelaki ya! Para suami, anda juga tidak seharusnya mandi mandian panas atau duduk dengan komputer riba di atas ribanya kerana hal ini akan memanaskan sperma, mengakibatkan ia bergerak lebih perlahan.

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki ini juga mungkin tidak akan berjaya sampai ke sel telur. Walaupun kaedah ini amat disyorkan untuk proses kesuburan secara keseluruhannya, namun ia juga amat bermanfaat untuk sperma kromosom Y yang lemah.

9.Suami Perlu Minum Kafein

Walaupun tiada bukti saintifik, namun ramai wanita mendakwa mereka mencapai klimaks yang hebat selepas membuatkan kopi kepada pasangan mereka sebelum melakukan hubungan seks. Mungkin kafein yang terkandung dalam kopi membantu menambah kepantasan sperma hingga ke “garisan penamat”. Menurut Dr Shettles, secawan kopi yang kuat untuk jejaka anda sebelum anda “sibuk bersenggama” mampu membantu kromosom Y untuk menjadi lebih aktif.

10.Makanan Tinggi Kalium

Beberapa sumber menyebutkan bahawa diet tertentu, seperti makanan yang kaya kalium dan natrium, dapat membantu mendapatkan baby boy atau anak lelaki. Misalnya, makanan laut, daging merah, dan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Tanda Hamil Anak Lelaki Dalam Islam 

Baca juga: Tanda Mengandung Anak Lelaki Tanpa Perlu Scan, Ibu Perhatikan 12 Perkara Ini

Baca juga: 15 Tanda Mengandung Anak Lelaki Ikut Petua Orang Lama, Ramai Ibu Mengakui Ia Tepat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!